Monday, November 2, 2015

Samkkya Ayurveda : Bukan Sekadar Perubatan Herba

Salam...Namaste! Hahaha!
Hujung minggu lepas aku bersama Cikali (CK) mendapat jemputan dari seorang rakan, Nik Nabil, PR person dari Samkkya Ayurvedic Clinic (Health Care Centre), bertempat di Jalan Maarof, Bangsar, KL untuk sesi konsultasi dan merasai pengalaman berejuvenasi di sana.

Sedikit mengenai Samkkya, adalah sebuah pusat perubatan alternatif berasaskan rawatan 'Ayurveda' dengan pakar dan terapis yang sememangnya sangat terlatih dalam rawatan jenis ini. Terdapat tiga cawangan dalam Samkkya Health Care Group, iaitu Samkkya Ayuverdic Clinic di Bangsar, Samkkya Ishak Ayurvedic Hospital (Health Care Instituition) di Melaka, dan juga Samkkya Yoga School bertempat di TTDI, Kuala Lumpur.


Ekspetasi awal kami, Samkkya Ayurvedic Clinic hanya sekadar spa yang menawarkan perkhidmatan urutan rejuvenasi berasaskan herba sahaja, tapi sebenarnya lebih dari itu.
Eh…bukan urutan lebih-lebih! Hahaha!

Jom aku terangkan info dan penerangan yang lebih jelas tentang apa itu ayurveda.

Apa Itu Ayurveda?
Mungkin ada di antara korang semua sama macam aku yang pernah beranggapan bahawa ayurveda itu adalah sekadar perubatan yang berasaskan herba, berasal dari India, dan terhad kepada ubat-ubatan dan pemakanan sahaja. Tetapi sebenarnya ia lebih dari itu…seriously...amazing facts is coming!
Secara ringkasnya, ayurveda ini lebih kepada satu sistem penjagaan kesihatan semulajadi. Diolah dari perkataan Sanskrit iaitu ‘ayur’, yang bermaksud life-kehidupan, dan ‘veda’ bermaksud ‘science-kajian’.

Kesihatan yang optimum adalah yang seimbang dari segala unsur dalam diri manusia iaitu minda, fizikal, dan keseimbangan semulajadi (nature balance).
Dalam terma ayurveda, keseimbangan ini meliputi aspek pemakanan (diet), perkumuhan (detoxification), fizikal, keseimbangan mental, dan juga keseimbangan unsur alam yang ada dalam badan kita.

Perghh….dah macam tulis tesis beb! Hahaha…OK sambung..

Keseimbangan Asas Manusia.
Semasa tiba di Samkkya, aku dan CK telah disambut oleh GM Samkkya sendiri iaitu Miss Averyl dan terus ke sesi konsultasi kesihatan oleh Dr. Shiv Kumar Vats, atau Dr.Vats, Pengarah Perubatan Samkkya Group merangkap pakar dalam bidang perubatan dan konsultasi rawatan Ayurveda….sambil minum ginger tea…and ginger tea again...hahaha!

Kiri : Miss Averyl yang sweet!
Untuk memulakan sesi, kami diminta mengisi form yang akan menentukan Body Constitution, iaitu keadaan semasa diri kita…tak ada chance nak tipu tau! Sebab segala details kena buat dengan betul…tiada rahsia katanya.

'Dosha' form. Analisis keadaan semasa diri individu.
Form tersebut akan menganalis tentang kita punya ‘Dosha’ iaitu kecenderungan kita dari segi fizikal, emosi, diet, pencernaan, perkumuhan…untuk dikategorikan kepada 5 unsur yang mana lebih dominan.
Falsafah Keseimbangan Vatha,  Kappa, Pitha.
5 Unsur Dominan – 3 Falsafah Keseimbangan.
Menurut Dr.Vats, dalam falsafah rawatan ayurveda dalam setiap manusia terdapat 5 unsur utama iaitu, Ruang, Udara, Air, Tanah, dan Api, di mana setiap unsur ini yang mana lebih dominan akan menentukan 3 keseimbangan tubuh badan dari segi ‘Vatha’, iaitu dalam pergerakan dan fungsi badan, pernafasan, refleksi, blood circulation, kedua ‘Pitha’, iaitu unsur cahaya, yang mempengaruhi suhu, tenaga, metabolism, penyerapan nutrisi dan perkumuhan toksin, dan juga ‘Kapha’, iaitu keseimbangan struktur fizikal, cecair dalam badan. Semua unsur ini berkait rapat dengan pemakanan (diet) dan gaya hidup kita (lifestyle).

