Tuesday, January 28, 2014

VMY2014 : Railway Tour & Homestay Malaysia (Siri 3)





Salam,
Masa di entri Siri 1 dan Siri 2, aku dah ceritakan serba sedikit tentang aktiviti yang kami sertai dalam Pakej Pelancongan Keretapi, atau "Tourail Package"...Majlis Perasmian, Mini Konsert, cerita pasal homestay.

Kali ni aku nak kongsi pula dua 'event besar' yang kami sempat cover semasa sesi jelajah tersebut iaitu;
- "Pesta Makanan Tradisional Lenggong" anjuran Parlimen Lenggong,  di Dataran Lenggong; dan juga
- "Program Pelancongan - 1Malaysia Green, 1Malaysia Clean" bertempat di Victoria Bridge, Seberang Karai, Padang Rengas, Perak.


PESTA MAKANAN TRADISIONAL LENGGONG.

Pesta ini diadakan pada hari Jumaat dan Sabtu, 10 & 11 Januari 2014 yang lepas, dan dalam entri lepas aku ada cakap yang kami berangkat dari Kampung Beng pada hari kedua iaitu hari Sabtu tu pada awal pagi menaiki bot ke Jeti Tasik Raban, terus menaiki bas ke Dataran Lenggong.

Majlis Pelancaran oleh YB Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
Gimik Pelancaran buku "Alam & Budaya : Warisan Masakan Lenggong"....fresh dari kuali kawah! Hehehehe!
Sampai sahaja di sana, Majlis Pelancaran Pesta tersebut telah disempurnakan sekali dengan pelancaran buku "Alam dan Budaya : Warisan Masakan Lenggong", yang telah diterbitkan oleh Jabatan Warisan Negara. Tetamu dan media yang hadir pada hari tersebut pun dapat senaskah sebagai cenderahati...huhu!
Kata DikBee: Inilah bukunya...ehhh!!apasal buku Norain dah bertukar jadi durian??? Kantooii songlap durian..ni mesti kerja dak Ipah ni..
Info Pesta Makanan Lenggong:

- Merupakan acara tahunan bermula tahun 2010 yang diadakan oleh Masyarakat Parlimen Lenggong yang diketuai oleh YB Dato' Shamsul Anuar Hj Nasarah - Ahli Parlimen Lenggong. Pesta Makanan ini diadakan bertujuan mengerat silaturahim antara orang-orang Kampung Parlimen Lenggong selain merupakan salah satu tarikan aktiviti pelancongan untuk negeri Perak.

- Terdapat 19 pelbagai jenis makanan tradisional Lenggong yang dimasak oleh orang-orang kampung daripada 19 kampung di sekitar Parlimen Lenggong. 
(Menu utama lah...kalau campur dengan menu-menu sampingan, kudap-kudapan, adalah dekat 99 jenis kata seorang makcik yang sajikan makanan untuk kami tu...huhu! Banyakkkk thooorrr!)

Meriah weyyyy~~~tapi sedeh...banyak makanan yang unik-unik dah habis...tak sempat rasa :'(
Masakan special dari para ibu. Mak-mak sangat! sebab tu sedapppp!!!
YB Menteri turut sama mencuba menumbuk "Kebebe"

Pelbagai jenis menu tradisi disediakan untuk tetamu...aku tiba-tiba obses makan siput sedut non-stop,,,haha!

