Friday, October 24, 2014

Kisah Cikgu Suraya - Cerpen Lagenda

Erk.....hehehe!

Hari-hari Jemahat yang berkah ni terkeluar pulak tajuk ni! Mahapkan saya!
Hahaha!

Macam ni...past few days adalah aku TERtengok satu trailer/teaser short film tempatan masa browse kat Youtube, Youtube kan sekarang dah pandai nak iklan-iklan sebelum video kan.
Selalunya aku skip je...tapi tiba-tiba aku layankan pulak! Hahaha!

Ada satu teaser ni, filem pendek tajuk dia "Cikgu Suraya". Apakah?
Otak ligat loading...loading... nak ingat balik..cerita apa tu? Sebab katanya adaptasi cerpen lagenda zaman-zaman awal internet dulu! Erghhh...stress! Sebagai internet junkie yang tegar..kenapa aku tak tahu??!!! Siap tanya kawan-kawan group Whatsapp lagi.....sampai ada yang kena bahan! Bagero! Haha!

Lepas tu apa lagi...Google-lah!


Berdarah hidung kita wak!!! Hahahaha! Mampus gue blushing sorang-sorang!
Hok aloh...cerita ehem-ehem ke cerpen tu??!! Kenapa aku tak tahu?!!

Ini dah ala-ala "50 Shades of Gray" versi Melayu ni!

Sinopsis Cikgu Suraya versi 2014 dia pulak simple je;
SINOPSIS: Adaptasi dari cerpen romantik cult, ia mengisahkan seorang pelajar sekolah menengah, Amir yang kekempisan tayar basikal ketika hujan lalu meminjam pam dan segitiga emas dari guru kesayangannya, Cikgu Suraya. Peminjaman pam itu telah mengajarnya erti sebuah kehidupan.
Segitiga emas??? Apakah neraka itu???!!

Alahai....tak cukup kita banyak sangat filem, drama Melayu maghrib-isyak dan majalah buah-buahan yang dah kategori soft porn, kita nak main acah-acah naik satu level lagi ke?

Mungkin ada yang kata masyarakat kita (atau aku) tak sopportive, cepat melatah, melenting, tak sporting...MEMANG PUN! Sebab itu bukan budaya, tepat lagi...bukan selaras dengan ajaran agama kita. semua agama!
Maaf sangat...aku bukan nak feeling ostat ke apa, cuma...rasanya dah melambak sangat filem ke, drama ke, novel tempatan yang dah semakin 'open' dengan cerita dalam spender ni! Cukup-cukup lah kot. Drama-drama politik pun dah lama aplikasikan cerita-cerita korek-korek ni...seriously sampah!!!

Tak payah nak eksperimental sangat lah...hujung-hujung bila dah bersepah janin-janin, bayi-bayi digonggong anjing.....jangan salahkan anjing tu pulak!
Anjing boleh sertu/samak...tapi mentaliti budak-budak zaman sekarang?

Bila semua kata "It's Okay, semua orang pernah buat jahat.",
"..It's Okay, cinta perlukan pengorbanan...",
"..It's Okay, relaks lah...cerita je kot!".

Lepas ni mungkin ada kempen beromen beramai-ramai, lepas tu sama-sama belajar bertaubat!

Cikgu oh cikgu! Kesian gelaran cikgu dihanjengkan macam tu je...ko rasa?

P/s:
Movie-movie Hollywood kebelakangan ini pun dah banyak cerita pasal kiamat, kehidupan masa depan, zaman lepas kiamat, end of the day, bertaubat dalam cara mereka (jangan terpengaruh sudah!)...orang kita kata itu jarum halus..but at least mereka pun dah rasa dunia nak kiamat!!!
...tapi sedih dik, filem kat Malaysia masih leka dengan cinta, komedi yang sumpah tak kelakar, meratap hiba, hantu, joget-joget, bohsia, rempit....yang dubbing suara pun macam haram lagi! Lepas tu claim penonton tempatan tak support, tak pandai menilai! Puih!!!

..kan aku dah membebel pagi-pagi Jumaat ni!