Thursday, September 10, 2015

BREAKOUT - Cabaran Mental Secara Realiti

Zassss!!! Salam!

Laju naw..nak ke mana?
Hahaha...kejar dateline sayang...kali ni nak cerita lagi aktiviti hujung minggu kami minggu lepas.
Peram nanti takut lupa pulak kan...maklumlah dah makin dimamah usia...kah-kah-kah!


OKlah, last weekend, hari Ahad, gengsi Kelab Blogger Ben Ashaari telah menerima jemputan untuk relaks dan santai dari BREAKOUT Malaysia, di Cawangan Nu Sentral, Kuala Lumpur.


Apa itu BREAKOUT?
Breakout ini adalah salah satu hiburan atau game yang seriously menguji mental korang secara REALITI-SURREAL!
Apa yang menariknya, ia lebih kurang konsep korang main online atau virtual games yang bercorak penyiasatan, survival dan apocalypse-after life, tetapi secara realiti dan lebih dramatik! Yes..seriously!


Tambah menarik lagi di BREAKOUT Nu Sentral ni, terdapat 6+ jenis tema (themes) yang korang boleh pilih sendiri, ikut skala kemantulan korang...ahahaha! Dan masa yang diberikan adalah 45 minit untuk selesaikan puzzle, klu, tugasan-tugasan yang semuanya mind-blowing gila untuk korang lepaskan diri dari kawasan kurungan mengikut tema tersebut. Gempak kan?

Tema yang angker & mencabar minda!
Flow dia, selepas korang dah decide group atau team korang yang consist 2-8 players, korang akan diberi brief oleh "Game Master"/"Facilitator" yang akan menerangkan short story about theme yang korang dah pilih tu. Dia juga akan guide korang untuk berfikir berkenaan klu-klu yang ada...hmmm!

The Characters.
Setiap player ada karakter masing-masing dan akan di assign tugasan atau watak.
So, pandai-pandai lah decide ikut bakat dan kecenderungan korang...macam aku hari tu aku selamba pilih "The Oracle", watak aku lebih kurang macam lead juga, ada kuasa psikik, ramal perkara masa hadapan, kena tafsir imej-imej di lokasi/tempat kejadian yang aku dah lihat masa briefing tu...dan kena main otak sikit nak predict setiap klu! Fuhhh!!! Mendidih siot otak masa tu! Ahahaha!


Masa game ni berlangsung, mostly setiap bilik/kawasan game ni adalah samar-samar...ala-ala spooky sikit, so bersedialah korang nak lawan korang punya perasaan, ada distraction, angin, air, bisik-bisik....hehehe! Itu belum lagi korang tercabar dengan nak tolerate dengan other players dalam team korang untuk terus semangat selsaikan klu, puzzle dan lain-lain watak dan tugasan...serious mental beb!


Berjayakah kami?
Hahaha...for the first timer, overall bak kata "Game Master" kitorang, not bad lah, kami cuma terlewat 1-2 minit dari escape time sebab belum faham klu yang kena selesaikan.., tapi dapat pujian atas kecekapan mentafsir klu dan perkara-perkara merepek dalam dock tu...hehehe!
OKlah tu kan..first timer katanya! Kasi chance lah!


So far, my suggestion...RECOMMENDED! 
Rasa macam nak repeat lagi next time, dan cuba tema yang lain-lain.

Bagi aku, selain dari lepak ngeteh, lepak mall, lepak umah layan social media, baik korang betul-betul bersosial secara sihat macam ni...nak kata penat fizikal, tak berapa sangat, cuma lencun berpeluh jugaklah sebab kejar masa dan environment yang mencabar, sempit, tapi mental serious best gila lepas game ni! Rasa fresh dan bijak sikit je....kah-kah-kah!


Further details boleh recci kat website diorang http://www.breakout.com.my/nu/ ,
situ ada lebih banyak info, pasal rooms/themes, harga semua ada situ, atau;
Instagram diorang @BreakoutMy untuk update terkini! Yeah!


Style Workshop By Wawa Idris - Gila Tak Meriah!

Salam semua...salam satu merdekaaaa kaedahnya!

Haha!

Merdeka ke kita? *krik-krik-krik*

OKlah...kita usah pening dengan soalan tu, mari tuan puan dengar ini cerita...

Sabtu lepas, 5 September, bertempat di De Palma Hotel, Ampang, Kuala Lumpur,
Wow Virtue Training & Image Consultant, dengan kerjasama Kelab Blogger Ben Ashaari telah menganjurkan "Style Workshop" yang happening gila!


Dengan tema "Smart Santai", program yang dihadiri lebih kurang 30 orang gengsi gua yang macam-macam gaya, macam-macam fesyen ni hampir membinasakan dewan seminar tersebut...gila tak meriah?! Hahaha!

Apa yang buat lagi meriah ialah, program ini telah dikendalikan oleh Cik Puan Manis Wawa Idris yang memang selamba dan sempoi...tetapi---seriously sangat berpengalaman dalam penataan imej.

Siapa Wawa Idris ni? Tiba-tiba je kan....hihi...mari sini nak kasi kenal sikit.


Wawa Idris ni macam yang aku cakap tadi lah, beliau merupakan seorang perunding imej korporat dan selebriti yang bertauliah dan berpengalaman dalam mengendalikan kursus dan seminar berkenaan imej dan penjenamaan (personal branding).