Booth durian yang paling havoc! (Sampai bebudak ni songlap bawa balik homestay..hehehe!)
Ini bukan masak lomang yo, ini diorang masak nasi je,,,senang..tak payah beli rice cooker..menyatu dengan alam katanya! Huhu!
Kenyang perut, suka hati --- group photooooo!!!
~~~~~~~~~~~
‘VICTORIA BRIDGE GREEN DAY’ – 1MALAYSIA GREEN, 1MALAYSIA CLEAN’
Hari ketiga iaitu pada hari terakhir program Railway Tour ni, lepas drama nangis-nangis, salam-salam pak ngan mak angkat kami di Homestay Kampung Beng, kami terus bertolak ke Kuala Kangsar untuk sama-sama meraikan Program "1Malaysia Green, 1Malaysia Clean" bertempat di Victoria Bridge, Seberang Karai, Padang Rengas, Perak.
Sampai je di sana terus buat muka kagum --- waaa~~~vintage!!! Serious kat situ memang view tip-top...heaven untuk 'kaki-kaki tembak'..huhuhu!

Info Victoria Bridge:
- Dibina sekitar tahun 1897 hingga 1900 oleh pihak berkuasa Keretapi Negeri Perak, Jambatan Victoria adalah sebuah jambatan kereta api tunggal yang melintasi Sungai Perak di Karai dan merupakan salah satu jambatan kereta api tertua di Malaysia. Ia terletak kira-kira 4 km dari Jambatan Iskandar.

- Ia telah dibuka pada 21 Mac 1900 oleh Almarhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah pada satu majlis yang turut dihadiri oleh Sir Frank Swettenham, Residen-Jeneral untuk FMS, dan Sir John Pickersgill Rodger, yang bertindak Residen British Perak. Pembukaan istiadat jambatan terdiri membuka sebuah bar menyeberangi portal dengan kunci perak.
Sebelum Pemuliharaan.
Lebih menariknya, kami rombongan bloggers/media/pelancong yang menyertai program Railway Tour ini rupa-rupanya 'tetamu kehormat' pada majlis anjuran Persatuan Pelancongan Keretapi Malaysia/Railway Tour Association Malaysia (RTAM) ini, dan disambut dengan meriah oleh YB Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, bersama-sama penduduk kampung sekitar Padang Rengas.
So, apa lagi...masing-masing yang tengah feeling-feeling selfie terkocoh-kocoh pergi ke seberang sungai...tapi....errrr..tiba-tiba 
semua stuck...jalan slow-slow...sebab..

JAMBATAN TU TINGGI SANGAT WEYY!! GAYAT!! hahaha..muka cemas masing-masing!
Nasib baiklah pihak penganjur dah sediakan pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia sebagai langkah berjaga-jaga...thanks habang JPAM!
Rombongan delegasi disambut meriah...rasa macam pahlawan kejap...huhu!
masing-masing sibuk menembak...lepas tu cemasss!! hahaha!
Menurut pihak RTAM, tujuan penganjuran acara ini adalah bagi memulihara dan memelihara kawasan persekitaran tempat bersejarah ini dan mengwujudkan ‘Victoria Bridge’ sebagai destinasi terbaru pelancongan di Kuala Kangsar sekaligus bagi mendapat pengiktirafan dan diwartakan sebagai Tapak Warisan daripada Jabatan Warisan Negara.

Penganjuran ini juga bagi mengembalikan nilai sejarah yang ada pada ‘Victoria Bridge’ untuk tatapan generasi kini dan akan datang yang telah berusia lebih satu dekad seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persatuan Pelancongan Keretapi Malaysia iaitu memelihara dan memulihara tapak warisan yang masih terdapat di Malaysia. Waaa~~~gituuu!
..habang dan kakak JPAM buat aksi stunt...perghh! i'ols nak pitam lalu situ..
jeng3....koh..koh..koh... makan lagi!!! wee~~
Makan bersila...mengah jap nak kontrol lelemak perut..hehehe! Menu tradisi kampung yang meletops!
Walaupun panas terik, tapi sambutan kat sini memang meriah gila! Padang Rengas havooccc!!
