Monday, April 27, 2015

Gangguan Makhluk Halus atau Sleep Paralysis?

Salam tengah malam.

Belum tidur lagi?
Tak boleh tidur?
Pernah tak korang mengalami kejadian-kejadian pelik masa korang tengah tidur atau separa sedar, atau terjaga secara mengejut?

Mungkin ramai yang pernah berperasaan ditindih, dipijak, atau dipeluk atau ternampak susuk-susuk gelap atau bayangan hitam macam makhluk halus tengah malam dalam keadaan separa sedar kan?

Aku pun pernah je, beberapa kali jadi macam tu. Especially bila badan letih gila, seharian ada aktiviti guna otak, guna fizikal.


Tengah sedap tidur layan badan dan mental yang letih tiba-tiba terjaga, dan sesak nafas, panik, anggota badan semua berat gila, tapi mata gigih nak buka, bila dah panik....dan hahhh!! Macam-macam kau nampak! Ahahahaha!

Mungkin benar atau tidak, tak ramai yang aware tentang gejala ni termasuklah aku jugak, bila feeling mak esah tu datang, mula lah rasa kena gangguan, ada orang hantar santau atau saka belaan datang minta pulut kuning...ahahaha..kau gila! Ye lah, masa tu tengah panik kan.


Actually, daripada banyak pengalaman, pembacaan, simptom dan diagnosis (ala-ala doktor kaedahnya), sebenarnya, 99% 'gangguan' ini dah lama dibuat kajian dan analisis dalam dunia perubatan (moden, psikitari) bahawa simptom gangguan ini dinamakan sebagai "Sleep Paralysis".

Dalam lebih kurang beberapa tahun lepas aku pernah share artikel berkenaan simptom ini di bahagian Notes kat Facebook aku, masa zaman tu belum ada blog lagi kot..dulu gigih menulis kat Notes di Facebook, untuk simpanan arkib bacaan aku dan perkongsian dengan kawan-kawan.

So, sekali lagi aku nak share kat sini. Percaya atau tidak, terpulang lah. Kesah pulak aku..Ahahaha!
Maaflah kalau bahasanya pugar sikit, campur-campur Malaysian & Indonesia, tapi tetap Bahasa Melayu okey, dan aku lupa mana sumber aku copy & paste artikel tersebut. Kalau ada yang tahu mohon share info sumber di ruangan komen eh... Maceh!!!
Artikel ni panjang gila kot....kalau nak copy & paste untuk bacaan kemudian, copy je lah..gua open beb! Ahahaha!

Najeeb Abdullah.
*~~~~~*~~~~~*~~~~~*

Pernah terbangun dari tidur, tapi sulit bergerak ataupun berteriak? Jangan risau, anda tidak diganggu makhluk halus. Ini penjelasan ilmiahnya. Pada saat mengalami ini biasanya kita akan sulit sekali bergerak dan kemudian ada sedikit rasa dingin menjalar dari hujung kaki ke seluruh tubuh.


Untuk boleh bangun, satu-satunya cara adalah menggerakkan hujung kaki, hujung tangan atau kepala sekuat-kuatnya hingga seluruh tubuh boleh digerakkan kembali, biasanya disertai juga dengan munculnya bayangan kegelapan. Hal inilah yang dimaksudkan "ketindihan" makhluk halus oleh sebahagian besar orang.

Menurut medik, keadaan ketika orang akan tidur atau bangun tidur merasa sesak nafas seperti dicekik, dada sesak, badan sulit bergerak dan sulit berteriak disebut sleep paralysis alias tidur lumpuh (kerana tubuh tak boleh bergerak dan serasa lumpuh).

Hampir setiap orang pernah mengalaminya. Setidaknya sekali atau dua kali dalam hidupnya. Sleep paralysis boleh terjadi pada siapa saja, lelaki atau perempuan.

Dan usia rata-rata orang pertama kali mengalami gangguan tidur ini adalah 14-17 tahun. Sleep paralysis alias tindihan ini memang boleh berlaku dalam hitungan detik hingga minit.

Yang menarik, saat tindihan terjadi kita sering mengalami halusinasi, seperti melihat susuk atau bayangan hitam di sekitar tempat tidur. Tak hairan, fenomena ini pun sering dikaitkan dengan hal mistik.


