Sunday, March 8, 2015

Panggilan Mana Yang Lebih Penting?

04:04 a.m.

Seharian pulun shooting untuk presentation kursus usahawan PPJJ USM.
Balik rumah rembang malam, seriously tak larat...
Nak rebus air, buat mee segera alas perut.
Lepas sejam air tak panas.
Suis tak bukak! Kah3! Tak cerdik!
Tambah external hardisk yang tak sampai enam bulan aku guna, meragam.
Macam anak kecit, apa disogok tak mahu.
Putus asa, buat malam ni.
Esok lusa, atau tarikh gaji, bawa ke pakar.
Sakit sikit. Tahan saja lah.
Sempat back up beberapa urgent files dan slides assignment tengahari tadi.
Alhamdulillah. Takde lah merana sangat sebenarnya.
Cuma runsing ada nota, backup assignments, gambar dan design part time job semua dalam tu. Semua.

04:25 a.m.

Teringat kembali 'jemputan' itu.
Allah...maafkan saya, saya terpaksa menangguh dahulu.
Seriously tak sangka dihubungi beliau.
Orang 'besar-besar'.
Personally jemput.
Organisasi kesukarelaan paling besar.
Yang aku kagum.

Mana kenal saya?

"Sahabat, kepada sahabat, kepada sahabat...mungkin. Haha! Ada terbaca tulisan kamu!"

Gulp!
Matilah nak.
Tulisan aku lebih banyak carutan dari pengalaman.
Kat mana aku nak jawab, nak balas, nak letak muka.

Mengapa aku? Sekali dengan 'jemputan' itu.
Kesal angkuh, aku tangguh.
Lama (terfikir) dah teringin ke sana.
Wallahi...saya kabur lagi.
Betul-betul kena sama tepat dengan tarikh final exam untuk semester pertama saya.

Mana lagi penting? Punca aku kabur...
Nak menangis, nak suka, nak nervous, nak bagitahu siapa? Tanya siapa?
Serious tak tahu.
Maafkan saya.

"InshaAllah...tahun depan, ada rezeki awak, kita pergi ya. InshaAllah, harap saya masih ada rezeki menjemput. Kena sedia tahu?" nada serious beliau.

Kenapa saya?
Aku bukan siapa-siapa.
Malunya.
Malu nak terima,
Lagi malu nak menolak.

Cadang beberapa nama sahabat.
Semoga ada rezeki mereka.

Jujur aku seriously 10% pun tak sedia apa-apa. Aku jahil...lagi..masih.
Tapi apa HAK aku nak cakap aku belum bersedia?

04:45 a.m.

Badan tinggal 5% battery kot.
Otak overcharged.
Insomnia lagi.
Pagi hingga petang Ahad ada janji nak tolong kawan.

Semoga aku okey...kot.
Aku okey kot.


Wassalam.