Monday, June 1, 2015

Majikan Yang Baik


Kebenaran Pulang Awal.

Seorang boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada hari
nie..Sesiapa yang nak minta balik lima jam lebih awal hari nie dia
kasi tapi alasannya mestilah munasabah.

Haaaa!!alasannya mestilah
pasal sembahyang/solat sahaja!

Tau-tau macam tu ader 4 orang pekerja bawahan
datang mintak balik awal..


Pekerja 1 : A’kum Boss, bulih saya pulang? Saya balik nak sembahyang
kat rumah boss, leh tak?

Boss : Tak boleh!!!Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi,
lagi banyak pahalanya..!


Pekerja 2 : Saya bulih balik awai kut Boss?
Bosss : Hang apa pasai?

Pekerja 2 : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang zohor ker
tak? Ntah-ntah dia ponteng?
Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!


Pekerja 3: A’kum Boss!
Boss: Ha? pasal pulak ni?Nak balik awal gak ker?
Pekerja 3 : Errrrr!!Yer boss, boss baik!!he..heee!

Boss: Alasan apa lak ngko nie?
Pekerja 3 : Saya nak balik sembahyang orang mati..Ada orang kampung
saya ninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah…!Boleh kut boss yer
pulang awal?
Boss : Tak bolehhh!!!Itu fardhu kifayah jer!Orang kampung lain yang
ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!!Dah!Pergi buat
kerja..



Pekerja 4: A’kum Boss! Saya nak balik awal boleh tak ari nie?
Boss : Kenapa pulak?
.
.
.
Pekerja 4 : Isteri saya telefon, dia kater dia dah boleh sembahyang!
Boss: Yer ker? Ha! Kalu gitu awak baliklah…Kesian awak dah
seminggu nunggu!!!

Pekerja 4 :Thanks Boss!!!Heee..hee :-P

HEHEHE..okbai.