Di dunia Barat, fenomena tindihan sering disebut mimpi buruk inkubus atau old hag berdasarkan bentuk bayangan yang muncul. Ada juga yang merasa melihat agen rahsia asing atau alien.

Sementara di beberapa lukisan abad pertengahan, tindihan digambarkan dengan susuk roh jahat menduduki dada seorang perempuan hingga ia ketakutan dan sulit bernafas.


Menurut Al Cheyne, peneliti dari Universiti Waterloo, Kanada, sleep paralysis, adalah sejenis halusinasi kerana adanya malfungsi tidur di tahap rapid eye movement (REM).
Sebagai pengetahuan, berdasarkan gelombang otak, tidur terbagi dalam 4 tahap.

Tahapan itu adalah tahap tidur paling ringan (kita masih setengah sadar), tahap tidur yang lebih dalam, tidur paling dalam dan tahap REM.

Pada tahap inilah mimpi terjadi. Saat keadaan tubuh terlalu letih atau kurang tidur, gelombang otak tidak mengikuti tahapan tidur yang seharusnya. Jadi, dari keadaan sedar (saat hendak tidur) ke tahap tidur paling ringan, lalu langsung melompat ke mimpi (REM).

Ketika otak mendadak terbangun dari tahap REM tapi tubuh belum, di sinilah sleep paralysis terjadi. Kita merasa sangat sedar, tapi tubuh tak boleh bergerak. Ditambah lagi adanya halusinasi muncul susuk lain yang sebenarnya ini merupakan ciri khas dari mimpi.

Selain itu, sleep paralysis juga boleh disebabkan sesuatu yang tidak dapat dikawal.
Akibatnya, muncul stress dan terbawa ke dalam mimpi.

Lingkungan kerja pun ikut berpengaruh. Misalnya, Anda bekerja dalam shift sehingga kekurangan tidur atau memiliki pola tidur yang tidak teratur.


Meski biasa terjadi, gangguan tidur ini patut diwaspada. Pasalnya, sleep paralysis boleh juga merupakan pertanda narcolepsy (serangan tidur mendadak tanpa tanda-tanda mengantuk), sleep apnea (mendengkur), kecemasan, atau depresi.

Jika anda sering mengalami gangguan tidur ini, sebaiknya buat catatan mengenai pola tidur selama beberapa minggu. Ini akan membantu Anda mengetahui penyebabnya. Lalu, atasi dengan menghindari penyebabnya. Bila tindihan diakibatkan terlalu letih, cuba lebih banyak beristirahat.
Kurang tidur pun tidak boleh dianggap remeh. Jika sudah menimbulkan sleep paralysis, keadaanya bererti sudah berat. Segera evaluasi diri dan cukup keperluan tidur. Usahakan tidur 8-10 jam pada jam yang sama setiap malam.

Perlu diketahui juga, seep paralysis umumnya terjadi pada orang yang tidur dalam posisi telentang (wajah menghadap ke atas dan hampir nyenyak atau dalam keadaan hampir terjaga dari tidur). Itu sebabnya, kita perlu sering mengubah posisi tidur untuk mengurangi risiko terserang gangguan tidur ini.

Nah, jika tindihan disertai gejala lain, ada baiknya segera ke doktor ahli tidur (hahaha...ahli tidur pun boley~) atau laboratorium tidur untuk diperiksa lebih lanjut. Biasanya doktor akan menanyakan bila tindihan dimulai dan sudah berlangsung berapa lama. Catatan yang telah Anda buat tadi akan sangat membantu ketika memeriksakan diri ke doktor.
#katanajeeb
Jadi, secara kasar maksudnya, bayangan-bayang makhluk halus, jin, alien, atau  musuh yang acah-acah nak bunuh kau tu kebanyakannya berpunca dari stress, keletihan mental dan fizikal, pernafasan dan denyutan jantung yang tidak teratur, dan seterusnya mengakibatkan rasa panik dalam sedar. Bila dah panik, tengah malam/pagi...tak boleh bergerak, kaku, kejung, nak jerit pun tak boleh, macam-macam kau boleh nampak dik...hihihi! Ayuh..! Kita bersenam yok! ZzzzZZzzz
*~~~~~*~~~~~*~~~~~*

Sleep Paralysis Di Seluruh Dunia.


