Saturday, September 6, 2014

Cabaran 30 - Hari 6 : Apa Yang Aku Makan Hari Ini

Salam.

Sedar tak sedar dah nak hampir seminggu Cabaran 30 Hari ni kan.

Task hari keenam ni mudah sikit, ala-ala food review atau entry masakan Pak Cik Mat Gebu..gitu..! Hahaha!
Mudah-mudah pun...agak mencabar jugak..kenapa??? 
Haaa... Hari ni aku masak sendiri! Hehe..

Memandangkan keadaan fizikal masih lagi kurang sihat, balik dari check-up kat hospital tadi aku terus blur nak makan apa. Dari pagi tak makan lagi tahu! Gila kebulur sangat perut ni!
Nak tapaw pun, foodcourt terdekat tutup pula, nak singgah mamak pun tak ada selera nak makan goreng-goreng, pedas-pedas sebab tonsil masih lagi bengkak dan luka. :(

Jadi, fikirkan kat rumah ada lagi perencah sup ketam dan ada sikit lagi crabstick frozen, makanya menu aku hari ni adalah Sup Ketam with Glass Noodles!

Actually aku baru tahu hari ni yang glass noodles tu adalah SOO HOON! Hahaha.. Kemain kelas nama henggeris dia kan! Bapak rasa village people sangat tak tahu. So, sebelum balik rumah aku singgah kedai jap cari soo hoon. 

Mandi-mandi, sambil-sambil basuh baju aku pun mula memasak...
Dan..siap!

Yeah! Simple je.
Tapi puas hati lah sebab masak sendiri, since aku ni pun jenis cerewet juga bab makan..hehe!
Masak pun simple je, Didih air, masukkan stok rencah sup ketam tu, reneh sampai gelegak, masukkan crabstick yang dah dicincang, dan masukkan telur yang dah dipukul sikit-sikit sampai sup jadi pekat, lepas tu tutup api dan masukkan soo hoon yang dah direndam lembut. Kacau-kacau sikit, dan SIAP!

Lepas tu, sementara tunggu soo hoon kembang sikit, aku goreng telur dadar, dan cincang lobak masin, since aku tak letak sebarang garam ke gula ke dalam sup.
Aku kalau masak bubur ke, sup ke, memang selalu buat kosong, tawar sikit, sebab aku suka rasa masin dan chunky-chunky lobak masin tu..hmmm... yummeyy!

Dah siap, apa lagi...kita mencekik lah! Hehe..
Bagi aku oklah rasa..nak kata sedap..memang sedap..sebab aku masak sendiri, puas hati sendiri! Hehehe! Rasa macam shark-fin soup pun ada jugak..sebab ada ketul-ketul isi ketam dalam rencah tu.
Sup ni kena makan panas-panas, baru syok! Segar sikit badan, lega sikit tekak ni. Alhamdulillah!

So, itulah menu orang sakit untuk hari ini...aku buat lebih sikit, boleh makan dua kali...kot-kot tengah malam sekejap lagi rasa lapar kan.

Oklah...tak sabar nak draft entri #Cabaran30Hari #kelabbloggerbenashari untuk hari yang ke-7, boleh tahan ala-ala tesis juga tu.

Wassalam!