Wednesday, December 3, 2014

Drama Bersiri SELUDUP Akan Bermula!

Salam,

Masih ingat lagi tak aku pernah war-warkan drama bersiri yang confirm meletops iaitu SELUDUP pada entri ini, dan ini?

Haa...dengan syoknya diumumkan bahawa drama bersiri ini sudah sedia untuk tontonan anda semua bermula 4 Disember 2014 ini...ya! Esok!

Drama aksi yang membawa tema kes penyeludupan haram di negara ini juga turut menyelitkan kisah cintan cintun dua watak utamanya iaitu Amran, lakonan mantap dari Pekin Ibrahim dan juga si cantik manis Tiz Zaqyah yang membawa watak awek misi...ehhh!!

Satu...satu..Tiz cayang Jeeb...ehh! #matilahnakkk
Selain Pekin dan Tiz, drama 13 episod yang diarahkan oleh Jehan Miskin ini juga menampilkan barisan pelakon hebat Malaysia seperti Nam Ron, Raja Ilya, Syafie Naswip, dan ramai lagi, termasuklah pemenang bakat baru TV Seludup iaitu Andhika dan Afieqah. Perghhh!!


So, nak lihat gempak ke tidak drama yang bawa isu yang agak berat ni, jom sama-sama tonton!

SELUDUP
setiap KHAMIS,
jam 8.30 malam,
bermula esok, 4 Disember 2014
di Astro Prima (Channel 105).
Jangan lupa wey!!!

Nak lebih info pasal drama ni? Jom LIKE dan FOLLOW

*Page SELUDUP ni rajin tau buat contest bagai...hadiah? Berbaloi-baloi!!!*