Di Afro-Amerika
Gangguan tidur ini disebut the devil riding your back atau hantu yang sedang menaiki bahu seseorang.

Di China
Disebut gui ya shen alias gangguan hantu yang menekan tubuh seseorang.

Di Mexico
Disebut se me subio el muerto dan dipercayai sebagai kejadian adanya arwah orang meninggal yang menempel pada seseorang.

Di Kamboja, Laos dan Thailand
Disebut pee umm, mengacu pada kejadian di mana seseorang tidur dan bermimpi makhluk halus memegangi atau menahan tubuh orang itu untuk tinggal di alam mereka.

Di Ireland
Disebut mara. Ini adalah kata kuno bahasa Ireland. Ertinya hantu yang menduduki dada seseorang di malam hari, berusaha membuat orang itu sesak nafas dan mati lemas.

Di Turki
Disebut karabasan, dipercayai sebagai makhluk yang menyerang orang di kala tidur, menekan dada orang tersebut dan mengambil nafasnya.

Di Jepun
Disebut kanashibari, yang secara literatur diertikan mengikat sehingga diertikan seseorang diikat oleh makhluk halus.

Di Vietnam
Disebut ma de yang artinya dikuasai setan. Banyak penduduk Vietnam percaya gangguan ini terjadi kerana makhluk halus merasuki tubuh seseorang.

Di Hungary
Disebut lidercnyomas dan dikaitkan dengan kata supranatural boszorkany (penyihir). Kata boszorkany sendiri bererti menekan sehingga kejadian ini diterjemahkan sebagai tekanan yang dilakukan makhluk halus pada seseorang di saat tidur.

Di Malta
Gangguan tidur ini dianggap sebagai serangan oleh Haddiela (isteri Hares), dewa bangsa Malta yang menghantui orang dengan cara merasuki orang tersebut. Dan untuk terhindar dari serangan Haddiela, seseorang harus menaruh benda dari perak atau sebuah pisau di bawah bantal saat tidur.

Di New Guinea
Fenomena ini disebut Suk Ninmyo. Ini adalah pohon keramat yang hidup dari roh manusia. Pohon keramat ini akan memakan roh manusia di malam hari agar tidak menggangu manusia di siang hari. Namun, seringkali orang yang rohnya sedang disantap pohon ini terbangun dan terjadilah sleep paralysis
P/S : ..abam kalau tidur, hantu yang takut kot, sebab bunyi enjin bot! Ahahahaha!

Sunday, April 19, 2015

Rakan Blogger Aman Palestin

Salam.

Alhamdulillah. Disempatkan juga untuk update barang sepatah dua kata...ahahaha!
Maaflah...sejak dua tiga menjak ni, ada banyak urusan duniawi yang perlukan lebih perhatian...gittew! Dengan tugasan hakiki on office hour, sambung kembali tugas belajar, assignments, yada yada yada ....macam biasalah. Alasan boleh macam-macam..ye tak? Hehehe...


Baiklah, straight to the point, Alhamdulillah, baru-baru ni sempat juga luangkan sedikit kelapangan masa untuk aku bersama geng Kelab Blogger Ben Ashaari untuk menghadiri majlis istimewa anjuran Aman Palestin Malaysia (Aman Palestin Berhad).


Agenda utama majlis yang diadakan di Hotel Bangi-Putrajaya (Equatorial Bangi) ini ialah;
- Majlis Perjanjian Persefahaman Rakan Korporat Aman Palestin,
- Majlis Menandatangani Kontrak Duta Aman Palestin,
- Penyerahan Sumbangan Penaja,
- Pertemuan Rakan Blogger/Media Sosial Aman Palestin; dan juga,
- Pelancaran Diari Seorang Mujahidah - Kembara Syria.

Rakan Korporat Aman Palestin ialah satu jalinan usahasama strategik antara Aman Palestin Berhad dengan syarikat-syarikat korporat, sebagai usaha untuk mengumpul dana bagi membangunkan semula Gaza selepas serangan demi serangan yang menghancurkan bumi Gaza yang berakhir 2014 lepas. Dan Alhamdulillah, Hospital Islam Azz-Zahrah telah menjadi badan korporat pertama yang akan bekerjasama dengan Aman Palestin.
Semoga permulaan ini menjadi titik tolak yang baik untuk badan korporat yang lain untuk membantu Aman Palestin mengumpulkan dana pembangunan semula Gaza.