Gadis-gadis ayu --- sebab dah diselempangkan pelikat dan batik...klasik!
Bergambar bersama abang mata-mata...hehehe! Polis zaman dulu kononnya...segak!
Berakhirnya majlis ini, maka berakhirlah siri jelajah kami...sobsss...sedih!! :') tak puasss!
Hehehe...selepas bersiar-siar sekejap di Pekan Diraja Kuala Kangsar, kami terus kembali ke Stesen Keretapi Ipoh, untuk sekali lagi menaiki ETS..pulang ke ibu kota.

Terima kasih diucapkan kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, dan khusus buat Railway Tour Association Malaysia (RTAM) atas jemputan untuk merasai pengalaman yang unik....jauh berbeza dari percutian-percutian yang mainstream!! Yeah!


Buat sahabat-sahabatku, rakan-rakan blogger KBBA terutamanya Lan a.k.a Abah Careno, dan sahabat-sahabat media yang lain, kenangan dan keakraban bersama korang takkan aku lupakan...mehh nak siooommm!! muahx3
InshaAllah...ada jemputan ke...sponsor ke...
KITA REPEAT HAVOC LAGI!!!!

Wassalam!

*fuhh...siap jugak! hehehe!



VMY2014 : Railway Tour & Homestay Malaysia (Siri 2)


Cerita sekitar pelancaran "Tourail Packages"; 

Okey, selesai sahaja Majlis Pelancaran "Tourail Packages" di Ipoh, Perak, kat entri ni, jom aku nak kongsi pengalaman kami bersama-sama merasai suasana 'inap-desa'; atau homestay!

Program homestay yang di kenali sebagai "Homestay Malaysia" kali ini adalah dijayakan dengan kerjasama Persatuan Homestay Negeri Perak...haa..sebab itu lah kami pit-stop di Ipoh, sebelum bertolak ke Homestay masing-masing.

Untuk program kali ini, tiga buah Homestay telah dipilih iaitu;
- Homestay Gopeng,
- Homestay Bukit Gantang, dan
- Homestay Kampung Beng.

Dan aku, dengan kawan-kawan tercayang cangat-cangat;
- Lan Careno,
- Firdaus Redscarz,
- Dr.FUH/bawa assistant, Beki Mustaffa,
- Mawardi Yunus,
- Ujang Azfar,
- Kak Sue Izza,
- Yanty Lee,
- Mizza Hasya Naurah,
- Qaseh Dalia
dan geng-geng anak-anak hikan ibu Pari Putih;
- Dik Bee, Norain Yusof, Iffah Affifah, Potia Silentbloggerz..
serta rakan-rakan media yang lain.

Kami telah sepakat untuk mencuba Homestay Kampung Beng...yang paling otai! Hehehehe! Kenapa otai? Sebab sejak awal lagi kami telah merisik yang Homestay Kampung Beng ni, lebih rare, lebih mencabar....dannn? Hahhh! mehh nak cerita!

PERMULAAN YANG MENCABAR.

Selesai majlis di Ipoh, lebih kurang jam 12.15 tengah malam, baru delegasi media/bloggers/pelancong mula bertolak ke Homestay masing-masing.
Dan perjalanan kami untuk ke Kampung Beng adalah dalam 2 jam something lah.
Sejak dari Ipoh, dah start hujan, renyai...dan kemudian menjadi lebat-lebat-dan lebat! Pheww!
Kenapa gelabah? Sebab yang aku cakap paling rare tu, untuk ke Kampung Beng, bas hanya akan hantar sehingga ke Jeti sahaja, dan kami perlu meneruskan perjalanan untuk masuk ke Kampung Beng dengan
MENAIKI BOT!

See..? Cukup rare? Ahahaha!..
Dengan keadaan gelap gelita, jalan masuk yang sempit, akhirnya kami sampai ke jeti tersebut lebih kurang jam 2.30 pagi!

"SERIOUSLY.
00:00hours
Ipoh - Jetty Kg.Beng (±2hours) by bus.
02:20hours
Jetty - Kg.Beng (±30mnts) by boat.
Yes. We 8-10 peoples ride a small boat ±15km/h speed, in the middle of night(awal pagi), hujan lebat, dan gelap gelita.....
Creepy...
Alhamdulillah...baru sampai Dewan Homestay Kg.Beng, Lenggong, Perak.
Tunggu mak pak angkat dukung balik rumah......ngantukkkkk!!
#vmy2014#rtam#homestaymalaysia#travel — with Qaseh Dalia and 14 others."

- Status Facebook aku pada waktu tersebut! Hahaha

