Wednesday, March 26, 2014

FACEPALM : KEYBOARD WORRIOR

Pahlawan Dunia Maya


Pung pang pung pang..
Memekak hari-hari kat newsfeed... 
Salah dia tu, salah dia ni.
Konspirasi, spekulasi, provokasi.
Nak bukti itu ini, sembunyi maklumat, ini berkait dengan itu, kejadah apa yang sulit-sulit semua....semuaaaaaa kau tahu!!  kata kawan kau, kawan kau forward wassap, dapat info kat sumber itu ini, kajian agensi itu ini .....bullshit!!! 



Tapi bila ditanya balik, kenapa kau tak join bantu SAR Team kalau kau pandai teori itu ini, bijak guna instict atau konon ada KASYAF, ada firasat...
jawapan bacul yang confirm 99%...

"Eh.....itu bukan kerjaaaaa akuuuu...
diorang semua kan pakarr....
kerja hakiki diorangggg..... tanggungjawab diorang....
gaji butaaaa keee..
dah nak sangat mentadbir... apasal aku pulak nak join sama...??!!!
aku ni siapaaaaa??!!
Aku rakyat biasa ja!!
kawan aku yang ceritaaaa....
sedara aku dalam army aku tauuuu!
aku agak2 ja..." 

Tahu pulak kau!??

Justeru, kenapa batakkkkk sangat nak jadi herooo??? Nak jadi yang pertamaaaaaa tahuuuu jawapan..!! Nak mula niat memfitnah sana sini...TANPA KAU SEDAR.
Macam kau seorang yang tertanya-tanya!!! 
SABAR, BOLEH?
Cuba belajar percaya, nilai dan hargai usaha orang lain. Kau ingat senang ke hati bila hari-hari hidup kau mula kusut nak jawab soalan-soalan macam-macam....galas tanggungjawab macam-macam. Kau ingat diorg semua tak ada mak, ayah, anak, isteri, suami, famili ke nak hadap??! 

Betul atau bohong, biar Allah SWT yang tunjukkan. Itu Pasti!
Macam kau dah tak percaya juga kat DIA! SABAR! 

Cuba ilmu berkata-kata dan menulis kau itu kau gunakan dengan perkataan-perkataan yang lebih menyenangkan....and didn't make it more worse!

Eh...! sakit pulak hati kitewww.. :'((



Tuesday, March 25, 2014

MH370 : Penerbangan Berakhir Di Selatan Lautan Hindi



Kenyataan PM Najib mengenai MH370
2014/03/24 - 23:59:45 PM
     
KUALA LUMPUR: Berikut ialah kenyataan akhbar oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai perkembangan terkini penerbangan MH370 yang hilang. 

Malam ini saya diberi taklimat oleh wakil-wakil dari Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB). 

Mereka memberitahu saya bahawa Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit meliputi koridor utara dan selatan, telah melakukan pengiraan lanjut terhadap data itu. 

Dengan mengggunakan kaedah analisis yang belum pernah digunakan dalam sesuatu penyiasatan seumpama ini, mereka telah berjaya membuat pencerahan mengenai laluan penerbangan MH370. 

Berdasarkan analisis baharu mereka, Inmarsat dan AAIB telah membuat kesimpulan bahawa MH370 terbang melalui koridor selatan, dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth. 

Ini merupakan lokasi yang terpencil, jauh dari sebarang lokasi pendaratan. Justeru itu dengan perasaan sedih dan kesal yang amat sangat, saya perlu memaklumkan anda bahawa menurut data baharu ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. 

Kami akan mengadakan sidang akhbar esok untuk memaklumkan butiran lanjut. 
Sementara itu kami ingin memaklumkan anda mengenai perlembangan terbaharu ini dalam kadar segera. 

Kami berkongsi maklumat ini atas dasar komitmen kami terhadap keterbukaan dan perasaan hormat kepada seluruh keluarga, dua prinsip yang menjadi panduan penyiasatan ini. 

Malaysia Airlines sudah pun memaklumkan kepada semua keluarga penumpang dan anak kapal untuk memberitahu mereka perkembangan ini. 

Bagi mereka dua minggu yang berlalu cukup memeritkan; saya sedar bahawa berita ini akan lebih sukar lagi. Saya menggesa pihak media supaya menghormati privasi mereka dan memberi mereka ruang menghadapi situasi getir ini. 

-- BERNAMA


~~~

Tersentak.
Dalam penuh pengharapan yang semuanya dalam keadaan selamat.
Berita terkini malam tadi benar-benar meruntunkan jiwa.
BERAKHIR?
Berakhir...dengan baik atau buruk?
Ya Allah... :'(
Mata tidak mahu terlelap.

Secara peribadi, aku mengenali dua daripada anak kapal MH370.
Co-pilot Fariq, bekas rakan sekolah, junior aku di STAR Segamat.
Dan, Abg Jun, Junaidi. Salah seorang cabin crew yang bertugas. Senior yang aku kenal di MAS.
Walaupun hanya kenalan, namun, hati mana yang tidak robek menerima berita macam ini.

Allahu akbar.
Hanya kepadaMu kami memohon.
Lindungilah mereka, walau apapun kehendakMu.



Tuesday, March 11, 2014

Tragedi MH370 : Di Manakah Etika Anda?

Dear friends,

Selalu kalau ada apa-apa isu nasional, ramai 'pihak' yang menuding jari pada sosialis media baharu, seperti penggiat FB, Twitter, Bloggers, dan penyebaran copy paste dia alam maya.
Siap warning supaya jangan timbulkan sebarang spekulasi atau 'rumours' yang akan menyebabkan lahirnya ramai 'self-claim' detectives yang sangat kreatif dalam menggubah isu.



But now....see!!! One of our 'beloved' mainstream media sendiri yang publish HARDCOPY spekulasi mengarut macam ni, dan paling agak biadap, speku pilot commit suicide! 
Ini baru satu contoh.

Mana etika mainstream media yang so-called prooooo sangat tu?
Berita utama nasional pun highlight speku remeh...dia nampak itu..dia nampak ini.. perangai dia sebelum itu..sebelum  ini.. nonsense!

And...in front of my own eyes.. ada some local press bila mana yg dapat tahu di mana lokasi keluarga mangsa berkumpul... mula berbondong-bondong secara paksa dan sangat pushy bila minta statement dari ahli keluarga mangsa! Korang ingat ni rancangan terjah artis ke? Kamu semua ni anak buah wartawan feeling Z tu ke??? 

So eff-ing zero manners!

Mana sensiviti anda???!!!
Baca akhbar pun dah macam baca majalah bacaria,variasari zaman 90an, so then jangan terlalu menyalahkan penggiat media baharu yang 'copy&paste' style kerja mainstream sekarang!

Its your job...i knew.. but dont ever forget your a bit sense of humanity. Kasihan ahli keluarga dan sahabat MH370 yang masih tertanya-tanya...apakah sebenarnya yang terjadi?!!

Kami komuniti media baharu boleh jer sabar,tak pedulikan traffix mencanak ke apa...masih tunggu penjelasan secara officially..kenapa anda tidak?

Pentingkan rating juga???

Dont argue about media ethics if your attitude cannot change!!! 

Just keep praying. The authorities of course will do their best...and stop playing over your own 'firasat' if you are not seriously sanggup turun padang bantu apa yang perlu. Thats will be enough!

#prayforMH370


-Najeeb Abdullah-