Majlis yang ditaja oleh Cosmoderm, UniKL, Bank Rakyat dan juga PTS Publishing ini diteruskan dengan pembaharuan kontrak dua orang Duta Aman Palestin, iaitu Nur Heliza Helmi dan Maulana (AF8).
Selain Heliza omey-omey tu ngan Maulana; Pencetus Ummah, Ustaz Fakhrurrazi (PU Razi), Selebriti Al-Hijrah, Farrah Adeeba, dan Saudara Hasbi (Mr.Bie) juga antara mujahid dan mujahidah yang diberi kesempatan menggalas gelaran dan berjuang bersama Aman Palestin sebagai Duta. Seronoknya alahai...!

Dan, Alhamdulillah, rakan-rakan blogger dan juga media sosial dari Kelab Blogger Ben Ashaari telah berbesar hati untuk bersama-sama Aman Palestin sebagai Rakan Blogger Aman Palestin.
Terima kasih diucapkan atas peluang dan ruang yang diberikan oleh pihak Aman Palestin, yang diterajui oleh YBhg Ustaz Awang Suffian Awang Piut, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin Berhad.
Bagi aku, selain matlamat menjadikan isu Palestin ini "bukan bermusim" dalam membela saudara kita di Palestin, sokongan rakan-rakan blogger dari KBBA, rakan Projek Travel ini juga memberi impak yang positif dalam peranan yang dimainkan oleh pengamal-pengamal media sosial seperti kami untuk turut sama membantu berjuang bersama, walaupun hanya dengan pena atau papan kekunci masing-masing. Semoga kerjasama dan peluang seperti ini berterusan, istiqomah hendaknya..InshaAllah..Amin.
"The real keyboard worrior kaedahnya..hehe!"
Pada majlis ini juga, Heliza telah berkongsi pengalaman beliau dan beberapa rakan mujahidah, bersama-sama Aman Palestin ketika misi bantuan kemanusiaan di Syria, dan segala catatan beliau dibukukan dan ditulis bersama saudari Roziyah Mahamad, dalam satu buku-jurnal;
 "Diari Seorang Mujahidah - Kembara Syria". [Tempahan Buku-KLIK]
Kagum aku dengan semangat dan keberanian Heliza, seorang gadis selebriti kecil molek yang gigih turun sama berjuang dan menimba pengalaman yang pada aku cukup berharga, mematangkan dan menginsafkan.
"...bayangkan bagaimana kesukaran mereka dalam meneruskan kelangsungan hidup, sehingga menjadikan kucing, malahan anjing liar untuk dijadikan pengalas perut, dan sehingga kotak misi bantuan diracik halus, direndam dan direbus dijadikan sup, SUP KOTAK!..Masha Allah...namun semangat mereka berjuang untuk agama dan tanah air mereka tak pernah sedikit pun pudar...Allahu akhbar!" - Heliza Helmi.
Sempat juga aku dalam nervous sikit-sikit (Ahahaha!) menyampaikan cenderahati dan berkongsi sedikit info berkenaan Projek Iqra dengan Heliza. Semoga dapat bekerjasama juga dengan gadis matang ini untuk program-program selepas ini.


Sesungguhnya, peranan kami atau kita, aku, anda, kamu semua sebagai pengamal media sosial, tak kira lah Blogger ke, Facebook-er tegar ke, selebriti Instagram ke, atau jejaka/gadis Twitter yang hot gila ke, bagi aku, seandainya dipergunakan ke atas landasan yang betul, dengan niat yang helokkk, for a good cause, InshaAllah usaha kita lebih dipermudahkan.

Bukan susah mana pun, kalau tak sempat menulis post panjang-panjang pun, boleh je nak SHARE, LIKE, REPOST ataupun RETWEET kan? Dah alang-alang menghadap phone, tab, laptop 24/7...gittew!
InshaAllah, aku akan sedia berkongsi lagi info-info lain berkenaan aktiviti Aman Palestin, Projek Iqra, dan lain-lain selagi termampu dan terdaya...Amin!

Wassalam!