Monday, January 19, 2015

AJL29 : Chandelier Jatuh Hanya Gimik - Indah


Haha...Salam...putih ke korang hari ni? Hahahahaha!
Ramai yang pissed off ek? Aku pun join sekali semalam...
Sampai menyirap pulak bila si Juliana Evans ngan Achey dok suruh Dayang buat tagline tu..
Tapi relaks lah korang...kira menjadi lah strategi marketing tokey tu kan.


OK, first of all, nak ucap tahniah kepada semua pemenang;

Juara Lagu - Apa Khabar? (Joe Flizzow & SonaOne)
Naib Juara - Masih Aku Cinta (Shila Amzah)
Ketiga - Di Pintu Syurga (Dayang Nurfaizah)
Vokal Terbaik - Dayang Nurfaizah
Persembahan Terbaik - Mojo & Caliph Buskers (Romancinta)


Bagi aku, overall untuk persembahan memang no doubt lah...semua hebat.
Terutama giliran Romancinta oleh Mojo, ditampilkan kejutan dengan membawa Caliph Buskers.
Sekali dia tarik.....makan hati Aweera kooo! Hahaha.. gurau je.. Sama hebat ngan penyanyi professional! Itulah keistimewaan mereka yang betul-betul buat persembahan dari hati.
Walaupun pertama kali di pentas professional, tapi mereka ni dah lama perform di jalanan, terutama port wajib untuk busking. depan perkarangan lobi SOGO,KL.


Vokal....well...mereka yang masuk final antara penyanyi terbaik di Malaysia kot. No need any further comments! Terbaikkk! Terutama Dayang, yang of course meremang..selamba akustik je...tak payah beriya sangat!

Walaupun hosting agak caca marba, mana nak present peserta, mana nak sebut tagline,
mana nak interview, ehhh..ada pulak nak interview lagi kat backstage ala-ala Oscar...
Penyampaian keputusan pun ala-ala sukaneka...dah overrun lettuw!
...dah kenapa??? Dah macam sarkis dah aku tengok --- RIMAS.
Seriously aku rindu zaman-zaman Faizal Ismail, Cheryl dan Ally Iskandar.
Prestige dia memang nampak sangat...high class!

Paling cemas semalam bila penuh timeline dengan kes lampu candelier masa Indah tengah perform lagu Percayalah, jatuh dengan dramatik! Haha!
Risau juga kot kena Indah atau solo violinist dia tu....sekali GIMIK SAHAJA daa!



Hahaha....congrats Lela...walupun belum ada rezeki nak menang mana-mana kategori, at least u did a great job and efforts babe!!!
Indah dari zaman SRC baris-baris Liza Hanim, Anis Suraya lagi dia gigih ketengahkan bakat dia.
Sampai masuk AF lagi...dan akhirnya lagu sulung dia (selepas AF) berjaya dapat tempat untuk dia terus dikenali.
All the best Indah!
~~~~~
Well...biasalah kepohchi kan...aku pun sama naik bawa watak alter-ego komplen setiap lima minit kat Twitter aku...ahahaha! Sampai FBI pun reply dan retweet tweet aku pasal hosting...kikiki!
Memeriahkan majlis katanya...relaks lah.. geng media TV3 okey je... yang lain pulak butthurt lebih-lebih...macam lah kita noob sangat pasal event management dan sponsorship...motif?
Kah Kah Kah!

OKbai.

Wednesday, January 14, 2015

Cerita Pasal Main Burung


Cerita pasal burung.
Macam-macam jenis burung.
Benda bukan burung pun orang panggil burung gak.
Burung siapa?

Burung awak ke saya? #ehhh!

Seekor burung jatuh semasa terbang kerana kesejukan salji.
Datang lembu berak atas burung.

Kerana panas, suam-suam sikit, najis tu buat burung tu bernyawa semula.

Burung suka.
Dan menyanyi riang. Macam burung awak lah, kalau suka dia nyanyi...kan?

Tiba-tiba, seekor kucing atau pussy cat dalam bahasa kasarnya,
datang terdengar nyanyian riang burung tersebut.
Dan pantas mengeluarkan burung dari najis lembu yang dah tak berapa nak panas suam tu,
lalu makan burung itu pula.
TAMAT.



Kesian burung.

~~~~~

Bukan semua orang yg buat celaka (najis) pada kita itu musuh.
Dan bukan semua yang mengeluarkan kita dari celaka dan masalah itu kawan.
Dan apabila ada masalah jangan terlalu segan, kelak jatuh mati seorang diri macam si burung.
Dan bila riang jangan terlalu menyebarkan (menyanyi macam si burung),
kerana yang datang belum tentu mahu membantu.
Banyak je manusia yang suka menangguk di air keruh.
Lebih memburukkan keadaan.
Seronok katanya mainkan burung!

MOTS? Jaga burung baik-baik.