Thursday, September 4, 2014

Cabaran 30 - Hari 4 : Buku Kegemaran Aku

"Air matanya telah lama kering. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Adil."
Salam.
Pastinya ada di antara korang yang membesar di zaman kegemilangan kartunis-kartunis Malaya sekitar tahun 90an dulu, ingat akan watak utama pada gambar di atas tu kan?

Ya, itu Abe.
“Berdasarkan daripada kisah benar yang telah ditokok tambah dan diolah sehingga menjadi karut. Sebuah cerita yang pasti akan mengganggu jiwa anda, yang pasti menyentuh naluri kemanusiaan anda.”
 Dalam santai-santai komik bersiri yang pernah diterbitkan dalam Majalah Ujang ni, siri Komik Abe hasil kreativiti kartunis Aie ini yang paling terkesan buat aku.

Dan sekarang, bila dah ada koleksi yang dijilid, sekaligus menjawab cabaran pada hari ke-4 ini, iaitu;

*Buku Kegemaran Aku*

Abe ni cerita tentang seorang kanak-kanak pra-remaja yang istimewa.
Abe tak macam budak-budak lain. Dia dengan dunia dan bahasa comel dia...
Nenet..Budak Nenet...Kenapa aaa?? Sakit aaa.... Sayam Abe... Kann..kann.. :)
Dunia dia hanya ada Nenek, Che Din....itu sahaja yang memahaminya selain dari keluarga Tok Penghulu.
Selain mereka-mereka ini, yang lain hanya menganggap Abe seperti habuk di mata mereka...
Ada je yang rengsa mata dan busuk hati nak membuli budak ni...sehingga ke tahap menghina!!... konon keji dan jijik sangat Abe ni di mata mereka. *Grrr!!! Emonyet lak aku! Hihi!


Actually, sebelum ada jilid ni, aku pernah kumpul keratan komik ni setiap siri, sekali dengan karya jiwang Aie dulu-dulu --- Blues Untuk Aku, yang mana aku kagum gila stroke lukisan dan watercolour dia..meleleh~~~ 
Tapi entah macam mana kemas-kemas barang, pindah sana-sini...dah terbuang kot :'(

So, tahun lepas, bila ada Pesta Buku kat PWTC, aku cuba-cuba selongkar kotak lelong kat booth MOY...terjumpa plak jilid Koleksi Komik Bersiri Abe ni!!!! Owhhhh!!!

Antara babak yang paling terkesan bagi aku ialah di mana Abe ditimpa dugaan berkali-kali, selepas teruk dibuli, dia kehilangan kedua-dua insan yang menyayangi dia. Seriously, walaupun aku dah berkali-kali baca dan hafal dialog, jalan ceritanya, bila tiba babak ni, memang zasss... ehem2... abang menangis gak dikk! *kantoi*



Sebenarnya, banyak je buku-buku lain yang menjadi most favourite aku, sebab aku memang suka sangat spend time yang boring-boring dengan layan buku-buku yang reality & human interest...haaa gitu!
Maksudnya, bukanlah cerita novel yang 'saja-saja'. Biar fiksyen, tapi ada realiti dalam isinya. Dari situ pun kita belajar bagaimana kehidupan sisi lain selain dunia kita, dan kita boleh adapt mana yang baik dengan kehidupan seharian kita. :)

Selesai cabaran hari keempat....Alhamdulillah.