Monday, May 26, 2014

Cara Nak Unfollow Status Facebook - For Dummies!

..hai dummies semua...gatal bijik ke uols? 

Kadang-kadang kelakar
... sampai rasa nak lepuk-lepuk dahi orang yang gigih nak komen meng'cadbury' buta
pada status atau post yang 'reverse psycho'.

Asal tak setuju atau buat post yang makan dalam sikit,
sentapnya mengalahkan perempuan meroyan lepas pantang.
Gigih keluar fakta, hujah, hadis semua bagai...
...sampai nak tunjuk ke'panda'an diri....

Hujung-hujung tengok status, 'as follower' sahaja...friend request dia pun tak approved lagi...
...sebab apa tak approve??....ko raserrrr???

Orang kalau nak berkawan, kena terima atau dengar,
atau kalau tak setuju pun,
cuba fikir balik dengan AKAL kenapa kawan tu punya pendapat berbeza dengan kau,
...kalau gigih nak jugak berhujah, SILA TAHAN MAKI..
(kesian...zaman sekolah tak ada peluang masuk pidato atau debat---sedeeh!)
bukan terus BOOM sampai konon biar kawan tu malu atau ubah pendirian dia,
...and finally kau rasa kau hero...kan?

HERO BULLSHIT!
Macam monyet sarkis ada lah!




Atau susah sangat, TAHUKAH ANDA, DI PENJURU ATAS SETIAP POST, ADA OPTION BUTTON YANG KAMU BOLEH KLIK PADA 'Unfollow Post'???
Jangan tahu guna Facebook atau laman sosial lain untuk buat gesel-gesel saja!

p/s : ...fikir balik at first place kenapa kau gatal bijik nak try follow post atau request friend dengan seseorang.

Tuesday, May 20, 2014

Cukuplah Bermimpi!

Malam tadi...duduk borak-borak...(dalam WhatsApp je pun..)
Saja mengimbau kenangan silap...minat lama-lama dulu... kenangan-kenagan masa zaman-zaman young&fun...hahahaha

Tiba-tiba mood jadi mellow...
Terpacul merungut sikit..

"... i loved music, but im already swear to stop singing & performing..
..i loved talking to people..but i am not comfortable by the way they judging our talent by size, looks, and sense of style...and sometimes bila buat job emceeing selalu orang/organizer ambil kesempatan...." sesekali mengadu pada bahu yang sudi.. 

"..then go try jadi DJ lah...you dapat membebel non stop and listen to good musics....DJ radio ke... Aku ada kenalan...nak try?" jawab sorang kawan...bersungguh dengan icon bintang-bintang dan microphone... 

...ko raseeee? ...hahahaha! ....Hujung-hujung...ended up duduk di workstation saja, hadap all those files.

.........krik3! Sepi! Hahaha.. 

Oh...mimpi best jugak! Boleh?? nak plan-plan mimpi..? Hahahaha...
Bagi aku, sekarang bukan masa untuk bermimpi lagi walaupun mimpi itu menguatkan cita-cita..
Tapi..dalam situasi yang dah kertu ni...aku rasa mimpi tu biar dalam mimpi saja lah..ala-ala inception..
Wake up and hadap reality...dah makin banyak priorities dan tanggungjawab...tu belum fikir pasal walimatulurus lagi...........hurm...

***sambung gelak***
HAHAHAHAHAHA...jadi deejay???  DJ kenduri kahwin pun tak lepas nok!!! Hahahaha!







Thursday, May 15, 2014

Iklan Biodiversiti Alam Semulajadi Malaysia

"Malaysia merupakan bumi yang bertuah kerana kaya dengan kepelbagaian bio. Kepelbagaian bio merangkumi semua benda hidup serta ekosistem yang merupakan habitat bagi kehidupan ini. Kita semua adalah sebahagian dari jaringan dari kehidupan yang kompleks ini dan saling bergantung antara satu sama lain."


Tetengah malam ni mesti korang ada perasan iklan kakak biodiversiti ni kan??? kan??? Hahahaha...

Walaupun suaranya lentok...syahdu... ala2 DJ Lin Suria Cinta... tapi aku tetap enjoy dan kagum dengan klip alam sekitar di negara kita sendiri...!!!

Subhanallah...indah ciptaanNya!!

Tabik kepada semua fotog & videog yang shoot semua scene tu...!!

***Sambung layan kakak biodiversiti....

1159pm
Bukit Tinggi, Pahang, Malaysia.

#malaysia #nature #flora #fauna #alam #biodiversiti #green


posted from Bloggeroid

Friday, May 9, 2014

Baju Melayu Punya Pasal!

Salam Jumaat semua!!!

Hari ni habang ko busy sikit..mana dengan system down lagi, dengan fail pending botingkek-tingkek lagi.. hahaha!

Haa...ni nak cerita pasal Baju Melayu ni..
...tadi, masa tengah dok 'melawat kawasan' ada sorang staff tegur aku,

"Hey..tak pakai baju melayu ke hari Jemahat ni..? sekarang dok pakai baju omputih je...feeling western???"

