Thursday, September 11, 2014

Segmen Ben Ashaari : Impian Ku , Seorang Blogger!

http://www.benashaari.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-impian-ku-seorang.html

Jeng3! Salam semua!
Wahhh! Gigih ye update entry pagi-pagi ni.
Hahaha...abang ketak buat segmen, gila tak join! Hehehe!
Jom mulai! Get set....go!

Latarbelakang
Aku berasal dari Johor, anak jati Johor, membesar pun kat Johor. Tapi selepas SPM aku dah mula belajar hidup merantau, ke utara, timur, dan barat Malaysia...dan sekarang ni Alhamdulillah dah lima tahun menetap dan bekerja di tengah Malaysia, Putrajaya. Bagi aku, pengalaman hidup merantau ni terlalu banyak cabaran dan ujiannya, jatuh, bangun, tersungkur semula, itu biasa. Segalanya aku ambil sebagai satu semangat untuk aku teruskan kehidupan.
Baru-baru ni aku ambil keputusan untuk memburu kembali impian aku yang lama pending, sambung belajar semula...Alhamdulillah, perancangan dia sangat cantik. DIA beri peluang disaat aku dah betul-betul bersedia. :')
Dunia blogging dan medium sosial yang aku mulai sekitar 2010 banyak juga mengajar aku mengenali dan 'memilih' haluan hidup aku, dan aku langsung tak menyesal.

Kelebihan?
Hahaha...soalan sangat tricky.
Bagi aku, walaupun aku suka membebel panjang-panjang, tulis banyak-banyak dalam setiap entri aku, dan kadang-kadang meroyan sikit-sikit, aku percaya, selain dari aku menasihati diri sendiri, aku percaya sedikit sebanyak apa yang aku tulis boleh dikongsi sebagai pengalaman, yang baik diambil, yang kurang baik dijauhkan.
Aku jarang update, itu aku mengaku...tapi selalunya sekali aku update, aku rasa diva-diva carut pun sembah ratu kata ko! Bhahaha! Takdelah, elemen carut-carutan tu dah makin kurang, kita dah tua dik...dah rasa malu nak carut-carut.. InshaAllah pengisian selepas ini lebih bermanfaat dan cerita personal yang lebih menarik...selalu singgah tau!

Impian sebagai seorang blogger.
Hurmmm...aku percaya semua blogger yang gigih menulis tentu nak penulisan, setiap entri dia mendapat perhatian, dan dibaca oleh seseorang...kan? Jangan bohonglah kalau kata menulis untuk syok sendiri suka-suka...hehe! Sebab aku pun macam tu juga. Menulis (menaip) dan membebel memang kegemaran aku, dan kepuasan akan datang bila penulisan kita mendapat perhatian, walaupun isu yang orang anggap remeh, tapi at least aku dapat berkongsi sesuatu---dari sudut pandangan aku sendiri.
Dari situ, aku sangat mengharap satu ketika nanti aku dapat berkongsi apa saja cerita, pendapat, dan ada yang sudi menjadi pembaca, dan menerima pendapat aku dengan hati yang terbuka.
Walaupun aku mula menulis sekadar untuk suka-suka, tetapi lama-kelamaan platform ini juga sudah mula dapat membuka mata masyarakat realiti di luar sana yang blogger-bukan sekadar berblogging. Dah banyak sumbangan yang disumbangkan oleh pelbagai genre blogger, dalam pelbagai bidang, dan aku juga mahu jadi salah seorang dari mereka!
Ben Ashaari dan ramai blogger senior banyak menunjukkan contoh yang penulis blog bukan sekadar pandai jadi keyboard worrior! Ben dah ke Paris...aku???
InshaAllah..nak buat wedding reception bawah Eiffle Tower!!! Hehehehehe!


BUKAN SEKADAR BLOGGER - KBBA.