Sunday, August 9, 2015

Teater Maduku Kalut Returns Di Istana Budaya


Assalamualaikum...
 
Hahaha...Lama seh aku tak merepek kat sini.
Alhamdulillah..sekarang ada senang sikit nak mula balik menulis, exam dah habis, dah sempat balik kampung sambut Aidilfitri dengan keluarga tersayang, kerja hakiki pun semakin --- OKlah...Hahaha!
 
Semalam (Sabtu - 8 Ogos), aku berkesempatan sekali lagi dapat merasa lelepak dengan geng bloggers, social media influencers dengan jemputan dari Projek Travel untuk menonton Teater "Maduku Kalut Returns" di Panggung Sari, Istana Budaya.


Lama tak jejak kaki ke sana (IB), sesekali release tension dengan teater komedi memang rasa hilang sekejap semua stress 3-4 bulan lately!
 
"Maduku Kalut Returns, itulah judul pementasan semula naskah yang pernah mendapat 6 pencalonan di Boh Cameronian Awards edisi ke 11 di antaranya, Pelakon Lelaki Terbaik (Izzue Islam), Pelakon Pembantu Terbaik (Soffian Bujang dan Fazleena Hishamuddin), Rekaan Set Terbaik, Rekaan Muzik dan Lagu Terbaik serta Rekaan Kostum Terbaik. 
Dibarisi oleh Remy Ishak, Jihan Muse, Nad Zainal, Sherry Alhadad, Dafi dan Atoi Tohet, pastinya MKR menjanjikan sesuatu kelainan kepada atmosfera seni teater negara."

Remy Ishak in da house! Long time no see! Hehehe!

So, korang rasa apa ekspektasi aku?
Dah ada Remy Ishak, Nad Zainal dan Jihan Muse...mahu apa lagi?
Dan ternyata seriously diorang memang super talented! Respect!

Sepanjang persembahan lebih kurang 1 jam 45 minit, straight dari mula sampai habis selamba diorang pukul habis flawless! Gempak seh!
Naik cramp kami gelak layankan karenah dan telatah mereka! Hehehe!
Sinopsisnya ; "Maduku Kalut Returns mengisahkan tentang seorang pemandu teksi, Selamat yang berusaha untuk melarikan diri daripada menemukan kedua-dua orang isterinya dalam satu masa. Masalah bermula apabila kedua-dua isterinya melaporkan kehilangan Selamat kepada pihak polis dan Selamat mencuba untuk mengelakkan diri daripada menemukan kedua-dua isterinya."
Cerita ala-ala filem komedi zaman Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, "Madu Tiga"...elak punya elak...sekali kantoi juga kan...hehe! Tapi MKR ni digarap dengan kemas dan selamba oleh Azhar Zainal, pengarah muda dari Mask Team, iaitu sebuah organisasi yang memfokuskan kepada pengkhususan penganjuran acara, dan “Rumah Media" yang semakin meletop-letop dengan pelbagai projek dan event mega di dalam dunia seni tanahair oleh anak muda belia. Syabas!
"Saat diajukan pertanyaan mengenai pementasan semula teater Maduku Kalut Returns, Amer Syafiq selaku penerbit eksekutif mempunyai alasan tersendiri untuk tersenyum lebar. Bagi beliau, MKR lebih dari sebuat pementasan teater. MKR merupakan simbol survival dan persahabatan yang terjalin di antara penggiat-pengiat seni teater, yang rata-ratanya berada di dalam lingkungan usia belia."
Overall - Produksi MKR bagi aku kali ini sangat berjaya, kemas dan simple...tak berat kepala!

Semua watak sangat best, terutamanya bagi aku yang rasanya first time tengok nama-nama anak seni baru (dalam dunia seni lakonan) macam Jihan, Dafi, Sherry Alhadad, Atoi Tohet dan beberapa lagi yang betul-betul in-character dan betul-betul 'nailed the stage!'...terutama si Dafi dengan watak kepit dia tu...Hehehe! Korang memang awesome!

Oh ya, teater ini masih lagi berlangsung dengan berbaki dua tayangan pada hari ini (9 Ogos 2015), dan tiket untuk menonton persembahan ini boleh didapati secara online di www.AirAsiaRedtix.com dengan harga RM35, RM45, RM65, RM85, RM105 dan RM155 untuk tiket platinum....atau pun selamba walk-in ke kaunter box-office di Istana Budaya, dan juga korang boleh menghubungi nombor yang tertera dalam poster di bawah!


Jom lah...best kot!