Friday, December 25, 2015

Video Tengah Malam - Rapuh

Salam.

Hi there! Haha!

Malam tadi, dalam stress layan last minutes assignments yang nak kena settle sebelum berangkat pe Penang 2 minggu lagi, entah apa saka aku layan Smule Magic Piano Apps, rekod sekali video ni guna phone biasa-biasa je....hihihi!

Serabut sikit lah...sambil-sambil layan sakit tekak sebab dah dua hari selsema.
Nah...layan ni sambil mencarut...Hahahaha!

Rapuh - Agnes Monica.



P/s : Chord dia guna numbering chord.


OK Bye.

Monday, December 21, 2015

Jatuh Cinta Lagi, Love Again (또 다시 사랑) - Lim Chang Jung (임창정)

Salam.

Hik hik hik (tersipu-sipu!)

Ini semua salah cikgu kacak Cikgu Hailmi!
Hahaha!

Macam ni, aku susah sikit nak absorb muzik Korea or Japan selepas di Kpop Jpop kan lima enam tahun kebelakangan ni. Pada aku, sekarang mereka lebih komersialkan seksis, feminism, tarian ghairah tak kena tempat walaupun lagu kelakar...dan yang paling kelakar semua muka baik lelaki dan lebih-lebih lagi perempuan 'sepesen' je...satu cetak plastic surgery! Susah nak kenal! Opsss!


Jangan kecam aku!
Sebetulnya aku pun pernah once upon a time jadi peminat pop muzik dari Jepun dan Korea masa zaman 'baru nak up' dulu, Glay, Utada Hikaru, Ayumi Hamasaki, Kiss, Morning Musume, Rain, dan beberapa lagi artis ngetop negara berkenaan. 
Siap kenal sorang-sorang, hafal lirik, pronounciation & tahu translation lagi faham!!! Hahaha!

Cuma bila dah sibuk bekerja, dah masuk usia 'tak kisah' ni..nak dengar muzik pun yang relaks-relaks je, yang soothing, yang tak terkinja-kinja...dan yang ada makna... ececececey!


Dan hari ni, aku rasa, selepas lagu "Kiss - Because I'm A Girl", aku rasa aku dah jatuh cinta balik dekat muzik dan lagu-lagu ballad Korea.

Ini semua punca dari Cikgu Hailmi yang baru balik dari Korea tu, dia post lagu ni dekat FB beliau;

임창정 (Lim Chang Jung) - 또 다시 사랑 (Love Again)


Ok. Melting. Layan je la.
Nah Lirik, Translation & Hangul Pronouciation!

Love Again (또 다시 사랑) – Hangul Pronunciation / Romanization (가사 발음 / 로마자)

a-p’ŭm-i jom dŏ ja-ga-jil-kka
ŭi-mi ŏm-nŭn man-nam-ŭl ha-da-ga
ŏ-nŭ nal gŭ-dae-ga hŭl-lin nun-mul
waen-ji na-wa gat-ta nŭ-kkyŏ-sŏ

i-rŏ-k’e gŭ-dae-rŭl chi-k’i-nŭn-‘ga bwa-yo
haeng-bo-k’a-go shi-p’ŏt-tŏn ‘gŭ-dae-rŭl
mol-lat-tŏn nu-gun-‘gal tto a-ra-ga-myŏn-sŏ
pun-myŏng haeng-bo-k’al gŏl ral-get-chi-man

nae-ga gŭ-dae-rŭl man-nat-ta-nŭn ‘gŏn
ŏ-tchŏ-myŏn hŭl-lŏ-ga-nŭn hŭn-han in-nyŏn-i-ran ‘gŏt nil-chi mo-rŭ-ji-man
o-nŭl-to da-shi tto da-shi sa-rang-hae-yo
sa-rang ŏn-je-na i-bŏn-i ma-ji-ma-gi-ra-myŏ
ch’ŏ-ŭm-in dŭt ch’a-ja-o-ni-kka

