Sunday, April 19, 2015

Rakan Blogger Aman Palestin

Salam.

Alhamdulillah. Disempatkan juga untuk update barang sepatah dua kata...ahahaha!
Maaflah...sejak dua tiga menjak ni, ada banyak urusan duniawi yang perlukan lebih perhatian...gittew! Dengan tugasan hakiki on office hour, sambung kembali tugas belajar, assignments, yada yada yada ....macam biasalah. Alasan boleh macam-macam..ye tak? Hehehe...


Baiklah, straight to the point, Alhamdulillah, baru-baru ni sempat juga luangkan sedikit kelapangan masa untuk aku bersama geng Kelab Blogger Ben Ashaari untuk menghadiri majlis istimewa anjuran Aman Palestin Malaysia (Aman Palestin Berhad).


Agenda utama majlis yang diadakan di Hotel Bangi-Putrajaya (Equatorial Bangi) ini ialah;
- Majlis Perjanjian Persefahaman Rakan Korporat Aman Palestin,
- Majlis Menandatangani Kontrak Duta Aman Palestin,
- Penyerahan Sumbangan Penaja,
- Pertemuan Rakan Blogger/Media Sosial Aman Palestin; dan juga,
- Pelancaran Diari Seorang Mujahidah - Kembara Syria.

Rakan Korporat Aman Palestin ialah satu jalinan usahasama strategik antara Aman Palestin Berhad dengan syarikat-syarikat korporat, sebagai usaha untuk mengumpul dana bagi membangunkan semula Gaza selepas serangan demi serangan yang menghancurkan bumi Gaza yang berakhir 2014 lepas. Dan Alhamdulillah, Hospital Islam Azz-Zahrah telah menjadi badan korporat pertama yang akan bekerjasama dengan Aman Palestin.
Semoga permulaan ini menjadi titik tolak yang baik untuk badan korporat yang lain untuk membantu Aman Palestin mengumpulkan dana pembangunan semula Gaza.


Majlis yang ditaja oleh Cosmoderm, UniKL, Bank Rakyat dan juga PTS Publishing ini diteruskan dengan pembaharuan kontrak dua orang Duta Aman Palestin, iaitu Nur Heliza Helmi dan Maulana (AF8).
Selain Heliza omey-omey tu ngan Maulana; Pencetus Ummah, Ustaz Fakhrurrazi (PU Razi), Selebriti Al-Hijrah, Farrah Adeeba, dan Saudara Hasbi (Mr.Bie) juga antara mujahid dan mujahidah yang diberi kesempatan menggalas gelaran dan berjuang bersama Aman Palestin sebagai Duta. Seronoknya alahai...!

Dan, Alhamdulillah, rakan-rakan blogger dan juga media sosial dari Kelab Blogger Ben Ashaari telah berbesar hati untuk bersama-sama Aman Palestin sebagai Rakan Blogger Aman Palestin.
Terima kasih diucapkan atas peluang dan ruang yang diberikan oleh pihak Aman Palestin, yang diterajui oleh YBhg Ustaz Awang Suffian Awang Piut, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin Berhad.
Bagi aku, selain matlamat menjadikan isu Palestin ini "bukan bermusim" dalam membela saudara kita di Palestin, sokongan rakan-rakan blogger dari KBBA, rakan Projek Travel ini juga memberi impak yang positif dalam peranan yang dimainkan oleh pengamal-pengamal media sosial seperti kami untuk turut sama membantu berjuang bersama, walaupun hanya dengan pena atau papan kekunci masing-masing. Semoga kerjasama dan peluang seperti ini berterusan, istiqomah hendaknya..InshaAllah..Amin.
"The real keyboard worrior kaedahnya..hehe!"
Pada majlis ini juga, Heliza telah berkongsi pengalaman beliau dan beberapa rakan mujahidah, bersama-sama Aman Palestin ketika misi bantuan kemanusiaan di Syria, dan segala catatan beliau dibukukan dan ditulis bersama saudari Roziyah Mahamad, dalam satu buku-jurnal;
 "Diari Seorang Mujahidah - Kembara Syria". [Tempahan Buku-KLIK]
Kagum aku dengan semangat dan keberanian Heliza, seorang gadis selebriti kecil molek yang gigih turun sama berjuang dan menimba pengalaman yang pada aku cukup berharga, mematangkan dan menginsafkan.
"...bayangkan bagaimana kesukaran mereka dalam meneruskan kelangsungan hidup, sehingga menjadikan kucing, malahan anjing liar untuk dijadikan pengalas perut, dan sehingga kotak misi bantuan diracik halus, direndam dan direbus dijadikan sup, SUP KOTAK!..Masha Allah...namun semangat mereka berjuang untuk agama dan tanah air mereka tak pernah sedikit pun pudar...Allahu akhbar!" - Heliza Helmi.
Sempat juga aku dalam nervous sikit-sikit (Ahahaha!) menyampaikan cenderahati dan berkongsi sedikit info berkenaan Projek Iqra dengan Heliza. Semoga dapat bekerjasama juga dengan gadis matang ini untuk program-program selepas ini.


Sesungguhnya, peranan kami atau kita, aku, anda, kamu semua sebagai pengamal media sosial, tak kira lah Blogger ke, Facebook-er tegar ke, selebriti Instagram ke, atau jejaka/gadis Twitter yang hot gila ke, bagi aku, seandainya dipergunakan ke atas landasan yang betul, dengan niat yang helokkk, for a good cause, InshaAllah usaha kita lebih dipermudahkan.

Bukan susah mana pun, kalau tak sempat menulis post panjang-panjang pun, boleh je nak SHARE, LIKE, REPOST ataupun RETWEET kan? Dah alang-alang menghadap phone, tab, laptop 24/7...gittew!
InshaAllah, aku akan sedia berkongsi lagi info-info lain berkenaan aktiviti Aman Palestin, Projek Iqra, dan lain-lain selagi termampu dan terdaya...Amin!

Wassalam!