Wednesday, October 28, 2015

Nilai Sentimental Itulah Harta Emosi


CORETAN SEORANG AMIL: TABAHNYA ANAK INI.

"Menitis air mata saya petang ini.
Amat tersentuh hati sebagai seorang pegawai zakat yang dipertanggungjawabkan menjaga asnaf fakir dan miskin.
Ketika perjalanan siasatan kes harian, dalam hujan yang lebat, saya melihat seorang anak muda perempuan dengan berpakaian sekolah menunggang motor dengan keadaan basah kuyup.
Dari kejauhan saya amat mengenalinya. Dia adalah asnaf fakir di bawah jagaan saya, ibu dan ayahnya telah kembali ke rahmatullah kerana sakit, kini hanya tinggal dia dan adiknya juga perempuan.
Tatkala Lembaga Zakat Selangor telah menyalurkan berbagai bantuan kepadanya seperti kewangan bulanan, makanan bulanan, persekolahan, persiapan pakaian raya dan berbagai lagi, saya masih runtun melihatnya yang sentiasa gigih bersusah payah menaiki motorsikal milik arwah ayahnya untuk ke sekolah walaupun dalam keadaan hujan, bukan tidak boleh jika dia mahu menaiki bas awam sahaja.
Malah, katanya,
"...dahulu dengan motor inilah ayahnya mencari rezeki, dan inilah semangat yang ada baginya untuk terus hidup."
Senyumannya mengukir sejuta rahsia kehidupan seorang anak muda perempuan yang bakal menduduki SPM. Menggalas tugas seorang ibu dan ayah, moga Allah terus kuatkan semangatnya.

Saya wakil LZS sentiasa memastikan mereka mendapat segala keperluan yang mencukupi dan terbela. Sungguh, tugas amil itu bukan semata kerana jawatan. Tapi ianya lebih kepada dekatnya kita pada realiti kehidupan.

Amanah ini akan terus saya galas. Sama-sama kita doakan adik ini berjaya dunia dan akhirat."

Catatan Ibnuhusain dari Facebook Rasmi Lembaga Zakat Selangor.


...cerita pasal motor,

Motor yang aku pakai sekarang ni satu-satunya kenangan aku dengan arwah abah.
Janji terakhir dia pada anak lelaki bongsu dia,
semua abang-abang dah merasa ada motor sendiri.
Aku pun nak jugak. Abah belikan cash guna duit EPF dia.
Ngada-ngada betul rasa masa tu.
Mungkin orang pandang motor aku dah buruk, kadang-kadang meragam nak pergi kerja,
nak gerak jauh sikit Putrajaya-KL pun dah acah-acah tak larat...
Tapi bagi aku...itu je satu-satu benda yang boleh buat aku ingat kat abah.
Since kami tak banyak kenangan bersama, sebab abah selalu dulu kerja jauh.

"Mungkin orang kata dah sampai masa boleh tukar kot...pakai lah kereta...sampai bila nak tumpang orang pergi jalan jauh?"

Tapi bagi aku, selagi masih boleh bertahan...okey je aku naik motor tu pergi mana-mana.
Time dia meragam...naik public transport...apa ada hal?
Tumpang orang pun dah naik segan. Iya..segan...selalu kena perli. Tebal juga muka. Hehe..
Sebab itu selagi ada akses public transport..aku cuba juga untuk elak susahkan orang...
Banyak jasa dah motor tu, dari Johor sampai Perlis dia dah jejak.
Pergi kelas dia, pergi kerja dia...pergi berpeleseran pun dengan dia...eh! Hahaha...

Sebab itu satu-satunya sentimental value, nilai emosi yang aku ada, yang aku masih simpan antara aku dengan arwah abah.

So, mungkin bagi sesetengah orang, sentimental value ni nampak macam mengada-ngada, mungkin sebab mereka orang ada-ada...mudah dapat dan melupakan, tiada hubungan emosi.

Tetapi bagi sesetengah orang...macam aku, itulah harta dan kebahagiaan mereka , selain orang dan perkara sekeliling yang sentiasa berada disamping kita.

Gembirakan orang, kita akan rasa gembira sendiri..lapang hati.
Setiap orang jalannya berbeza, tak perlu banding bagai lah!

Moga suatu hari nanti, ada rezeki, aku akan pastikan waris aku juga ada 'harta emosi' untuk dia kenang nanti...

Al-Fatihah untuk abah.