Wednesday, December 17, 2014

Sindiran Berilmu Dalam Komik Abu Nuwas


Tersenyum bila aku terima parcel ni.
Nak buka macam sayang gila...sampulnya saja dah 'pancing' hati aku...
"Hadiahkan Pendidikan, Kesannya Berkekalan."  #deep
Sebetulnya aku rindu gila dengan Team Projek Iqra', dan adik-adik di bawah Projek Iqra'.
Selesai soal masa dan kesihatan...InshaAllah i'll be back to join all of you guys as soon as possible!


Bila terima kiriman Komik Abu Nuwas #1 ni, terubat sikit rindu pada setiap 'ilmu jalanan' yang tak mungkin dapat melalui buku teks, kamus, dan lain-lain...terlalu eksklusif!


Haa...kalau korang nak tahu Abu Nuwas ni merupakan watak fiksi yang direka oleh penulis/pelukis komik yang cukup sempoi, iaitu saudara AhmedFani, berdasarkan watak sufi terkenal, Abu Nuwas.
Abu Nuwas digambarkan sebagai seorang pemuisi sufi yang suka menasihati dengan kata-kata dan sindiran yang berilmu, terutamanya nasihatnnya kepada sang keldai, Jonkie, dan juga Sang Penguasa.


Komik Abu Nuwas ini bukan sekadar komik bacaan senggang sahaja, hilang boring sambil-sambil bercuti panjang ni..malah bagi aku, setiap ayat yang dilontarkan dalam setiap babak memang serious makan dalam! Haha..
Dalam setiap babak, korang akan dapat imagine, siapa Nuwas, siapa Jonkie, dan siapa Sang Penguasa dalam kehidupan seharian korang....memang #sentapmaknak kata kau! Team Abu Nuwas memang terbaik!!

"Abu Nuwas kini hadir dengan kisah-kisah bernafas baru, mengajak para pembaca untuk menyelami asas nilai kemanusiaan dengan caranya yang tersendiri. Dengan perwatakan yang sedikit berbeza daripada daripda kisah asalnya di dalam Hikayat 1001 Malam, Abu Nuwas kini lebih tertib dan sopan walaupun masih bersifat sinikal."
Bagi aku yang memang penggemar komik, jenaka, dan artikel jenis ni, Komik Abu Nuwas #1 dah cukup compiled kan minat aku dalam senaskah karya yang ringkas, tapi cukup padat tentang "Apa Yang Perlu Kau Fikir!"...gitu! Haaa...hahaha..


So, kalau korang semua nak faham apa yang aku cuba sampaikan, dan berkenalan dengan Saudara Abu Nuwas ni, boleh buat tempahan komik ini [DI SINI].
Dengan 54 halaman bercetak 100% warna, perfect binding, dengan saiz A5....Harga RM13.00 rasanya terlalu berbaloi kot!

InshaAllah 100% keuntungan dari setiap jualan komik ini akan disalurkan untuk membiayai aktiviti kebajikan dan tajaan di bawah kelolaan Projek Iqra' seperti;
- Kelas Rakyat
- Kelas Rakyat - Prep Malam
- Perpustakaan Mini
- Shopping Raya
- Kem Motivasi
- Program Kemahiran; dan banyak lagi!

Maksudnya, korang bukan hanya mendapat pahala membaca dan berilmu, malah dalam masa yang sama berpeluang beramal untuk masa depan adik-adik Projek Iqra'. InshaAllah...Amin!