Thursday, September 10, 2015

Style Workshop By Wawa Idris - Gila Tak Meriah!

Salam semua...salam satu merdekaaaa kaedahnya!

Haha!

Merdeka ke kita? *krik-krik-krik*

OKlah...kita usah pening dengan soalan tu, mari tuan puan dengar ini cerita...

Sabtu lepas, 5 September, bertempat di De Palma Hotel, Ampang, Kuala Lumpur,
Wow Virtue Training & Image Consultant, dengan kerjasama Kelab Blogger Ben Ashaari telah menganjurkan "Style Workshop" yang happening gila!


Dengan tema "Smart Santai", program yang dihadiri lebih kurang 30 orang gengsi gua yang macam-macam gaya, macam-macam fesyen ni hampir membinasakan dewan seminar tersebut...gila tak meriah?! Hahaha!

Apa yang buat lagi meriah ialah, program ini telah dikendalikan oleh Cik Puan Manis Wawa Idris yang memang selamba dan sempoi...tetapi---seriously sangat berpengalaman dalam penataan imej.

Siapa Wawa Idris ni? Tiba-tiba je kan....hihi...mari sini nak kasi kenal sikit.


Wawa Idris ni macam yang aku cakap tadi lah, beliau merupakan seorang perunding imej korporat dan selebriti yang bertauliah dan berpengalaman dalam mengendalikan kursus dan seminar berkenaan imej dan penjenamaan (personal branding).

Bak kata beliau, "Wow Attitude, Wow Attire = WAWA" gituuu..
Nak kenal lebih lanjut sila skodeng Instagram beliau, @wawaidris_imejpatik;
Facebook page : Wawa Idris; dan blog beliau wawaidris.imejpatik.com


Kenapa perlu branding?
Well, tujuan bengkel ini diadakan adalah sebagai melengkapkan 'branding' rakan-rakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari ini dengan ilmu dan kemahiran untuk tampil lebih presentable bila keluar hadir ke mana-mana event ke, tugasan luar ke....
Nanti tak ada lah alahai~~sememeh je muka, dressing out, tak ikut tema event atau tugasan...
No No No!
Iya lah kan, selain dari memperkukuhkan branding nama masing-masing, imej dan penampilan juga penting, bukan sebab nak feeling retis saja-saja pun, bak kata orang, semenggah sikit lah nak bawa pergi majlis...kan? Haahahaha!


Macam-macam aktiviti dan kemahiran yang kami dapat menuntut dalam bengkel ni dari pagi sampailah ke petang...sebenarnya macam tak cukup kot nak sedut habis semua ilmu Wawa ni...Ahahahaha! Antara aktiviti yang meriah gila ialah Ujian Personaliti & Gaya, Kod Etika Bergaya, Kenal Bentuk Tubuh, dan seterusnya Do & Dont's, dan yang paling best bila semua gigih Mix&Match pakaian masing-masing!


Nak share sikitlah apa yang aku ingat-ingat lupa dan aku conteng kat kertas hari tu kan.

1) Katanya, "First Impression is Your Last Impression."
Faham tak? Maksudnya, penampilan pertama korang pada sesuatu majlis, atau meet up dengan siapa-siapa buat pertama kali, selalunya akan sentiasa diingati sampai bila-bila. Seriously tak tipu kan? Contohnya, bila kali pertama berjumpa orang, apa yang korang mesti ingat? Gayanya, cara berpakaiannya, rambut senget ke tak senget, gigi ada cili ke tidak...kan? Jadi sampai bila-bila korang jumpa lain kali pun mesti akan recall imej yang first time korang nampak kan? Faham ke tidak ni? Ahahaha!


2) Korang kena ada pakej ni - ABC. Apakah itu? Sejenis pencuci mulut? Bukan.
A - Appearance (Keterampilan) - Cara korang menampilkan gaya masing-masing, helok ke tidak?
B - Behavior (Kelakuan) - Muka lawa tapi jalan terkengkang-kengkang pun tiada guna sayang.
C- Communication (Komunikasi) - Bagaimana korang berbahasa-basi dengan orang, gaya cakap, jangan nak ketum sangat 24 jam..ikut situasi.


3) SELFIE. Bukan jenis kegiatan memuncungkan bibir.
S - Stop Comparing Yourself - Tak payah nak jadi copycat sangat, bina imej sendiri.
E - External Perspective - Ni nak explain pun tak pandai sangat, agak-agak macam tanggapan luaran orang terhadap korang lah lebih kurang...ye ke? Hantam sajalah labu.
L - List Your Awesome Traits - Ini pulak macam korang kena tahu kelebihan korang. Kat mana lawa, kat mana nak kena sorok...gitu!
F - Focus On Achievement - Kejayaan yang macamana yang korang nak capai dengan imej korang.
I - Innerself - Dah cantik luar, dalam pun kena cantik juga.
E - Embrace Yourself - Bagaimana korang nak tonjolkan diri korang. Dengan yakin.


4) TOP. Bukan sejenis jenama sabun pencuci pakaian.
T - Time - Jam berapa majlis, tugasan korang tu. Pagi ke, Tengahari ke, Petang ke, Malam...semua waktu ada pakaian yang bersesuaian. Bukan main sauk je sehari suntuk. Hangit tahu?
O - Occasion - Majlis apa yang korang akan hadiri, PC simple ke, majlis pelancaran produk ke, ikut majlis lah.
P - Place - Tempat; kat mana majlis atau tugasan korang tu. Agak-agak lah kan, kena bijak jugak, kalau state majlis tepi kolam, tak payah lah belanja sangat pakai swimsuit kan...dah kenapa?

Haaa...itu baru 4, banyak lagi sebenarnya. Nanti tak cukup satu page pulak gua listed kat sini..
Ahahahaha...(Padahal ada yang aku lupa!) 


Tapi seriously best lah, terutama bila part 'Mix&Match' tu, geng lelaki versus geng perempuan pulak tu...memang macam nak runtuh dewan seminar tu...macam-macam fesyen keluar.

Yang pasti geng laki walaupun masing-masing bawa baju seluar sehelai dua, tapi nak kata bijak tak juga, tapi orang laki ni lebih senang nak mix & match walaupun kami tak banyak choice...pusing-pusing dah dapat macam-macam tema...ahahahaha!

Selain meriah dengan keselambaan Wawa Idris dan para bloggers, bengkel ini turut meriah jugak sebab ada macam-macam sponsor yang sporting untuk menaja perjalanan majlis dan juga hadiah-hadiah yang best gila! Antaranya ialah;


i) Jurufoto Rasmi & Live Update dari Uncle Kay Photoworks.

ii) Rakaman Video yang awesome oleh abam Kaio Creative Studio.

iii) Pakaian Cik Puan Wawa Idris dan Hadiah Cabutan Bertuah dari Butik Chemboja.

iv) Hamper & Cabutan Bertuah oleh Salees Food.
(Sedap weh Nasi Lemak Segera & BBQ Chicken Slice dia!)

v) Goodies Bag dari MBH MediSpa - Ada dapat pil gebu-gebu Perla White & kapsul anti-pemamah usia tua PerFal.

vi) Cabutan Bertuah - Sunglass dari Eyemaster Optometris Wan

vii) Hamper Best Dressed oleh Raja Jannah & Ratu Jannah dari Kapt Jai Marketing.

Apa? Ada Best Dressed? Siapa menang?  Jeng-jeng-jeng...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Nampak tak? Kah-kah-kah!!! Abang Raja Jannah okey, nama sekarang, Raja Jannajeeb Al-Buana. OKbai.