Monday, March 16, 2015

Dapur Bujang - Speghetti Sardin


Haha!

Gila seh gawat sekarang ni.
Macam-macam kena consider sebelum nak membeli apa-apa.
Komitmen pun dah macam-macam.
Peratusan taraf miskin bandar pun dah rasa sikit-sikit.
:'(

Dah masuk zon bahaya bagi orang bujang macam aku ni, nak makan pun kena guna sistem catu jugak.
Nasib lah aku jenis tak kisah ke dapur.
Sesetengah jantan mungkin geli nak jejak dapur, tak macho kaedahnya.
Macho 'korok mung, kalau dah kebulur, tapi tengah tahap misekin... nak hadap mamak jugak ke?
Kah!

Selalunya, aku akan shop barang yang mudah nak masak, barang kering, instant, dan senang nak 'derhaka resepi'.
Antaranya, mee segera, aneka mee kering, pasta-pasta macam speghetti, macaroni, sardin, tepung gandum, frozen foods, hotdogs ke apa-apa lah yang mudah kerja aku. Hehe!

Dulu ada aku buat speghetti cucuk-cucuk, nanti aku letak link dia.

Semalam serious kebulur gila, jadi, mari kita ke dapur.


Tadaaa...dah siap! Kah3!

Dalam malas tu, gigih jugak aku masak kejap.
Kelakar pun ada, sebab yang ada kat dapur speghetti, sardin, bawang, telur, cili.
Itu sahaja.
Takkan nak masak speghetti cicah sardin kan? Macam pelik je.
Siap tanya pacik Mat Gebu lagi, tak kelakar ke? Ahahahaha!
Tapi saja nak try.

Celur speghetti, titis minyak & cubit garam sikit.

Untuk sos;
Buka tin sardin Cap Ayam kecik tu,
potong bawang merah,
bawang putih lebih sikit,
cili padi, cincang,
Tumiskan.
tomato salad yang comel-comel tu,
telur, goreng dulu, buat scramble.
Pastu masukkan kat dalam bebawang dan curah sekali sardin, sos cili, sos tomato.
Cubit garam dan gula. Masukkan tomato comel tu.

Siap. Nasib sedap.
Ye sedap, sebab aku yang masak. Haha.


Gambar tak lawa takpe, janji jangan nak pemalas sangat...gitu.
Simple je sebenarnya nak survive dalam misi berjimat ni.
Janji tak payah nak high class sangat, nak ikut tekak memang cerewet.
Takpe lah sesekali makan simple, masak ringkas.
Ada rezeki, kita makan sedap sikit.
Nak singgah kedai Kak Laila Mee Udang pun tak ada rezeki lagi.
Takde geng nak ke sana...kita kan lone-ranger..hihi!
Gigil nak rasa telor mayong dia... :'(

Mungkin ada yang tak gemar resepi kurang sihat macam ni,
tapi kita misekin wak,
tak mampu nak beli-simpan makanan penuh nutrisi, yang sihat,
yang takde kolestrol....apa yang ada ni jadi lah,
janji kita kenyang, tak meratap pergi minta makan kat rumah awak...kah3!

Okbai.
Wassalam.