Sunday, November 9, 2014

Ada Apa Dengan Cinta - Baling Belakang



Salam..
Haa....masih ingat lagi? Hehehe...

Ya, Ada Apa Dengan Cinta?
Ada apa?
Adoi...jauh ni nak balik ke belakang semula...hehe!

Aku rasa ramai generasi umur 25-35 masih ingat filem box-office dari Indonesia ni kan?
Jangan tipu laaaa..hahahaha.. Terutama kepada minah-minah jiwang, mat-mat bunga zaman tu kan?

Tapi aku yang tak berapa nak bunga ni pun sebenarnya minat jugak sebenarnya...ye, ini satu pengakuan. Siap tonton banyak kali lagi..hik hik!


Kenangan 'mengenali' cewek-cewek Indonesia ni memang antara bab menarik zaman remaja aku kononnya, bhahahahaha!

Bagi adik-adik yang tak tahu ni, mari sini nak cerita sikit pasal filem ni.
Cerita ni pasal Cinta (Dian Sastrowardoyo) dan keempat kawan baik dia iaitu Alya (Ladya Cherill), Carmen (Adinia Wirasti), Maura (Titi Kamal) dan Milly (Sissy Priscillia), bersama seorang hero yang hot masa tu, Rangga (Nicholas Saputra).

Mereka ni antara student yang hot jugak lah semasa zaman high scholl diorang, dan kedatangan Rangga, acah-acah new student yang sangat obses dengan puisi banyak menimbulkan konflik antara Cinta dan jugak rakan-rakan dia.



Biasalah, BFFs pun ada masanya pun bertekak, nangis sama-sama, gelak sama-sama, tambah lagi scene joget dalam bilik yang kononnya "cool gila awek-awek ni..!" aku rasa masa tu...bhahaha!



Selain dari babak feeling anak muda bercinta dan bercanda (ececey!), satu tarikan yang buat aku suka dengan cerita ni ialah hobi antara Cinta dan Rangga mengarang puisi, dan share-share, alahai..sweet pulak! Hahaha!


Dua puisi atau ayat kegemaran aku ialah;
Siap ada translation lagi kau!
Dan puisi berlari ke hutan, berlari ke hutan berteriak bagai tu...

Bagi aku, jurang antara Bahasa Indonesia, dan Bahasa Malaysia tak ada masalah sangat, sebab ayat-ayat puisi itu pun sama je dengan bahasa Melayu puitis, baku dan berima. Sedap!
Hok oloh...kantoi i peminat sastera..bhaha!

Ok, dipendekkan cerita, filem ni ended up dengan perpisahan Cinta yang terpaksa melepaskan Rangga ke luar negara. Masa tu Cinta tengah merajuk, biasalah pompuan kan...merajuk dulu, lepas tu baru nak menyesal...nasib sempat kejar Rangga nak naik flight.
Masa lepas ehem-ehem* tu, Rangga janji akan kembali selepas satu purnama. (ala-ala cerita Hang Tuah kau!).
*(Scene last ada comolots, tapi versi tayangan Malaysia kena censored dengan LPF..hehehe! Opss!)

Tapi, satu purnama jadah! 13 tahun tahu tak???
Itupun sebab LINE buat commercial! Hehehehehe! Terseksa menunggu tahu??

Iya, selepas 13 tahun, baru filem ini disambung dengan mini drama, yang semalam telah memblushingkan aku! Hihi!


Akhirnya...hubungan antara Cinta dan Rangga kembali mekar sebab sekarang zaman dah canggih, tak payah gigih dah nak tulis surat ke, guna burung merpati ke...hehehe! Zaman internet.


Dan bagi aku mini drama oleh LINE ni, walaupun ringkas, selit-selit sikit features kelebihan aplikasi LINE ni, tapi memang padat dan best..dapat tengok masing-masing dah dewasa dan bekerjaya, dah makin lawa, makin hensem Rangga tu..hehe!

Sinematografi? No more comments! Kalau style iklan, memang gambar superb cun gila!!
Dengar kata shoot di luar negara sampai ke Korea, New York...pergh!

Apapun...bagi aku. Kenangan zaman sekolah memang paling best. Nak cerita, tapi macam panjang sangat kan...dah lah aku ni bukan pelajar contoh..bhahaha!

Nah, layan Ada Apa Dengan Cinta versi reunion 2014. Salam...Bye!