Friday, August 29, 2014

My Air Asia Free Seats!

Book your free seats now! [KLIK SINI]

"Jika saya mempunyai 10 Tempat Duduk Percuma Air Asia, saya akan ke Phnom Penh atau Siem Reap di Cambodia dan saya akan bawa bersama ahli keluarga terdekat saya iaitu ibu, dua orang abang, dua orang kakak ipar, adik saya, dan juga tiga orang anak saudara saya ke sana."
Haa! Itu adalah antara impian saya jika terpilih antara yang bertuah melalui promosi Free Seats oleh penerbangan berbaloi-baloi --- Air Asia.

Kenapa Cambodia? Haha...mari sini dengar ini cerita.
Pada penghujung tahun lepas abang saya yang sulung telah selamat diijabkabulkan bersama seorang gadis manis dari sebuah wilayah di Kemboja.
Perkahwinan antara dua negara ini adalah saat paling manis dalam keluarga kami yang bukan sahaja mendapat restu dari ibu dan keluarga kami, tetapi juga diterima baik dari sebelah keluarga kakak ipar saya. Alhamdulillah, abang dan kakak ipar sedang menanti kelahiran bayi sulung mereka di penghujung September ini.

Keluarga besar kami jarang mendapat peluang menghabiskan masa untuk bercuti bersama dan peluang keemasan ini mungkin dapat mengeratkan lagi hubungan antara dua budaya jika kami mendapat peluang untuk melawat keluarga kakak ipar saya di sana, bersama-sama ahli keluarga kami yang baru nanti.

Angkor Wat - Antara binaan bersejarah tertua di dunia.
Selain itu, sebagai seorang gemarkan dunia fotografi dan 'pelancongan bersejarah', negara Kemboja menjadi pilihan kerana selain memberikan tawaran pelancongan dengan harga yang sangat berpatutan, Kemboja adalah antara negara yang mempunyai beberapa tempat pelancongan bersejarah yang tertua di dunia, iaitu Angkor Wat dan tasik air tawar yang terbesar di Asia Tenggara, iaitu Tasik Tonle Sap!

Keindahan Tasik Tonle Sap yang menjadi impian peminat fotografi.
Semestinya peluang keemasan yang menjadi impian saya untuk membawa keluarga saya, terutama ibu saya ini, adalah bakal menjadi kenangan termanis untuk kami sekeluarga...I Wish! *pling~pling~*

Dengan slogan "Now Everyone Can Fly", Air Asia sentiasa menawarkan pakej penerbangan 'mampu-terbang' dan baru-baru ini pun Air Asia sekarang sedang mempromosi Free Seats, di mana tawaran ini berlangsung dari 25 - 31 Ogos 2014 untuk penerbangan bermula 1 Mac 2015 sehingga 24 Oktober 2015.
Apa tunggu lagi??? Realisasikan impian anda semua dengan penerbangan Air Asia dengan layari www.airasia.com atau klik sahaja banner AA Free Seats di atas sekali! *scroll up~~*


P/S : Air Asia warna merah....aummmm!! --- Warna obsesiku! Hehe!

Friday, August 22, 2014

Salam Takziah | Malaysia Berkabung 22 Ogos 2014



Assalamualaikum.
Salam Jumaat.

Pagi yang suram.
Bagai alam turut menangisi dan mengenang peristiwa tragedi penerbangan MH17, dan yang masih bertanda tanya, penerbangan MH370.

Semoga segala rahmat dan ihsan dikurniakanNya kepada semua mangsa.

Alhamdulillah...ramai yang masih prihatin untuk menghormati hari ini.

Memang sepatutnya 'sentiasa' begini,
Cuma hari ini dikhaskan sedikit, menyambut kepulangan 'keluarga' yang sudah sedia 'ke sana'.

Pay respect....at least.
In loving memories of MH17&MH370,
And also the syuhadah of Palestine.
Salam takziah.


Al-Fatihah.


#respect #peace #mh17 #mh370 #victim #malaysiaairlines #palestine #savegaza #savepalestine #supportgaza #iammuslim #history #memorylane #black #white #bw #media #mediateam #socialmedia #kelabbloggerbenashaari
posted from Bloggeroid

Thursday, August 21, 2014

Pemenang Ujibakat Drama SELUDUP

Salam!

Haa..masih ingat lagi pencarian bakat baru #masukdramaseludup tempoh hari?
Jeng3! Abang ko ni tak menang dikkk!! bhahahaha!


Walaupun tak menang *nyaris sipi-sipi..hehe!, aku dengan gembiranya nak ucapkan tahniah kepada dua pemenang peraduan #masukdramaseludup iaitu;

* Mohd Andika bin Abdul Halim (25 tahun) ; dan
* Nur Afieqah binti Zulkarnain (20 tahun)


Andika & Nur Afieqah #masukdramaseludup
Mereka berdua ni telahpun berjaya mengungguli pertandingan tersebut dan akan berpeluang berganding dengan nama-nama besar industri hiburan negara seperti Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah, Namron, Syafie Naswip dan Raja Ilya. Turut membintangi drama bersiri 13 episod ini adalah Jehan Miskin, yang juga bertindak sebagai penerbit eksekutif dan pengarah.

Oh Tiz! :'(


Menurut Jehan, “Pencarian bakat ini dimulakan sejak 25 Jun 2014 dan ia telah menerima sambutan di luar jangkaan dengan kiriman lebih 130 penyertaan melalui video yang dimuat turun di laman Facebook ‘Seludup’.  Dua pemenang yang dipilih ini adalah yang terbaik di antara mereka”.


Drama yang bakal sarat dengan aksi dan cinta ini berkisar tentang kegiatan perdagangan barangan haram seperti rokok seludup, dadah dan pemerdagangan manusia yang menjejaskan pendapatan, keselamatan dan kualiti hidup masyarakat Malaysia. Produksi ini telah memilih daerah Pantai Pengkalan Balak di Masjid Tanah, Melaka sebagai lokasi dan kini di dalam fasa kedua penggambaran. Perghh!! Tak lama lagi keluar tibi la korang!!


“Saya amat berterima kasih kepada para juri yang telah memilih saya dan saya percaya saingan adalah sangat sengit. Peluang ini akan saya gunakan sepenuhnya untuk mencapai impian saya menjadikan bidang lakonan sebagai kerjaya”.
Perasaan gembiranya turut dikongsi Nur Afieqah, seorang pelajar yang menyifatkan peraduan ini sebagai usaha yang sangat unik untuk mendedahkan bakat baru dengan realiti sebenar kerjaya lakonan.

Gila tak seronok kan...join peraduan yang simple-simple je pun (tapi gigih cemas berpeluh-peluh nak record video ujibakat sendiri..bhahahaha!)...inilah yang dikatakan rezeki!!

Selain peluang keemasan untuk berlakon di dalam drama ‘Seludup’, pemenang-pemenang juga akan menerima hadiah bernilai sehingga RM15,000. *ko hadoo?

https://www.facebook.com/Seludup

Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Seludup’ dan peraduan #masukdramaseludup termasuk terma dan syarat, sila layari laman Facebook Seludup di www.facebook.com/seludup

Inilah orang kata, tuah ayam nampak di kaki,
Tuah Andika dapat berlakon dengan Tiz Zaqyah....ehhh!!