ŏ-nŭ nal gŭ-dae-ga sum-gin nun-mul
waen-ji na-wa gat-ta nŭ-kkyŏ-sŏ
i-rŏ-k’e gŭ-dae-rŭl chi-k’i-nŭn ‘ga bwa-yo
haeng-bo-k’a-go shi-p’ŏt-tŏn ‘gŭ-dae-rŭl
mol-lat-tŏn nu-gun-‘gal tto a-ra-ga-nŭn ‘ge
hok-shi du-ryŏp-ki-do ha-get-chi-man

nae-ga gŭ-dae-rŭl man-nat-ta-nŭn ‘gŏn
ŏ-tchŏ-myŏn hŭl-lŏ-ga-nŭn hŭn-han in-nyŏn-i-ran ‘gŏt nil-chi mo-rŭ-ji-man
o-nŭl-to da-shi tto da-shi sa-rang-hae-yo
sa-rang ŏn-je-na i-bŏn-i ma-ji-ma-gi-ra-myŏ
ch’ŏ-ŭm-in dŭt ch’a-ja-o-ni-kka

chŏl-tae u-ri ja-gŭn da-t’um-jo-ch’a ha-ji ma-yo….
i-byŏl hu-en sŏ-un-ham-man
ka-sŭm-so-ge nam-ŭ-ni….
sa-so-han ‘gŭ p’yo-hyŏn-i gŭ mal-tŭ-ri
ŏn-je-na na-e-gen ch’am
ko-ma-ul gŏ-ye-yo

nae-ga gŭ-dae-rŭl man-nat-ta-nŭn ‘gŏn
ŏ-tchŏ-myŏn hŭl-lŏ-ga-nŭn hŭn-han in-nyŏn-i-ran ‘gŏt nil-chi mo-rŭ-ji-man

o-nŭl-to da-shi tto da-shi sa-rang-hae-yo
sa-rang ŏn-je-na i-bŏn-i ma-ji-ma-gi-ra-myŏ
ch’ŏ-ŭm-in dŭt ch’a-ja-o-ni-kka
sa-rang ŏn-je-na i-bŏn-i ma-ji-ma-gi-ra-myŏ

Love Again (또 다시 사랑) – English Translation Lyrics (가사 영어 번역)

I’m wodering if the pain is a little smaller
While a meaningless encounter
One day the tears that you have shed
Feeling somehow like me

That’s why I take care of you
You, wanted to be happy
You’re going to go out you didn’t know yet
I know you obviously be happy

The thing, I met with you
I don’t know it’s passing a common bond or not
Even today, I love you again
Love is always bring back like the first time
With saying this is the last time

The tears, one day you hidden
Feeling somehow like me
That’s why I take care of you
You, wanted to be happy
It may be afraid that go out with someone you didn’t know yet

The thing, I met with you
I don’t know it’s passing a common bond or not
Even today, I love you again
Love is always bring back like the first time
With saying this is the last time

Do not ever do fight even little thing
Only sadness will remind in our heart after farewell
The minor express and words
It’ll always truly grateful for me

The thing, I met with you
I don’t know it’s passing a common bond or not

Even today, I love you again
Love is always bring back like the first time
With saying this is the last time
With saying this is the last time
Dari pagi sampai bawa ke petang dok ulang-ulang, humming-humming...ehh! Angau pulak rasanya! Hahahaha! Kbai. (Malu --- blushing!)~~~


Friday, December 18, 2015

Momen2 Matluthfi - Lebih Matang

Salam,

Ahad lepas aku dan rakan blogger Razzwey, Sueizza, Yanty Lee dan Yaya Cendana telah mendapat peluang eksklusif dari Puteh Press, untuk bersama-sama Geng PTS dan rakan media lain menghadiri majlis pelancaran buku kedua dari Vlogger/Youtuber terkenal, iaitu Matluthfi, di MPH Bookstore, NU Sentral Mall, Kuala Lumpur.


"Momen2 Matluthfi" - adalah buku kedua terbitan Puteh Press dari Matluthfi selepas kejayaan buku pertama "Catatan Matluthfi" yang telah terjual sehingga lebih 125,599 naskah sehingga November 2015! Dan menurut wakil dari pengurusan Puteh Press, Encik Mohd Ikram Mohamad Noor Wazir, sasaran untuk buku kedua ini lebih tinggi dan meluas kerana kali ini, gaya dan idea penulisan Matluthfi lebih matang dan 'berisi'...bak rujukan kamus urban lebih #deep!
Sementara menunggu majlis bermula, aku sempat membaca sekali imbas momen-momen Matluthfi yang dikarang dengan lebih kemas, dan bagi aku, berbanding buku pertama, buku kedua ini menunjukkan sisi Matluthfi yang lebih matang dalam mengulas isu-isu terkini atau pun kisah-kisah personal beliau, tetapi dengan gaya yang lebih santai dan tak ada lah merapu sangat pun, and of course, loghat Utagha dia pun bawa sekali dalam buku! Hehe!


