Monday, November 30, 2015

Jelajah Penulis Inspirasi Agama Dan Tunas Super Ke Pantai Timur

Salam.

Siapa orang Pantai Timur disini angkat tangan!

Beruntungnya negeri Kelantan dan Terengganu kerana akan menerima dua rombongan penulis PTS yang menghasilkan karya inspirasi agama dan juga novel kanak-kanak!
 

Bagi peminat Dr. Khairul Nizam, Puan Mardiana Mat Ishak serta penulis cilik Tunas Super PTS, jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan mereka di kedai buku SMO sekitar anda. Jangan lupa simpan tarikh 5 dan 6 Disember ini dan bawa seluruh ahli keluarga anda bertemu mereka yang dibawakan khas dalam Siri Jelajah Penulis Terbaik PTS 2015/2016 ini!



 
Jika pada entry yang lalu kita telah berkenalan dengan Dr Khairul Nizam, ayuh mari kita berkenalan pula dengan Puan Mardiana Mat Ishak.


Mesti korang tak tahu kan yang Puan Mardiana Mat Ishak merupakan isteri kepada Dr.Khairul Nizam? Terkejut tak? Sweet kan mereka, pergi Road Tour bersama-sama, hehehe. Bekerja sebagai pensyarah, Puan Mardiana Mat Ishak telah menulis buku-buku tersebut bersama PTS;

- Dahsyatnya Doa Isteri
- Super Woman
- Bahagianya Menjadi Pengantin Sepanjang Masa

 

Dan seorang lagi penulis cilik dari siri Tunas Super, adik Azim Hakimi yang baru berumur 11 tahun, tapi telah menghasilkan novel pertamanya yang bertajuk Tunas Super: Misi Magika.


Selepas ini pasti kita nak lihat lebih banyak karya yang dihasilkan oleh adik Azim Hakimi. Adik Azim juga akan bersama-sama menyertai Road Tour Penulis Terbaik PTS 2015 di Pantai Timur!


Nantikan edisi roadtour akan datang! Terus ikuti perkembangan Siri Jelajah Penulis Terbaik PTS 2015/2016 di http://pts.com.my/roadtour