Tuesday, November 10, 2015

Chef Masakan Terkenal Serang Peminat

Alahai...kecoh wey...dah kecoh dah....
Apa kes Chef 'terkenal' tu serang peminat?
Dengar kata peminat dari Pantai Timur.
Siap bawa geng lagi...geng-geng semua chef-chef terkenal pulak tu...
Kawan baik CHE MAT GEBU ke?
Ish..ish..ish...



Hahahaha...Salam semua..relaks.
Macam biasa lah...propa sikit. Hahaha...

OK guys, adik, kakak, mokcik-pokcik semua yang minat memasak...mesti kenal dengan Chef Hanieliza, Chef Fazalina dan Chef Azian, kan?

Selepas dua siri jelajah, iaitu


Siri Jelajah Penulis Terbaik dari PTS kali ini diteruskan ke sebelah Pantai Timur pula, dan kali ini Chef-chef terkenal ni akan jumpa korang semua di sana! Boleh lah korek-korek rahsia diorang kan?


So, apa tunggu lagi sek-sek demo? Tak teringin ke nak jumpa Chef-chef hebat yang merupakan antata penulis terbaik dari PTS Media Group ni?

Chef Hanieliza, geng Che Mat Gebu juga ni...hehe~

Siapa tak kenal Chef Hanieliza ni kan? Chef Hanieliza yang berasal dari Kerteh, Kuala Terengganu ni dah menghasilkan beberapa buah buku masakan seperti 500 Kompilasi Resepi Chef Hanieliza, 101 Resepi Menggunakan Pemanggang, Senangnya Memasak Makanan Barat, dan Resepi Daun Limau Purut.


Berapa ratus resepi dah tu? Selain itu, beliau juga dah terlibat dengan pelbagai rancangan dan demo masak-memasak, dalam Wanita Hari Ini (TV3), Nasi Lemak Kopi O (TV9), dan juga demo di beberapa pesta buku terkenal. Hebakkkk Kak Hanieliza weyhh! Jom jumpa beliau dan rakan-rakan chef yang lain!


Untuk aktiviti terkini PTS Media Group Sdn. Bhd ni, boleh klik link ni > http://pts.com.my/aktiviti/