Haa...kecut tak? hehehe! Btw, Alhamdulillah.. walaupun terlewat sebentar dari waktu yang dijangka tiba di Homestay, pihak Jawatankuasa Homestay Kampung Beng, diketuai oleh Tok Penghulu, Tuan Haji Alias, tetap setia menanti kami dalam renyai hujan, baju lencun, lecak-becak...huhuhu..siap kopi panas dan biskut roti yang rare tu beb! So sweet...awal-awal dan tau diorang semua sweet kan? Hehe!
Waktu tu..semua dah rabak..tunggu masa ceceh kepala kat bantal je...selesai pembahagian Keluarga Angkat masing-masing...zassss---semua hilang dah ikut mak pak angkat balik tidur! Ahahahaha!

Aku, dapat beradik-beradik-angkat dengan Lan, Firdaus, Ujang dan hujung-hujung Mawardi join kami, so kira dia adik tiri lah...
"hey Cinderella..basuh kasut aku! kekekeke!"

Di Homestay ni, kami menginap di rumah Pak Zamri & Mak Siti. 

Rumah Pak Zam ada dua buah bilik untuk tetamu, satu bilik kira macam masterbedroom lah, ada toilet dalam tu, bilik tu Lan share dengan Daus, orang tua kan...kena kasi chance...katil queen ko!! Bahagia sangat...hahaha!
Bilik yang kedua aku share ngan dak Ujang....hey mamat ni...dari dalam train asyik kena pekik dengan aku...barang dia tak sayang!.. main sepah merata-rata..hilang tahu pulak cemas! Hehehe!
Mawardi??? ..err.. dia kan adik tiri...so Mak Siti kasi dia bantal dengan toto jer...tidur kat ruang tamu.. jadi la kan..nasib tak kena tidur kat dapur...hihihi!


Malam first tu, memang semua sangat letih, selepas hirup kopi panas Mak Siti, semua dah hanyut~~

Untung Pak Zam dan Mak Siti, dapat anak-anak angkat kacak-kacak belaka...ehh??!! Hihihi!

KAMPUNG BENG, BERCINTA DENGAN ALAM.
"Perkampungan ini telah dibuka oleh seorang anak Raja Patani, dikenali sebagai 'Tok Beng' yang telah melarikan diri mengikut Sungai Perak. Maka wujudlah nama Kampung Beng ini sempena nama panggilan 'Tok Beng'. Kampung Beng ini terdiri daripada enam buah perkampungan kecil, iaitu Kg.Durian Lubuk, Kg.Beng Dalam, Kg.Dusun, Kg.Sekolah, Kg.Durau, dan Kg.Batu Ring. Setiap rumah di dalam kampung ini mempunyai sampan sendiri bagi aktiviti harian mereka seperti menghantar anak ke sekolah dan sebagainya."

Haa..iya...sampan dikkk... Laluan kenderaan darat ada juga sebenarnya, cuma jalan air adalah lebih efisyen dan mudah...katanya.

Seriously, suasana alam di kampung ini adalah masih terpelihara, udara yang segar, rasa relaks je lepak kat sini.

Hari kedua, Sabtu, 11 Januari, pagi lagi kami dah bersiap, Mak Siti masak bihun dan cucur. Heaven wey!!
Lepas gigil-gigil sampai ke tulang...dapat air kopi panas pagi-pagi adalah sangat ohsem!
Di kampung ini, sumber air adalah dari punca semulajadi, air gunung, so? SERIOUSLY SEJUKKK! Tapi lepas mandi..semua jadi hyperaktif...fresh gila!

Selesai sarapan dan bersiap, kami semua berkumpul di jeti, dan sekali lagi menaiki bot untuk ke Pekan Lenggong, ada Pesta Makanan Tradisional Perak di sana..nanti aku cerita bab tu dalam entry berasingan. Nak fokus Kampung Beng dulu...hehehe!

Subhanallah...suasana pagi yang hening apabila mula menyampan di Tasik Raban, masing-masing melayan perasaan menikmati keindahan alamNya. :')
(Dalam waktu yang sama, masing-masing feeling selfie, posing-posing dan buat muka kagum dari dalam bot..hehehe)

Pesisir Tasir Raban.
Tengok muka Ipah...feeling sangat kan~~~ hihihi!
Walaupun gajah...tetappp...nak juga duduk depan! Ahahaha!
Tadaa...~~! gigih membalance bot..nasib tak terjungkit ke sungai..Hehe..! Thanks Lan...awesome shoot!
Jeti Kampung Beng.