Hahaha...hazab soalan beliau kan!!
Actually..aku masa di office lama memang selang-selang Jumaat akan melaram ngan baju melayu. Cuma kat department baru ni macam malas je nak melaram sangat...sebab nanti karang ke hulu ke hilir angkat fail, angkat tong air...angkat batu bata...eh..nanti terlucut pulak sampin aku. Dah la abang ko ni merempit...ngan ngan kepit-kepit sampin lagi..hahaha!

Carita pasal baju Melayu ni, memang aku antara peminat dan ada menyimpan koleksi baju melayu...hahaha! Sebab apa..sebab banyak dapat sponsor..mampu? Kikiki..
Takdelah.. sejak aku kerja ni, alhamdulillah...beberapa kali dah dapat sepersalinan pakaian jejaka Melayu dari event-event formal. So, bila dah campur dengan baju melayu yang aku gatal beli lagi...ada jugak dalam 10+ helai pelbagai warna kot..dah boleh buka butik kooo!

Dah terlanjur bercerita pasal baju melayu ni.. Jom kita kongsi sedikit info pasal baju melayu yang kacak itteww!

   Jika wanita sinonim dengan pemakaian baju kurung, pakaian tradisional bagi lelaki pula adalah bajuMelayu. Baju Melayu adalah warisan turun-temurun orang Melayu dan juga merupakan pakaian rasmi yang dipakai ketika majlis-majlis formal dan sambutan perayaan. Seperti baju kurung yang terdapat dalam pelbagai jenis dan rekaan, anda juga boleh menemui baju Melayu dalam dua pilihan iaitu – Baju Melayu Cekak Musang dan Baju Melayu Telok Belanga / Teluk Belanga.
Apakah perbezaan diantara Baju Melayu Cekak Musang dan Baju Melayu Telok Belanga?

Haa.. nampak tak bahasa wikipedia aku.. Hahaha!

#Baju Melayu Cekak Musang
See...kacak bukan? Belum bersampin lagi tu!

Baju Melayu Cekak Musang merupakan jenis baju Melayu yang kerap dipakai oleh kaum lelaki untuk menghadiri majlis-majlis formal dan majlis keramaian seperti kenduri, resepsi perkahwinan dan semestinya ketika sambutan Hari Raya. Terdiri daripada dua bahagian iaitu seluar dan baju. Untuk bahagian baju, ia mempunyai rekaan leher yang keras dan anda memerlukan butang baju Melayu untuk mengancing kedua-dua bahagian leher. 

Bagi aku, aku memang lebih gemar baju jenis ni, sebab lebih kemas...terletak je kat body i yang curvylicious ni... Hahaha...
..pink ni cantik...tapi adakah cantek jika aku pakai? jeng3! *pitam*

...butang baju abang dah jumpa...kira jadi lah kita membina masjid ni ye!?? - kata abang model! Hahaha!


#Baju Melayu Telok Belanga

Haa.. jenis yang ini...kalau takde dalam koleksi aku sebagai anak jati Johor memang malu beb!
Hahaha...cuma jenis teluk belanga ni aku kurang pakai sangat, sebab leher abam ko tak jenjang macam Fahrin Ahmad *tetiba!*
 
...pink lagi...adakah new colour of the year?

Ececey..Johor sangat awak!

   Jenis baju Melayu yang kedua ialah Baju Melayu Telok Belanga dimana ia juga terdiri daripada 2 bahagian iaitu seluar dan baju. Berbeza dengan Baju Melayu Cekak Musang, baju Melayu jenis ini mempunyai rekaan bahagian leher yang sama dengan leher baju kurung.

Info : Baju Melayu Teluk Belanga atau orang panggil baju Johor ni, kalau ikut tradisi di Johor, lengannya hanya 3 suku. Tak tahu lah kenapa, mungkin senang nak elak tercelup kuah rendang? Hihihi..
Dan selalunya orang joho akan pakai dengan seluar slack, capal Melayu, dan juga sampin. Ala-ala jejaka stylista gitu...ececey!



   Selain dipakai dengan seluar yang sepadan, baju Melayu juga kadangkala digayakan dengan jeans atau slacks. Jangan lupa juga untuk melengkapkan gaya anda dengan memakai kain songket atau kain pelikat sebagai kain sampin anda!

Haa..see! Sekarang ni, kalau kata malu nak pakai Baju Melayu ala-ala pengantin...boleh je nak di fusionkan! Bukan maknanya kita nak mempupuskan rekaan tradisi, rekaan tradisi tetap segak dipakai untuk majlis formal dan kemelayuan, tapi rekaan yang lebih fusion boleh dipakai dengan pelbagai corak...dan lebih santai! Maksudnya sifir mudah di sini;

Baju Melayu Tradisi = Kacak
Pakaian modern = Hensem

Baju Melayu + Pakaian Modern = Segak Bergaya kebaboom!!! ...mampu? Hahahaha!


Fashionable katanya...mix and match.
Tak percaya tengok bawah...

.
.
.
.

