Tuesday, October 14, 2014

1 Thing That Matter For Me - Allianz Amazing Hunt 2014


Hmm...1 Thing That Matter For Me - Allianz Amazing Hunt 2014...
Just one eh? Hahaha..

Agak sukar sebenarnya nak menjawab task pertama AAH2014 ni [http://fb.com/AllianzMalaysia].
Sebab semestinya setiap orang mempunyai lebih daripada satu keinginan atau impian yang masih ingin dicapai.

Sama macam aku juga. Tugas sebagai seorang pekerja, dalam masa yang sama memikul tugas sebagai seorang pelajar...dan secara sambilan aku 'mencari makan' melalui medium media sosial, pelbagai keinginan dan segala keputusan yang dibuat, perlu diambil kira semua aspek tersebut.


Jadi, antara satu perkara yang paling penting bagi aku sekarang ini ialah - gadget.
Sebab bagi aku, segala urusan kerja, di pejabat, luar pejabat, hal-hal study dan tugas sebagai pengamal media sosial memerlukan aku sentiasa up-to-date dalam setiap penggunaan aplikasi dan perhubungan melalui gadget yang serba lengkap. Smartphone, laptop dan kamera DSLR adalah antara aset yang banyak membantu segala tugasan aku.

Dan penyertaan aku dan dua lagi rakan blogger, iaitu Faizal Fredley dan Ruby dalam Allianz Amazing Hunt 2014 yang dianjurkan oleh Allianz Malaysia Berhad ni memang betul-betul mengujakan kami!
Kenapa? Perghhh...hadiah yang ditawarkan - AWESOME! Terutama sekali hadiah utama iaitu 3x iPad Air untuk kami...ehh..dah confirm menang ke? Hahaha!


#teamFF Mahukan iPad Air!!!
Memenangi iPad Air dalam cabaran ini adalah salah satu impian kami bertiga sebagai salah satu booster untuk kami bekerja lebih keras dalam dunia perkerjaan, pelajaran dan juga bidang penulisan dan perkongsian sosial yang kami minati ini.

Bagi kami, iPad Air yang bakal dimenangi akan lebih memudahkan urusan seharian kami dengan cirinya yang lebih lengkap, dinamik, lebih pantas, dan lebih mobile untuk dibawa ke mana sahaja.
Gabungan gadget seperti medium komunikasi, aplikasi sosial, aplikasi suntingan, penulisan, dan juga lengkap dengan kamera memang sesuatu yang menjadi keperluan kami. That's why-lah!

Selain dari encik iPad Air yang handsome ni, ada juga hadiah menarik lain ditawarkan, antaranya;
1st Prize: iPad Air x3
2nd Prize: Samsung Galaxy Camera x 3
3rd Prize: Lenovo Smartphone x 3
4th Prize: iPod Nano x 3
5th Prize: iPod Nano x 3
6th Prize: H&M Gift Card worth RM 300.00 x 3
7th Prize: H&M Gift Card worth RM300.00 x 3
8th Prize: 2 Majestic Hotel Dining Vouchers x 3
9th Prize: 2 Golden Screen Cinema Gold Class Vouchers x 3
10th Prize: Starbucks Card worth RM 100.00 x 3

Hadiah 2nd place - 10th place tu korang pilihlah sendiri ya, sebab kami dah booking untuk 1st prize tu...hihi!


Misi kami memburu iPad Air ini akan Flag-off pada 18 Oktober 2014, Sabtu ini, jam 8:00 pagi, nermula di Allianz Arena, Ground Floor, Plaza Sentral, Kuala Lumpur Sentral, Kuala Lumpur, dengan menggunakan perkhidmatan awam, terutamanya komuter/LRT/monorail. Fuhhh!

Semoga ilmu kepakaran public transport dari Ruby, pengalaman travel secara pantas dari Faizal, dan kelicikan aku menggoreng cabaran mampu membuatkan peserta lain kagum kelak.
HAHAHA! Just Kidding! Good luck untuk anda juga! 

So, korang doakan (banyak-banyak!) semoga impian kami menjadi kenyataan ya! Amin! 

SUPPORT #teamFF yeah!!!