Tuesday, October 28, 2014

Rindukan Agrofarmstay Melaka

Rindunya!

Rindu apa? Haha... Rindu saat-saat bersantai di Agrofarmstay, Melaka!

Biasalah, selalunya benda yang lepas memang selalu terkenang-kenang.
Sama juga lah dengan aku.
Jemputan untuk menerokai salah satu homestay yang lain dari yang lain iaitu di Agrofarmstay @Skilltech ini sentiasa menggelupur dalam ingatan aku....haha!

First of all, terima kasih kepada En.Bari yang hot meletops bak kata gegadis KBBA tu kan, dia yang propose lokasi ini untuk kami merehatkan minda, sekaligus sebagai lokasi retreat dan family day kami pada 19 hingga 21 September lepas. Berbaloi-baloi! Selain kami, geng Kelab Blogger Ben Ashaari ni, blogger Eyriqazz dan Kak Munirah Moon pun ada sama bawa family diorang. Meriah wey!


Agro Farmstay @Skilltech ni terletak lebih kurang 7 batu dari Pekan Durian Tunggal, Melaka. Luas lebih 30 ekar, di kelilingi bukit, ada tasik mini, ada kebun-kebun, ada ladang-ladang..pergh! Kemudahan kat sini juga sangat sesuai untuk sebarang aktiviti seminar, kursus motivasi, hari keluarga, perkhemahan serta jungle trekking.


Hari pertama tak banyak aktiviti lagi, sebab mostly kami sampai lewat petang sebab bergegas balik dari tempat kerja masing-masing, so aku, kak Sue Izza, abg Eddy pun sampai dekat-dekat Isyak, tapi sempat la jugak masuk dengar taklimat dari big boss Agrofarmstay ni, iaitu En.Ahmad Bashiruddin, kitorang panggil Cik Mat je..selamba tak? Isterinya Puan Sharimah Hussain serta anak mereka Encik Abdul Bari pun ada, En.Bari ni lah pengurus Agro Farmstay ini. Kencang seh!


Masa taklimat ni masing-masing dah tak senang duduk, excited wey nak tunggu aktiviti esok!
Lepas taklimat --- MAKAN! Bhahaha...semua kemain lapar menghadap menu makan malam berkonsepkan masakan kampung...gambar tak banyak..semua dah tak peduli..anak-anak bertaburan di merata dewan makan!! Hahahaha!

Selepas selesai sesi membesarkan perut, macam biasalah, sesi mengkagumkan diri dengan tempat penginapan yang di sediakan...kenapa??



Tadaaa!! Inilah rumah agam kami menginap! Hahaha...! Makan hati tak?
Haa.. Beruntungnya aku, geng bujang lelaki dan geng tak bujang 5 keluarga lagi dapat peluang menginap di salah satu penginapan first class kat sini! Kejung sekejap rasa masuk dalam villa ni.
Dalam ni ada 7 buah bilik, dua di bawah - connected, satu di belah dapur, dan empat lagi di atas! Semua bilik ada bilik air sendiri. Dan...paling kejung bila hampir kesemua perabot dalam ni adalah perabot kayu jati yang --- meleleh kiter wak!

Ruang tamu dia pun dah sama besar ngan kuarters aku kat Putrajaya ni...Siap ada ekon lagi. Hehe!
Dapur, semua peralatan memasak disediakan, cuma bahan memasak tu kena la bawa sendiri kalau gigih nak tunjuk skill memasak kan.
Geng awek-awek tak kurang syok juga dapat menginap kat bilik jenis dorm, tak jauh pun antara satu-satu tempat. Selain jenis dorm ni, penginapan jenis chalet pun ada...ala-ala rumah kampung gitu..Nyaman!

Sebelum melelapkan mata, abam besar kami buat roll-call sekejap --- mesyuarat katanya. Alhamdulillah, walaupun nampak santai, tetapi kitorang tetap bersama-sama berusaha untuk memantapkan lagi aktiviti kelab ini..InshaAllah..

Hari kedua - jeng3! Suasana pagi kat sini memang refreshing gila! Rasa tak nak bangun pun ada..haha! Bangun-bangun memang segar, ada bunyi ayam, unggas-unggas...gituu! Memang seriously suasana kampung!
Sarapan dulu yok! Hahaha..! Sarapan yang disediakan oleh pihak Agrostayfarm memang kental! Bertambah-tambah dah rasa macam lunch pulak...hahaha! Makan tepi kolam wey! Budak-budak dah acah-acah kocak air kan...sabar ye sayang semua...kita get ready untuk aktiviti pertama!

Haa---dah hari-hari terperuk depan laptop, main henpon, main tab, kat sini selepas sarapan kami semua kena bersenam ala-ala komando. Hahaha... Jurulatih dari sini, iaitu En.Johar lead acara "goyang-goyang-pecah lemak" kami...baru warm up dah semput! Bhahaha!
Seterusnya --- Sukaneka! Yeay!
Hahahaha..aksi-aksi masa sukaneka yang dikendalikan oleh staff kat sini memang sangattttt hazabbb muka masing-masing..segan kita nak share semua. Haha!
Walaupun ala-ala kanak-kanak, tapi ni versi kanak-kanak purba, ada games tradisi sukaneka,
- pass-passing belon air,
- cari gula dalam tepung,
- bawa bola ping pong guna sudu,
- isi air dalam botol pakai span,
- dan mengepit buah kelapa celah bedah! Bhahahahaha!
Seriously memang fun gila! Terasa muda lima belas tahun! Hahahaha.. Anak-anak semua kagum tengok mak ayah pakcik makcik gigih main game yang rare macam ni!