Sampan/Bot sebagai pengangkutan utama.
Syurga bagi pemancing tegar!
Apalah yang dipropakan Adi kat awek pinky tu kan...beriya sangat!
Trivia Tasik Raban :
Kalau korang ingat iklan Petronas tentang seorang ibu, dan tujuh orang anak dia tu...alaa..yang mak dia nak makan daging lembu tu, hujung-hujung anak-anak dia bawa balik seekor lembu tu... Most of the scenes dalam shoot iklan tu diorang berlakon di Tasik Raban ni lah, cantik gila kan?

"Tasik Air Tawar yang dikelilingi Bukit Bukau menjanjikan panorama yang amat indah. Sesuai untuk pengjunjung yang inginkan ketenangan daripada hiruk pikuk kota, berehat dan yang sedang mencari sumber inspirasi.
Aktiviti aktiviti air turut disediakan di kawasan tasik, seperti : kayak, sampan, khidmat bot mengelilingi tasik dan memancing.
Anda juga boleh melihat Jambatan Raja Muda Nazrin yang merentasi Tasik Raban yang merupakan jambatan yang terpanjang antara 9 jambatan lain di Perak." - sumber Wikipedia.
Itu dia belakang iols tu Jambatan Raja Muda Nazrin..kalau lalu bawah tu kena feeling-feeling awet muda kata Pak Zam...betul ke bohong..idok le teman tahu.. hehe!
 Selesai aktiviti di Pesta Makanan Traditional Perak di Dataran Lenggong, petang tu kami terus pulang ke Kampung Beng. Kalau mengikut perancangan, kami akan ikut anak-anak muda kampung untuk mencuba aktiviti memancing di Tasik Raban, namun....sedehhh.. Kapasiti bot yang ada tak balance dengan rombongan kami. Tapi, atas inisiatif rakan-rakan dan tour guide kami yang dilantik oleh pihak RTAM, kita ganti aktiviti memancing dengan jungle trekking menuju ke Air Terjun Lata Kekabu!

"Air Terjun Lata Kekabu adalah salah satu Air Terjun yang terkenal di kawasan berbukau Lenggong. Air yang jernih dan bertingkat, sesuai untuk dewasa dan kanak kanak. Terdapat kemudahan seperti wakaf, tapak perkhemahan, dan kawasan lapang yang sesuai untuk aktiviti berkelah beramai ramai."

Perjalanan untuk ke Air Terjun Lata Kekabu adalah mencabar beb! Kena merentasi kabel pagar elektrik! Fuhhh!
"Tempat Kejadian" - SEBELUM :)

Wayar letrik tu halussss je.. kena hati-hati.

Selfie di perjalanan ke Lata Kekabu
Alololo..manjaa~~
Yeay! dah sampai!!
Biasalah...masing-masing dah kecuttt...tu yang posing ala-ala manja je...hihi!

Perjalanan ke Lata kekabu tu seriosly mencabar, pertama sebab jalan yang kami guna tu kira 'denai kampung'...so macam jarang lah digunakan...yang kedua, sebab kena melintasi bawah kabel pagar elektrik. Pagar elektrik tu diorang cakap sebab tak nak kasi gajah dari hutan banjaran masuk ke kebun dan kawasan kampung...maksudnyaaaa~~masih ada hidupan liar berhabitat di situ...err boleh tahan seram gak kalau terserempak kan. Tapi itu tandanya kawasan ni masih lagi mengekalkan keadaan semulajadinya....BEST!

Dah puas berendam...tiba masa untuk pulang..namun, malang tidak berbau...errr..kekekeke!
Kalau tengok gambar semasa perjalanan tu..aku ada tulis "tempat kejadian" kan? Kejadian apakah?
Actually masa on the way nak balik ke kampung, aku sempat buat 'aksi stunt' di tebing sungai tu..hehehe!
Ceritanya gini, sambil-sambil layan si Ipah ngan Qaseh membebel sambil makan buah langsat tu, tiba-tiba je...ada satu tempat yang licin sikit...aku dah hati-hati dah...siap tahan tangan konon-konon nak cover Qaseh kat depan aku, tiba-tiba je..

---satu kaki tergelincir--tahan satu kaki lagi--tergelincir jugak---
---jatuh---guling---guling---
--gedebushhh!!---
~~~terpinga-pinga sekejap~~~
HAHAHA!

