Friday, December 18, 2015

Momen2 Matluthfi - Lebih Matang

Salam,

Ahad lepas aku dan rakan blogger Razzwey, Sueizza, Yanty Lee dan Yaya Cendana telah mendapat peluang eksklusif dari Puteh Press, untuk bersama-sama Geng PTS dan rakan media lain menghadiri majlis pelancaran buku kedua dari Vlogger/Youtuber terkenal, iaitu Matluthfi, di MPH Bookstore, NU Sentral Mall, Kuala Lumpur.


"Momen2 Matluthfi" - adalah buku kedua terbitan Puteh Press dari Matluthfi selepas kejayaan buku pertama "Catatan Matluthfi" yang telah terjual sehingga lebih 125,599 naskah sehingga November 2015! Dan menurut wakil dari pengurusan Puteh Press, Encik Mohd Ikram Mohamad Noor Wazir, sasaran untuk buku kedua ini lebih tinggi dan meluas kerana kali ini, gaya dan idea penulisan Matluthfi lebih matang dan 'berisi'...bak rujukan kamus urban lebih #deep!
Sementara menunggu majlis bermula, aku sempat membaca sekali imbas momen-momen Matluthfi yang dikarang dengan lebih kemas, dan bagi aku, berbanding buku pertama, buku kedua ini menunjukkan sisi Matluthfi yang lebih matang dalam mengulas isu-isu terkini atau pun kisah-kisah personal beliau, tetapi dengan gaya yang lebih santai dan tak ada lah merapu sangat pun, and of course, loghat Utagha dia pun bawa sekali dalam buku! Hehe!


Dan, seperti yang dijangka, ruang legar MPH Bookstore di NU Sentral Mall penuh dengan peminat-peminat Matluthfi, especially gegadis~Hahaha!
Mana tidaknya, selain majlis penyampaian hadiah pemenang komen terbaik di posting laman Facebook Puteh Press, dan juga acara utama iaitu pelancaran buku tersebut, for sure acara 'greet&meet' Matluthfi bersama-sama peminat dan juga sesi autograf bagi peminat-peminat yang dapatkan buku "Momen2 Matluthfi" on the spot, dan ada juga yang bawa sekali buku "Catatan Matluthfi" tu....sakan angpa noo! Meriah betul!


Dan, usai majlis, kami bersama rakan media yang lain telah dijemput untuk sesi sidang media secara santai bersama Matluthfi dan pihak pengurusan Puteh Press.

Apa yang menarik perhatian aku ialah, Matluthfi menjelaskan sebelum beliau membuat apa-apa posting melalui penulisan di status FB ataupun entri vlog beliau berkenaan sesuatu isu-isu semasa, yang mana mungkin sensitif pada pandangan beberapa pihak, beliau akan meneliti dan memastikan kandungan sesuatu isu itu benar, fakta atau auta, atau propaganda ataupun apa sahaja, dinilai dan beliau akan mengulas mengikut pandangan peribadi beliau sendiri apabila isu-isu tersebut dah mulai reda. Dalam santai, dan loqlaq, ada juga kematangan mamat ni eh? Haha! Good job bro!

Sebelum balik, autograf dan selfie dulu lah ye!
So, my suggestion : RECOMMENDED! Dan kalau korang yang ingin mendapatkan buku "Momen2 Matluthfi" ini, boleh dapatkan di MPH Bookstore yang berhampiran, atau beli online je di Bookcafe (KLIK SINI).

Terima kasih kepada pihak Puteh Press & Geng PTS!

OKbai, Salam!