Wednesday, October 28, 2015

Penulis Popular Serang Kawasan Utara!



Salam semua.

Rentetan permulaan siri serangan oleh penulis-penulis, sasterawan sasterawati negara pada entri lepas,
minggu ini mereka akan mulakan 'serangan' lagi, dan kali ini di wilayah utara pulak!!!!!

Hahaha...

Tak payah nak dramatik sangat lah...!

Guys... 
Siri Jelajah : Road Tour Penulis Terbaik PTS meneruskan lagi penaklukan mereka di utara pada 30 dan 31 Oktober ini (Jumaat dan Sabtu) di EMPAT Cawangan Kedai Buku Hasani sekitar Kedah dan Pulau Pinang guys!! Mai cheq mai!


Siri Jelajah pada kali ini akan menampilkan dua lagi penulis iaitu Dr. Khairul Nizam dan Puan Mardiana Mat Ishak yang dikenali sebagai penulis kreatif bagi buku Buat Pahala Free Gaya Rasulullah dan Super Woman.

Dr. Khairul Nizam. Kacak sik? Hehe!

Dr.Khairul Nizam bin Zainan Nazri.
"Timbalan Dekan (Akademik & Penyelidikan), Fakulti Al-Quran dan As-Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, merupakan Doktor Falsafah bidang Usuluddin (Al-Quran dan Hadith) dan mempunyai Ijazah dalam bidang Islamic Revealed Knowledge in Hadith.
Beliau merupakan salah seorang Ahli Panel penilai MQA, yang pernah menjadi Editor kepada lebih 30 buah buku. Selain dari memegang tanggungjawab sebagai Ahli Kongres Profesor Negara, beliau juga aktif mengendalikan lebih 50 siri program motivasi, dan terlibat menyampaikan lebih dari 500 ceramah keagamaan sepanjang karier beliau." 

So, hangpa yang dok area utagha tu, pakat mai ghamai-ghamai pi serang depa dua ni...hahahaha!

Untuk aktiviti terkini PTS Media Group Sdn. Bhd ni, boleh klik link ni > http://pts.com.my/aktiviti/