Dan, seperti yang dijangka, ruang legar MPH Bookstore di NU Sentral Mall penuh dengan peminat-peminat Matluthfi, especially gegadis~Hahaha!
Mana tidaknya, selain majlis penyampaian hadiah pemenang komen terbaik di posting laman Facebook Puteh Press, dan juga acara utama iaitu pelancaran buku tersebut, for sure acara 'greet&meet' Matluthfi bersama-sama peminat dan juga sesi autograf bagi peminat-peminat yang dapatkan buku "Momen2 Matluthfi" on the spot, dan ada juga yang bawa sekali buku "Catatan Matluthfi" tu....sakan angpa noo! Meriah betul!


Dan, usai majlis, kami bersama rakan media yang lain telah dijemput untuk sesi sidang media secara santai bersama Matluthfi dan pihak pengurusan Puteh Press.

Apa yang menarik perhatian aku ialah, Matluthfi menjelaskan sebelum beliau membuat apa-apa posting melalui penulisan di status FB ataupun entri vlog beliau berkenaan sesuatu isu-isu semasa, yang mana mungkin sensitif pada pandangan beberapa pihak, beliau akan meneliti dan memastikan kandungan sesuatu isu itu benar, fakta atau auta, atau propaganda ataupun apa sahaja, dinilai dan beliau akan mengulas mengikut pandangan peribadi beliau sendiri apabila isu-isu tersebut dah mulai reda. Dalam santai, dan loqlaq, ada juga kematangan mamat ni eh? Haha! Good job bro!

Sebelum balik, autograf dan selfie dulu lah ye!
So, my suggestion : RECOMMENDED! Dan kalau korang yang ingin mendapatkan buku "Momen2 Matluthfi" ini, boleh dapatkan di MPH Bookstore yang berhampiran, atau beli online je di Bookcafe (KLIK SINI).

Terima kasih kepada pihak Puteh Press & Geng PTS!

OKbai, Salam!

El & Kate Magic Potion - Segarkan Muka Berkeladak

Salam...

Hahahaha! Apakah tajuk itu! Layan je lah!

Past few weeks ada yang introduce satu produk kosmetik, iya kosmetik ye, EL&KATE Magic Potion Rejuvate Water.




Magic Potion? Haha....mak esah sangat kan magic-magic ni.
Tapi yang ini serious ala-makesah juga, cuma takde unsur tahyul ye!



No filter.
No 360°.
No mak esah.

No dukun.
No susuk.




"Magic Potion Rejuvanate from EL&KATE its just a plain antioxidant water based rejuvenate spray."

Simple. Anytime, Anywhere...gitu!
Lelaki boleh guna ke? Boleh lah...takde kecut punya ehem tu...spray kat muka je pun!
Risikonya satu je, baca testimoni bawah ni;




Apa daa lelaki sibuk nak pakai produk-produk kecantikan ni semua kan?

Kesah pulak aku..? Haha! Tak adalah, daripada wajah nampak hazab, tak terurus, apa semua kan. Kita berusaha lah, nak pula macam aku banyak kerja berurusan dengan orang ramai...kena lah helok sikit kan.. Helok tak??

Selepas merempit seharian, minyak, asap, jerebu, habuk, sebelum tidur, lepas cuci muka...bila-bila rasa tak selesa, muka kering ke apa....spray je. Abang cantik ke tidak?

Sedikit info;

*MAGIC POTION dapat melindungi kulit dan mempertahan PH nya.
*MAGIC POTION mencegah kerosakan kulit dan sebagai pelindung kulit.
*MAGIC POTION bertindak sebagai pelembab yang mencegah kekeringan kulit wajah.
*MAGIC POTION dapat mencerah dan mengengencangkan kulit.
*MAGIC POTION juga dapat membantu kulit wajah kelihatan segar bermaya.
*Dan paling paling BEST ialah ANTI AGEING kerana dalam kandungan beauty water itu sendiri mengandungi anti oksida yang tinggi. 


