Friday, October 16, 2015

Penulis Popular Menyerang Kedai Buku!

Jeng-jeng-jeng!

Assalamualaikum, salam sejahtera.......krik-krik-krik!

Ya ampun...apaan sih ribut-ributan lagi ni? Hahaha!

Tajuk tak boleh blah kan?
Eh! Tapi serius ni...tak tipu punya, memang betul bebrapa penulis terkenal, popular, glamer, ramai peminat, akan menyerang kedai-kedai buku yang berdekatan dengan korang semua! Serious!


Nah...ini dia. Bagi korang yang gemar membaca novel Sejarah atau Konspirasi seperti kisah Ahmad Ammar atau Dracula VS. Al-Fateh, dan mungkin juga ada di kalangan korang semua yang gemarkan kisah dengan watak kontrovesi seperti Mustafa Kamal Ataturk dan Hitler, dan pernah membaca karya berkenaan, jom bertemu dan beramah mesra sekali dengan penulis-penulis karya tersebut secara langsung!
http://pts.com.my/aktiviti/

Penerbit buku terkenal, PTS Media Group Sdn. Bhd. yang pernah menerbitkan buku-buku selebriti popular seperti Felixia Yeap, Mat Luthfi, Aiman Azlan, Chef Hanieliza, Ustaz Azhar Idrus, Linda Rafar, Heliza Helmi dan ramai lagi ini dalam rangka Siri Jelajah - Road Tour bersama barisan penulis-penulis terbaiknya ke seluruh Semenanjung Malaysia!

Dan yang paling terkini, pada minggu hadapan, siri jelajah ini akan menemui peminat di,
Kedai Buku Badan Cemerlang, Plaza Angsana, Johor Bharu; dan Kedai Buku Pustaka Arris, Kompleks Pusat Bandar, Pasir Gudang, pada 24 dan 25 Oktober (Sabtu dan Ahad) ini bersama antara tiga barisan penulis terbaik PTS iaitu:
Abdul Latip Talib (Pak Latip).
Pak Latip yang sudah menulis lebih daripada 30 buah buku ini adalah pemegang anugerah-anugerah kesusasteraan terkenal seperti Hadiah Sastera Negara, Sayembara Cerpen Berunsur Islam, dan Anugerah Sastera Negeri Sembilan 2005 & 2007. Penulis ini telah menulis buku tentang Ahmad Ammar, Salahudin Ayubi, dan juga Perang Badar.

Saudara Nur Iman Ramli.
Beliau adalah penulis buku becorak sejarah dan konspirasi seperti, Fail Sulit Presiden Amerika dan juga Dracula vs Al-Fateh. *ala...yang macam dalam movie Dracula Untold tu!
Saudara Al-Ghazali.
Penulis buku tokoh-tokoh sejarah terkenal seperti Syeikh Ahmad Yassin, Hayreddin Barbarossa, dan Umar Mukhtar ini juga aktif menghasilkan karya untuk media seperti majalah Dewan Bahasa dan akhbar Berita Minggu.
Jadi, bagi korang yang minat buku, minat membaca, minat dalam dunia penulisan sastera macam abang kau ni (minat, tapi virus M lebih sikit..hihihi!), apa tunggu lagi? Pergi serang lokasi tu minggu depan, dan InshaAllah pada minggu-minggu akan datang ada lagi Road Tour Penulis Terbaik PTS akan tiba di lokasi yang berdekatan dengan korang, boleh semak di http://pts.com.my/aktiviti/ untuk hebahan terkini.


P/S : Abang ni peminat rahsia Buku PTS, jangan bagitau diorang tau! Ahahahaha!