Friday, November 20, 2015

PentaVoice di Karnival Damai Syria Care Malaysia

Salam,

Alhamdulillah, baru-baru ni aku dan geng PentaVoice dapat peluang untuk terlibat sama-sama menjayakan siri jelajah Karnival Damai anjuran Pertubuhan Kebajikan (NGO) Syria Care - Malaysia, yang akan bermula di lokasi pertama, Dataran Pahlawan, Melaka, 20 hingga 22 November 2015 (Jumaat - Ahad).


Karnival Damai.
Karnival ini diadakan supaya mereka dapat turun padang berjumpa orang ramai dan memberi peluang perniagaan kepada para peniaga juga.
Ada berbagai acara yang disediakan untuk para pengunjung jadi jangan ketinggalan!

Bagi yang selama ini ingin mengetahui keadaan di Syria anda boleh ke booth diorang dan berjumpa staf-staf dan sukarelawan Syria Care Malaysia. Juga andai yang ingin memberi sumbangan atau zakat secara terus kepada mereka pun, inilah masanya! Direct terus!

Syria Care Malaysia sedang berusaha untuk mencari dana bagi Bantuan Musim Sejuk di mana kita akan sama-sama membekalkan kepada mereka pek makanan dan juga tong gas yang boleh digunakan untuk memasak dan memanaskan badan.

Target mereka ialah untuk menghantar 100,000USD hujung bulan ini, setelah dana bantuan sumbangan sebanyak 10,000USD yang telah dihantar baru-baru ini ke Idlib, berjaya dikumpul.
Untuk kali kedua ini dana akan diagihkan ke 6 lokasi lain di dalam Syria.

JOM SUPPORT!



PentaVoice.
Kali ini group aku dan rakan-rakan, Irwan, Shairazzi dan Farid, dapat peluang bersama-sama artis yang dah establish seperti kumpulan nasyid U.N.I.C, After Shock Malaysia, Elji Kilauan Emas, Wans Ahmad dan lain-lain untuk membuat persembahan sepanjang Karnival berlangsung. Bermula di MElaka, dan seterusnya beberapa lagi lokasi siri jelajah ini.

Nervous siot! Ahahaha! Kiranya kali ini adalah pengalaman pertama kami membuat persembahan skala besar, tolak yang hari tu masa bulan puasa tu pertandingan nasyid di Menara Mara anjuran Telaga Biru...dengan persembahan amal di Unisel Batang Berjuntai bulan lepas...hahaha!

Nasyid? Actually genre muzik ni luas, and kami pun literally bukan kumpulan nasyid mainstream. Cuma InshaAllah, selagi terdaya, kami cuba untuk kekalkan konsep lagu berunsurkan ketuhanan, kasih sayang, dan bukan motif untuk tunjuk baik atau alim soleh, tapi sekadar belajar dan peringatan untuk kami sudah cukup memadai...gittewwww!



Projek yang asalnya eksperimental ni berbekalkan minat dalam seni vokal dan persembahan, and now we are getting serious into it akan cuba bawa genre yang rare sikit, Classical Operatic singing! Dibawah nasihat dan bimbingan dari bro Rosli Ahmad, komposer sohor dari RADC Records (Radical Records). Alhamdulillah, single pertama kami, "Rasa" dan kedua, "Moga Ketamui", akan dirakamkan dalam versi penuh dan keluar tidak lama lagi.
Hahaaaaa..mampu ke tidakkk? InshaAllah...kami cuba!


Keep supporting us ye! More to go!


Kami akan cuba update perkembangan PentaVoice di page rasmi Facebook : PentaVoice yang baru buat tu, tolong LIKE dan invite kawan-kawan korang sekali ye.. hehehe! Thanks!

Jumpa korang kat sana!