So, kalau nak cantik boleh contact di page ini EL&KATE atau hubungi;

ORDER -  019 3843524
AGENT/STOCKIST - 010 5886588


Ahahahahaa...! Okbai!

Monday, November 30, 2015

Jelajah Penulis Inspirasi Agama Dan Tunas Super Ke Pantai Timur

Salam.

Siapa orang Pantai Timur disini angkat tangan!

Beruntungnya negeri Kelantan dan Terengganu kerana akan menerima dua rombongan penulis PTS yang menghasilkan karya inspirasi agama dan juga novel kanak-kanak!
 

Bagi peminat Dr. Khairul Nizam, Puan Mardiana Mat Ishak serta penulis cilik Tunas Super PTS, jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan mereka di kedai buku SMO sekitar anda. Jangan lupa simpan tarikh 5 dan 6 Disember ini dan bawa seluruh ahli keluarga anda bertemu mereka yang dibawakan khas dalam Siri Jelajah Penulis Terbaik PTS 2015/2016 ini!



 
Jika pada entry yang lalu kita telah berkenalan dengan Dr Khairul Nizam, ayuh mari kita berkenalan pula dengan Puan Mardiana Mat Ishak.


Mesti korang tak tahu kan yang Puan Mardiana Mat Ishak merupakan isteri kepada Dr.Khairul Nizam? Terkejut tak? Sweet kan mereka, pergi Road Tour bersama-sama, hehehe. Bekerja sebagai pensyarah, Puan Mardiana Mat Ishak telah menulis buku-buku tersebut bersama PTS;

- Dahsyatnya Doa Isteri
- Super Woman
- Bahagianya Menjadi Pengantin Sepanjang Masa

 

Dan seorang lagi penulis cilik dari siri Tunas Super, adik Azim Hakimi yang baru berumur 11 tahun, tapi telah menghasilkan novel pertamanya yang bertajuk Tunas Super: Misi Magika.


Selepas ini pasti kita nak lihat lebih banyak karya yang dihasilkan oleh adik Azim Hakimi. Adik Azim juga akan bersama-sama menyertai Road Tour Penulis Terbaik PTS 2015 di Pantai Timur!


Nantikan edisi roadtour akan datang! Terus ikuti perkembangan Siri Jelajah Penulis Terbaik PTS 2015/2016 di http://pts.com.my/roadtour

Friday, November 20, 2015

Penulis Cilik PTS dan Artis Komik-M Turun Ke Johor


Salam,


Selepas beberapa Siri Jelajah Penulis Terbaik PTS yang berlangsung di beberapa lokasi yang lepas, siri ini diteruskan lagi dengan turun ke negeri aku --- JOHOR!



Jelajah Ke Johor.
Alamak! Ni lagi gempak! Menangis air mata darah kalau tak dapat pergi jumpa mereka! Hahaha!
Negeri Johor akan menerima kedatangan penulis dan pelukis komik hebat pada 28 dan 29 November ini, iaitu minggu depan..gomen dh gaji wey! Ahahahaha!

Tunas Super.
Siapa yang nak datang ni? Mesti kalian tak percaya dan akan tenyeh mata banyak-banyak kali tengok poster kat bawah ni. Hujung minggu ini, barisan pelukis Komik-M seperti Ben Wong, Afiq dan Nazri Salam serta Froggypapa akan ke negeri-negeri utara, kali ni minggu depan pula mereka turun ke negeri pasukan bola sepak tersohor, JDT bersama penulis-penulis cilik PTS!
Dan ini bermaksud, selain berjumpa dapat belajar melukis komik, anda juga akan dapat berkongsi pengalaman dengan penulis muda PTS yang berumur 9 tahun. Kepada yang nak merisik cara bagaimana menghasilkan buku pada usia muda, apa kata cuba tanyakan pada penulis-penulis cilik ini.

Adik Wan Nurshafiqah - Tunas Super PTS

Penulis Cilik - Wan Nurshafiqah.
Haaa...Adik Wan Nurshafiqah yang baru berusia 12 tahun ni, adalah antara salah sorang penulis cilik dari PTS yang telah keluarkan buku beliau sendiri bertajuk - Allysia Fantasia. Hebat kan?