Dah penat sukaneka apa lagi?
Nampak tak? Berendammm lah!!! Gedebush!! Hahahaha...kanak-kanak bertempiaran lari bila pakcik makcik dah sewel jumpa swimming pool!
Selepas puas berendam kembang kecut, makan tengahari dan rehat, solat dan bersiap untuk aktiviti seterusnya, iaitu sesi lawatan sekitar kawasan Agrofarmstay ni.
Haa...masa tour ni lah baru jelas kenapa tempat ini dinamakan Agro-Farm-stay instead of just namakan homestay biasa saja kan. Rupanya tarikan utama kat sini adalah haiwan-haiwan comel lote! Haiwan ternakan atau pet seperti kuda, nama dia Ujang..hahaha! Ada rabbit gebu, ayam yang berbulu di kaki, merak, dan aku pun acah-acah pegang sejenis landak yang comel..hehehe! Aku tak hafal nama haiwan-haiwan itu sebab...err..heheheheh! I ni pemalu sikit dengan haiwan...hahaha!
Selain haiwan comel-comel tu, Encik Mat juga bawa kami melawat sekitar ladang kurma dan durian yang ada kat sini...belum musim dik...sedih!
Dan, yang paling rare --- haa..ada juga kandang lembu beb! Cemas sekejap aku sebab lembu sini boleh tahan manja! Hahaha.. Difahamkan lembu-lembu disini diternak dan disediakan untuk korban..haa...cuba datang time Aidil Adha tengok...untung-untung dapat agihan kan!

Selain ladang lembu, pengenalan kepada tanaman herba juga banyak memberi ilmu pada anak-anak dan mak bapak sekali. Macam-macam pokok ada, durian, nona, pokok kurma, belimbing, durian belanda..petai pun ada! Tapi seperti makluman....kami datang belum musim! Sedey lagi!

Tanaman herba pulak adalah seperti Misai Kucing, Hempedu Bumi, Tongkat Ali, Pandan Wangi, Setawar Halia, Kacip Fatimah dan Pokok Dukung Anak, sehinggalah aku belajar kenal pokok gaharu.. pergh! Awesome kan? Hehe! Lepas ni korang takleh nak tipu aku lagi dah! Hehehe!


Selain sebagai sebuah homestay bertemakan pertanian, Agrofarmstay ni juga beroperasi sebagai tempat latihan, seminar, kursus motivasi dan juga kursus lain yang sesuai sebab kat sini turut disediakan bilik-bilik seminar, bilik mesyuarat dan juga dewan kuliah yang lengkap dengan peralatan asas berkursus. Eh....kat sini ada WiFi juga..mantopppp!!


Dan...tarikan paling gempak kat sini --- jeng3! Rumah Kasut!!!
Haaa...markas apakah itu?? Hahahahaha!
Iya! Bilik riadah KARAOKE! Seriously terbaik! Penat sukaneka, penat jelajah 30 ekar satu ladang, penat berendam, penat berkayak, main bot....akhirnya dihiburkan oleh mak tiri Sue Izza, abang sayang Huszaini dannnnnn.....bhahahahahah! Ada orang naik sheikh --- BEN!
Dan Alhamdulillah geng KBBA juga tak lupa meraikan kami, September baby, aku, Uzu Emas Putih dan Faizal Fredly! Thanks korang!
Thanks juga kepada abang-abang sado yang sediakan jamuan BBQ untuk kami! Aummm!
Hari terakhir kami di sini memang feeling habis...so, korang semua pun faham kan kenapa aku rindu sangat moment ni...sampai gigih update juga walaupun lambat kan...bhahahahahaha!
Tamat sudah percutian, hari keluarga dan aktiviti santai kami, keluarga besar Kelab Blogger Ben Ashaari di sini. InshaAllah next plan kita ramaikan lagi penyertaan kepada korang yang sentiasa menyokong aktiviti dan usaha kami untuk menjadi sebuah organisasi sosial media yang "Bukan Sekadar Blogger"!!!

Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada pemilik Agro Farmstay ini sendiri iaitu Encik Ahmad Bashiruddin Bin Kulop Othman dan isterinya Puan Sharimah Hussain serta anak mereka Encik Abdul Bari yang bertindak sebagai pengurus Agro Farmstay ini atas kesudian menjemput kami merasai pengalaman yang awesome ni!

Okeh..meh nak bagitahu butiran Agrofarmstay @Skilltech ni.

Agrofarmstay @Skilltech, Durian Tunggal, Melaka
Laman Web : www.agrofarmstay.my
Facebook : Agrofarmstay at Skilltech
Email : pertanyaan@agrofarmstay.my
No Telefon : 012-2118246/016-2098623

Call je nombor tu, inshaAllah Encik Bari pujaan gadis blogger akan jawab.. hehehe!

Gambar ihsan :
http://kelabbloggerbenashaari.com/
http://amrafahan.blogspot.com/
http://myputeri21.blogspot.com/
https://www.facebook.com/agrofarmstay/photos_stream