Haa...dramatik tak? Kikikiki! Habis sakit satu badan...nasiblah diorang tahan gelak dalam hati, dan acah-acah caring kat aku....cehhh! 
Sampai di kampung, sempat juga jenguk-jenguk mak-bapak angkat kami sedang bergotong-royong buat persiapan jamuan special untuk kami malam nanti....malam last di Kampung Beng...sobs!! :'(

Ikan Talapia katanya...cheq tengok ja..nak kupas ikan x reti...eh..betul ke kupas?? hihihi!
Tu diaaa..menu kampung yang ohhhhsemmm!!
Malam tu, kami dijamu dengan menu yang simple...tapi...serious cakap..sorang paling kurang tambah tiga pinggan nasi..jangan nak tipu...kan? kan? kan? Memang sangat berselera makan...dengan lapar..penat jungle trekking, tergolek-golek lagi...Hihihi..
Dan sambil-sambil tu kami dihiburkan oleh live band anak kampung tu sendiri...eh..takdelah anak sangat, actually yang menge'band tu bapak-bapak angkat kami jugak--OTAI!!!! Sempat la jugak aku ngan Mawardi mensumbangkan irama pada malam tu..ecececey! Neves ko..dah setahun aku quit tak naik pentas dah.. hahaha!

..abam Daus bagi iols bunga...blushing itteww! LOL
KENANGAN TERINDAH.
Semestinya..peluang bercuti di Homestay Kampung Beng melalui jemputan "Railway Tour" oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC), dan Railway Tourism Association Malaysia (RTAM) ini, adalah salah satu daripada pengalaman yang terindah dalam hidup aku. :')

Hari Ketiga, Ahad, 12 Januari 2014, seperti biasa pagi-pagi lagi kami dah bersiap untuk mengikuti aktiviti seterusnya di Seberang Karai, Padang Rengas, Perak. 

Berat hati nak tinggalkan Kampung Beng...namun apakan daya~~~huuuuuuuhuuuu(nangis)
Inshaallah, jika ada kelapangan masa, rezeki, dan geng-geng yang sudi join...kami akan kembali ke sini lagi! 
TERIMA KASIH!!





Kesayangan :')
My most fav photo --- nampak keikhlasan yang dididik pada anak jati di situ... ye dik...nanti apak Jeeb datang lagi sini yer.. :')

Cerita sekitar jelajah;

VMY2014 : Railway Tour & Homestay Malaysia (Siri 3)