Baju Melayu + Seluar Pelikat rekaan KataNajeeb Fashion House.....erkk!! Hihi!
Kacak bukan? Hahahahaha! ...itu posing muka kekwat namanya...
Aku sekarang telah mempatternkan baju melayu mix dengan seluar pelikat! Hahaha!
Jangan tiru okey..nanti aku saman! Opsss!!

*walhal aku tak reti nak ikat kain pelikat...seriously! Hahahahahaha!*


So...persepsi korang tentang pakaian tradisi? AWESOME kan???
Sekarang ni nak soping baju melayu ke, baju traditional ke...tak perlu sesak-sesak kat Jalan TAR lagi dah...online pun boleh. 

Ni haa...kat ZALORA Malaysia pun ada jual....pergi la usha....

Untuk ayah, suami, abang-abang, adik-adik, sepupu lelaki, boifren-boifren...!!!
...semua ada! *baca style iklan abang Zalora*
 
Apa yang anda tunggu lagi? Layari laman web ZALORA Malaysia untuk pelbagai koleksi baju Melayu yang terkini dengan harga yang amat berpatutan hari ini juga!
 
http://www.zalora.com.my/men/pakaian-tradisional/baju-melayus/

Wednesday, May 7, 2014

Aku Si Pengamal Santau


Seorang kawan borak ngan aku...

"...engkau kalau menulis sepatah pun, cukup halus.
Kalau orang silap tafsir, tak kenal bagaimana engkau luar dalam, boleh bawa bertekak...boleh mendatangkan kemurungan dan kemudaratan pada si mangsa...dah macam santau...
...santau pena mungkin...???!!!" (keyboard sebetulnya...hihi!)

Terima kasih sahabat,
tukang kejut,
tukang nasihat,
tukang membebel,
tukang maki pun kau jugak....Haha..
kau bagi aku idea untuk banner gedik ni.
Banner kepohchi yang aku buat pakai paint masih ada kat footer bawah...sayang wey!

HAHAHAHAHA... :))


Aku, menulis dulu asalnya melepas geram. Yes, seriously.
Pelepas baran aku.
Aku menulis ikut emosi.
Kalau korang perasan...awal-awal post dulu.
Ada yang masih terpublish.
Ada yang gambar dah corrupt.

Saja aku biarkan.
Menulis kat sini, walaupun jarang...dah macam diari jugak.
Apa saja aku nak cerita.
Suka gelak tengok 'sampah-sampah' yang aku tulis dulu.
Rasa immatured gila! hahaha..

Sedikit-sedikit aku ubah corak tulisan aku.
Walaupun masih dengan cara outspoken aku.
Sebab aku tak pandai nak berkias berlapik bagai.
maafkan ya! 

Sedikit-sedikit aku cuba selit-selitkan benda non-lagha...erkk...
untuk diri aku sendiri sebenarnya.
Dan kalau ada yang sudi ambil isinya, Alhamdulillah.

Oh ya... Alhamdulillah...syukur.
Ada juga insan yang sudi pandang personal blog picisan aku ni.
Merasa lah sedikit-sedikit rezeki dari sini.
Tak pernah terfikir pada asalnya pun.
Iklan pun tempek asal boleh...semalam dah remove...sebab tak faham apa pun.
Tapi bak katanajeeb...rezeki jangan kau tolak...
Alhamdulillah...boleh juga tampal koyak sana-sini kat poket aku.
Hehehe...
Terima kasih yang mempercayai aku.
InshaAllah.. 
aku masih belajar...kalau salah tolong starlight dahi aku... haha!

AsSalam! 

Tuesday, May 6, 2014

DIA Ada

Melangkah itu mudah,
namun mencari arah itu yang terkadang payah.

Mencari jalan itu mudah,
namun memahami destinasi itu yang susah.

Menyusuri laluan itu mudah,
namun menuju noktah itu pastinya lelah.

Payah, susah dan lelah.
Satu frasa buktinya yang imanmu semakin lemah.

Usaha, Tabah, dan Redha.
Di saat kau dipinjam sedikit masa.

060514.
0020hours.

Najeeb E. Abdullah.

#mutiara #hikmah #muhasabah #quotes #landscape #lomography #polaroid #instax #highway #selfmotivate


posted from Bloggeroid

Saturday, May 3, 2014

Rehat Sepuasnya

Salam...

Past few months....hectic gila.
Letih...stress..
Macam-macam hal nak settle.
Macam-macam dugaan kena hadap.

Ujian DIA.
DIA tau kita boleh hadap.
Alhamdulillah. Dah reda sikit.

Balik kampung dengan my boy.
My birthday mate.
Best birthday gift ever.
My kembar yang tercicir..
Haha..

Muhammad Izz Danish.
PRICELESS.


posted from Bloggeroid

Thursday, May 1, 2014

Syurga Itu Tetap Ibu

Assalamualaikum..

#katanajeeb bersiaran dari kampung halamannnn...eceececey!! Hahaha..

" When you woke up in the morning and your favourite Nasi Lemak cooked by your mom had already on the table...you knew its the real heaven in the world!!!"

Happy Labour day uols!


p/s: ...sorry mak..u still need to cook for us...anak-anak perantauan..no cuti for u! hahahaha!


posted from Bloggeroid