Tuesday, November 17, 2015

Pelukis Komik-M Tiada Peminat?

Salam,

Komik-M? Kalau Korea ada K-Pop, Malaysia pun ada, tapi bukan M-Pop (choi..! Teringat group ittewwww!)...tapi kita ada The Ultimate Komik-M!


Komik-M atau ringkasan dari Komik Malaysia ni bukan benda baru pun sebenarnya. Dah berzaman dah dik....dari zaman pakcik ni sekolah lagi! Cuma sekarang dijenamakan semula dan dikumpulkan dan bergabung-malatop di bawah satu bumbung - PTS POP, iaitu anak syarikat PTS Media Group.


Tiada Peminat?
Kau gila? Memang tipu lah kalau kata Komik-M ni, pelukis-pelukis dia tak ada peminat.
Kalau tak silap aku, selain dari genre komik bukan-manga seperti Majalah Gila-Gila, Ujang, APO?, dan lain-lain genre lukisan, genre komik manga dah lama beratus-ribu peminat di Malaysia ni, dan mula mempunyai pengikut tersendiri bagi aliran ini. Kalau Jepun ada 'Manga', kita masih berbangga sebab ada Komik-M!

Legasi Manga Malaysia Ben Wong
Siapa yang bergelar "BBNU - Budak-budak Baru Nak Up" sekitar tahun 2000-2005 mesti pernah dan kenal dengan komik-komik lagend macam Le'Gardenie oleh Ben Wong ni, antara legasi pertama pelukis komik bergenrekan 'manga' ni....ala..manga..yang karakter dia kiut-kiut tu.


Dan, kali ini PTS Media Group di bawah label PTS POP, akan meneruskan Siri Jelajah Penulis Terbaik PTS 2015 dengan membawa gengsi-gengsi pelukis Komik-M menemui peminat-peminat komik sekalian alam...gitteww!



"Siapa kenal kerbau Atan, Aizad & Zahid serta Budak Kombo angkat tgn! Pelukis watak-watak komik terkenal ini akan berada di Kedai Buku Hasani Kedah dan Pulau Pinang untuk berjumpa dengan para peminat! Yippee! Selain dapat bergambar dan minta tandatangan mereka, siapa tahu ada rezeki untuk melihat mereka melukis secara live? Jangan fikir panjang lagi, simpan tarikh 21 dan 22 November ini dalam kalendar anda dan ajak geng-geng peminat komik yang lain!"

So, korang yang berdekatan tu jangan lepaskan peluang untuk bertemu Ben Wong, Nazry Salam, Afiq Salam, dan Froggypapa, dan melihat sendiri..emas ke tak emas jari-jemari diorg melukis secara live di sana nanti! Butirannya seperti dalam poster di bawah ye!



Arkib:
 
Untuk aktiviti terkini PTS Media Group Sdn. Bhd ni, boleh klik link ni > http://pts.com.my/aktiviti/