Friday, November 20, 2015

Penulis Cilik PTS dan Artis Komik-M Turun Ke Johor


Salam,


Selepas beberapa Siri Jelajah Penulis Terbaik PTS yang berlangsung di beberapa lokasi yang lepas, siri ini diteruskan lagi dengan turun ke negeri aku --- JOHOR!



Jelajah Ke Johor.
Alamak! Ni lagi gempak! Menangis air mata darah kalau tak dapat pergi jumpa mereka! Hahaha!
Negeri Johor akan menerima kedatangan penulis dan pelukis komik hebat pada 28 dan 29 November ini, iaitu minggu depan..gomen dh gaji wey! Ahahahaha!

Tunas Super.
Siapa yang nak datang ni? Mesti kalian tak percaya dan akan tenyeh mata banyak-banyak kali tengok poster kat bawah ni. Hujung minggu ini, barisan pelukis Komik-M seperti Ben Wong, Afiq dan Nazri Salam serta Froggypapa akan ke negeri-negeri utara, kali ni minggu depan pula mereka turun ke negeri pasukan bola sepak tersohor, JDT bersama penulis-penulis cilik PTS!
Dan ini bermaksud, selain berjumpa dapat belajar melukis komik, anda juga akan dapat berkongsi pengalaman dengan penulis muda PTS yang berumur 9 tahun. Kepada yang nak merisik cara bagaimana menghasilkan buku pada usia muda, apa kata cuba tanyakan pada penulis-penulis cilik ini.

Adik Wan Nurshafiqah - Tunas Super PTS

Penulis Cilik - Wan Nurshafiqah.
Haaa...Adik Wan Nurshafiqah yang baru berusia 12 tahun ni, adalah antara salah sorang penulis cilik dari PTS yang telah keluarkan buku beliau sendiri bertajuk - Allysia Fantasia. Hebat kan?

Novel Allysia Fantasia oleh Adik Wan Nurshafiqah
So, kalau korang nak jumpa Adik Wan Nurshafiqah dan ramai lagi penulis cilik Tunas Super dan abang-abang artis Komik-M, jangan lupa turun ke Johor minggu depan ye!


Nantikan edisi roadtour akan datang! Terus ikuti perkembangan Siri Jelajah Penulis Terbaik PTS 2015/2016 di http://pts.com.my/roadtour