Friday, September 5, 2014

Cabaran 30 - Hari 5 : 3 Pesanan Kepada (Bekas) Kekasih

Pergh!
Perghh!
Perghhh!

Task hari kelima #Cabaran30hari ni semakin melampau! Hahaha!
Dah kenapeeeeee??? Sampai tertido-tido aku lupa nak publish!
Kena korek balik jiwa dan naluri kerawang ropol-ropol dalam badan ni...GRRR!

Mari kita mulakan dengan mukadimah sikit.
Ikhlas dari tulus hati ku....gitu...bhahahaha! Geli-mat!

Setiap orang pasti pernah bercinta.
Aku juga.
Tak kira lah, cinta monyet ke, cinta acah-acah ke, ataupun benar-benar rasa cinta.
Masa tu, terasa dunia ni bagai ana yang punya..Masya Allah Masya Allah...Ya Habibi..Ya Habibi~~
Indah sungguh perasaan masa tu. ohhh~~~ahhh~~


Ada masa, sampai tak tahu nak pilih yang mana satu....
ehh..jap.. tu bukan cinta, itu nafsu! takmo-takmo-takmo!


Kadang-kadang kita tak perasaan banyak hati yang perlu kita jaga.
Kekasih? Keluarga? Kawan-kawan? (...dan skendel?) #opsss

Aku juga pernah dikecewakan, dan mengecewakan orang.
Tapi peratusan aku mengecewakan orang lain berat sedikit lah.. *bajetttt
Yelahhh...tak nak jadi loser kaedahnya. 
Sebenarnya itu ego. Dan sebenarnya itu lagi menyakitkan hati bila kita terpaksa berpura-pura meyakitkan hati orang lain, oleh sebab kita sendiri dah loose confident.
Mampu ke aku nak teruskan?
Mampu ke nak bagi kebahagiaan kepada dia?


Sampai satu tahap...aku rasa give up.
Rasa LOSER gila.
Malas dah nak fikir. Aku rasa remeh.
Mana nak jaga hati kekasih,
mana nak jaga hati keluarga yang menanti cucu comel dari aku....bhahaha!
mana nak jaga hati kawan ajak gi karoks *tetiba!
mana nak jaga hati para Kak Nam atau nama penuhnya Siti Jahanamiah tu..

Sampai aku rasa sampai hati sendiri pun dah tak terjaga.


Dan bila sampai satu ketika,
bila aku dah mengharap sesuatu pengakhiran yang halalun'toyyibah.. (ayat cinta islamik!),
tiba-tiba...datang petir menyambar!..rentung!..hangus!
Ended up...aku terpaksa lepaskan semuanya.
Jadi selfish.
Aku terpaksa.
Biar sakit sekarang.
Aku tak nak ada orang sakit kemudian hari, sebab aku.


Tapi..sampai bila..kan?
Jadi tenang dulu. Hadam perlahan-lahan.
Redha.
 
Dan akhirnya aku kumpul kekuatan ambil kesempatan ini nak beritahu;
 
1 - Aku dan kamu tak akan pernah menyesal pilih keputusan ini. InshaAllah.
2 - Aku meminta maaf, dan memaafkan segala yang kurang baik sepanjang tempoh itu.
3 - Aku cuma berharap kamu dapat berpesan kepada kawan-kawan kamu, saudara perempuan kamu, atau nanti bakal anak cucu perempuan kamu, JANGAN PERNAH CUBA BAGI HARAPAN KEPADA SIAPAPUN YANG KAU TAK YAKIN DAN PERCAYA BOLEH BERI KEBAHGIAAN PADA KAMU.

Itu saja nak cakap.
Dah..pergi sana tidur.
Benci lah task ni! Huh! :/
 
*~*~*~*~*~*

..bapak meremang satu badan buat task ni! Bhahahahaha!