Novel Allysia Fantasia oleh Adik Wan Nurshafiqah
So, kalau korang nak jumpa Adik Wan Nurshafiqah dan ramai lagi penulis cilik Tunas Super dan abang-abang artis Komik-M, jangan lupa turun ke Johor minggu depan ye!


Nantikan edisi roadtour akan datang! Terus ikuti perkembangan Siri Jelajah Penulis Terbaik PTS 2015/2016 di http://pts.com.my/roadtour

PentaVoice di Karnival Damai Syria Care Malaysia

Salam,

Alhamdulillah, baru-baru ni aku dan geng PentaVoice dapat peluang untuk terlibat sama-sama menjayakan siri jelajah Karnival Damai anjuran Pertubuhan Kebajikan (NGO) Syria Care - Malaysia, yang akan bermula di lokasi pertama, Dataran Pahlawan, Melaka, 20 hingga 22 November 2015 (Jumaat - Ahad).


Karnival Damai.
Karnival ini diadakan supaya mereka dapat turun padang berjumpa orang ramai dan memberi peluang perniagaan kepada para peniaga juga.
Ada berbagai acara yang disediakan untuk para pengunjung jadi jangan ketinggalan!

Bagi yang selama ini ingin mengetahui keadaan di Syria anda boleh ke booth diorang dan berjumpa staf-staf dan sukarelawan Syria Care Malaysia. Juga andai yang ingin memberi sumbangan atau zakat secara terus kepada mereka pun, inilah masanya! Direct terus!

Syria Care Malaysia sedang berusaha untuk mencari dana bagi Bantuan Musim Sejuk di mana kita akan sama-sama membekalkan kepada mereka pek makanan dan juga tong gas yang boleh digunakan untuk memasak dan memanaskan badan.

Target mereka ialah untuk menghantar 100,000USD hujung bulan ini, setelah dana bantuan sumbangan sebanyak 10,000USD yang telah dihantar baru-baru ini ke Idlib, berjaya dikumpul.
Untuk kali kedua ini dana akan diagihkan ke 6 lokasi lain di dalam Syria.

JOM SUPPORT!



PentaVoice.
Kali ini group aku dan rakan-rakan, Irwan, Shairazzi dan Farid, dapat peluang bersama-sama artis yang dah establish seperti kumpulan nasyid U.N.I.C, After Shock Malaysia, Elji Kilauan Emas, Wans Ahmad dan lain-lain untuk membuat persembahan sepanjang Karnival berlangsung. Bermula di MElaka, dan seterusnya beberapa lagi lokasi siri jelajah ini.

Nervous siot! Ahahaha! Kiranya kali ini adalah pengalaman pertama kami membuat persembahan skala besar, tolak yang hari tu masa bulan puasa tu pertandingan nasyid di Menara Mara anjuran Telaga Biru...dengan persembahan amal di Unisel Batang Berjuntai bulan lepas...hahaha!

Nasyid? Actually genre muzik ni luas, and kami pun literally bukan kumpulan nasyid mainstream. Cuma InshaAllah, selagi terdaya, kami cuba untuk kekalkan konsep lagu berunsurkan ketuhanan, kasih sayang, dan bukan motif untuk tunjuk baik atau alim soleh, tapi sekadar belajar dan peringatan untuk kami sudah cukup memadai...gittewwww!



Projek yang asalnya eksperimental ni berbekalkan minat dalam seni vokal dan persembahan, and now we are getting serious into it akan cuba bawa genre yang rare sikit, Classical Operatic singing! Dibawah nasihat dan bimbingan dari bro Rosli Ahmad, komposer sohor dari RADC Records (Radical Records). Alhamdulillah, single pertama kami, "Rasa" dan kedua, "Moga Ketamui", akan dirakamkan dalam versi penuh dan keluar tidak lama lagi.
Hahaaaaa..mampu ke tidakkk? InshaAllah...kami cuba!


Keep supporting us ye! More to go!


Kami akan cuba update perkembangan PentaVoice di page rasmi Facebook : PentaVoice yang baru buat tu, tolong LIKE dan invite kawan-kawan korang sekali ye.. hehehe! Thanks!

Jumpa korang kat sana!