Dr. Shiv Kumar Vats, Pengarah Perubatan / Pakar Rawatan Ayurveda Samkkya Healthcare.
Punca Segala Penyakit.
Selepas mendapat penerangan dan dianalisis ‘Dosha’ oleh Dr.Vats, beliau menerangkan antara sebab dan punca pelbagai jenis penyakit yang dihidapi berpunca dari ketidakseimbangan ‘Dosha’ tersebut yang selalunya bermula dengan mental – stress, tidak focus, emosi tidak stabil, dan gaya hidup yang tidak sihat – dari segi pemakanan, dan penjagaan kesihatan, kurang bersenam dan banyak lagi. Punca-punca ini akan menyebabkan toxin dan perkumuhan tidak stabil, tekanan sekeliling, dan akhirnya tubuh badan tidak seimbang dengan umur semasa.

Amboi…take note betul kan? Hahaha…Yes, I am taking it seriously.

Konsultasi 'Dosha', dan tahap kesihatan oleh Dr.Vats.
Konsultasi 'Dosha', dan tahap kesihatan oleh Dr.Vats.
Jadi selepas sesi konsultasi ini, baru aku dapat pandangan jelas tentang ketidak-sihatan badan sendiri. Selama ni main sumbat makan apa saja. Senam ala kadar, gaya hidup dan emosi yang tak bagus.


Melalui sesi konsultasi dan analisis itu, baru Dr.Vats akan mencadangkan gaya hidup dan diet yang sesuai untuk aku dan CK, apa yang perlu dielakkan, dan apa yang perlu ditukar, apa kelebihan dan apa unsur yang dominan pada diri kita. Banyak juga seh…hahaha!
 

Jadi, berdasarkan pemahaman aku, ayurveda ini sebenarnya bukan semata-mata tentang herba-rawatan alternatif yang mengelakkan atau menafikan sebarang ubat-ubatan moden, tetapi juga lebih kepada penjagaan keseimbangan tubuh dan mental sendiri.
Melalui Ayurveda, setiap penyakit atau keadaan tubuh badan ada rawatan yang tersendiri, dan dengan preskripsi dan terapi dari pakar si Samkkya, setiap rawatan adalah khusus untuk seseorang individu itu, bermula dengan terapi detox, dan berakhir dengan terapi rejuvenasi yang super relaxing!


Sesi Rejuvenasi – Pengalaman Pertama Full Body Massage!

Hahaha…fuhhh…tempting!
Selesai diskusi dan consulting dengan Dr.Vats, aku dan CK diberi peluang untuk merasa dibelai-belai, dimanja-manja semasa sesi rejuvenating atau urutan seluruh badan oleh terapis yang berpengalaman.

Mula-mula memang kekok sikit lah sebab seumur hidup belum pernah diurut full body macam tu…ada fun – in a good way, relaks, awkward sikit…hahaha..! But overall memang sangat relax and refreshing!

Abhyanga - Pati Minyak Urut Tulen
Urutan menggunakan ‘Abhyanga’, iaitu minyak yang digunakan dalam proses urutan dalam rawatan ayurveda ini dikatakan ibu segala minyak urut okey! Gila tak power! Hehehe…
Rawatan urutan badan ini dikatakan mampu untuk memulihkan blood circulation, menguatkan otot,  mengurangkan sakit-sakit badan, lesu, awet muda, bagus untuk kulit dan rambut dan banyak lagi khasiat seperti urutan badan yang lain.

Urutan kepala ala-Ayurveda - seriously the best head massage i ever had!
Urutan beritma ini dimulakan dengan urutan kepala…sampai berpusing-pusing kepala gue…seluruh belakang dan seluruh anggota depan, top-to-toe!

Samkkya Ayurvedic Healthcare,
Seriously rated --- suggested & awesome!
Full body massage. (Gambar dari FB Samkkya Ayurvedic Bangsar)

Thanks to Nabil, Averyl, Dr.Vats, Mr.Boss & all the therapist there for the warm greets!

So, kalau korang baca sampai habis apa yang aku membebel tadi, no problem punya untuk korang semua faham apa itu rawatan alternative ayurveda secara ringkas, dan kalau nak maklumat lebih lanjut, boleh lawat laman web www.samkkya.com.my atau hubungi +603 – 2287 2111 untuk penerangan yang lebih terperinci.