Bak kata beliau, "Wow Attitude, Wow Attire = WAWA" gituuu..
Nak kenal lebih lanjut sila skodeng Instagram beliau, @wawaidris_imejpatik;
Facebook page : Wawa Idris; dan blog beliau wawaidris.imejpatik.com


Kenapa perlu branding?
Well, tujuan bengkel ini diadakan adalah sebagai melengkapkan 'branding' rakan-rakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari ini dengan ilmu dan kemahiran untuk tampil lebih presentable bila keluar hadir ke mana-mana event ke, tugasan luar ke....
Nanti tak ada lah alahai~~sememeh je muka, dressing out, tak ikut tema event atau tugasan...
No No No!
Iya lah kan, selain dari memperkukuhkan branding nama masing-masing, imej dan penampilan juga penting, bukan sebab nak feeling retis saja-saja pun, bak kata orang, semenggah sikit lah nak bawa pergi majlis...kan? Haahahaha!


Macam-macam aktiviti dan kemahiran yang kami dapat menuntut dalam bengkel ni dari pagi sampailah ke petang...sebenarnya macam tak cukup kot nak sedut habis semua ilmu Wawa ni...Ahahahaha! Antara aktiviti yang meriah gila ialah Ujian Personaliti & Gaya, Kod Etika Bergaya, Kenal Bentuk Tubuh, dan seterusnya Do & Dont's, dan yang paling best bila semua gigih Mix&Match pakaian masing-masing!


Nak share sikitlah apa yang aku ingat-ingat lupa dan aku conteng kat kertas hari tu kan.

1) Katanya, "First Impression is Your Last Impression."
Faham tak? Maksudnya, penampilan pertama korang pada sesuatu majlis, atau meet up dengan siapa-siapa buat pertama kali, selalunya akan sentiasa diingati sampai bila-bila. Seriously tak tipu kan? Contohnya, bila kali pertama berjumpa orang, apa yang korang mesti ingat? Gayanya, cara berpakaiannya, rambut senget ke tak senget, gigi ada cili ke tidak...kan? Jadi sampai bila-bila korang jumpa lain kali pun mesti akan recall imej yang first time korang nampak kan? Faham ke tidak ni? Ahahaha!


2) Korang kena ada pakej ni - ABC. Apakah itu? Sejenis pencuci mulut? Bukan.
A - Appearance (Keterampilan) - Cara korang menampilkan gaya masing-masing, helok ke tidak?
B - Behavior (Kelakuan) - Muka lawa tapi jalan terkengkang-kengkang pun tiada guna sayang.
C- Communication (Komunikasi) - Bagaimana korang berbahasa-basi dengan orang, gaya cakap, jangan nak ketum sangat 24 jam..ikut situasi.


3) SELFIE. Bukan jenis kegiatan memuncungkan bibir.
S - Stop Comparing Yourself - Tak payah nak jadi copycat sangat, bina imej sendiri.
E - External Perspective - Ni nak explain pun tak pandai sangat, agak-agak macam tanggapan luaran orang terhadap korang lah lebih kurang...ye ke? Hantam sajalah labu.
L - List Your Awesome Traits - Ini pulak macam korang kena tahu kelebihan korang. Kat mana lawa, kat mana nak kena sorok...gitu!
F - Focus On Achievement - Kejayaan yang macamana yang korang nak capai dengan imej korang.
I - Innerself - Dah cantik luar, dalam pun kena cantik juga.
E - Embrace Yourself - Bagaimana korang nak tonjolkan diri korang. Dengan yakin.


4) TOP. Bukan sejenis jenama sabun pencuci pakaian.
T - Time - Jam berapa majlis, tugasan korang tu. Pagi ke, Tengahari ke, Petang ke, Malam...semua waktu ada pakaian yang bersesuaian. Bukan main sauk je sehari suntuk. Hangit tahu?
O - Occasion - Majlis apa yang korang akan hadiri, PC simple ke, majlis pelancaran produk ke, ikut majlis lah.
P - Place - Tempat; kat mana majlis atau tugasan korang tu. Agak-agak lah kan, kena bijak jugak, kalau state majlis tepi kolam, tak payah lah belanja sangat pakai swimsuit kan...dah kenapa?

Haaa...itu baru 4, banyak lagi sebenarnya. Nanti tak cukup satu page pulak gua listed kat sini..
Ahahahaha...(Padahal ada yang aku lupa!) 


Tapi seriously best lah, terutama bila part 'Mix&Match' tu, geng lelaki versus geng perempuan pulak tu...memang macam nak runtuh dewan seminar tu...macam-macam fesyen keluar.

Yang pasti geng laki walaupun masing-masing bawa baju seluar sehelai dua, tapi nak kata bijak tak juga, tapi orang laki ni lebih senang nak mix & match walaupun kami tak banyak choice...pusing-pusing dah dapat macam-macam tema...ahahahaha!

Selain meriah dengan keselambaan Wawa Idris dan para bloggers, bengkel ini turut meriah jugak sebab ada macam-macam sponsor yang sporting untuk menaja perjalanan majlis dan juga hadiah-hadiah yang best gila! Antaranya ialah;


i) Jurufoto Rasmi & Live Update dari Uncle Kay Photoworks.

ii) Rakaman Video yang awesome oleh abam Kaio Creative Studio.

iii) Pakaian Cik Puan Wawa Idris dan Hadiah Cabutan Bertuah dari Butik Chemboja.

iv) Hamper & Cabutan Bertuah oleh Salees Food.
(Sedap weh Nasi Lemak Segera & BBQ Chicken Slice dia!)

v) Goodies Bag dari MBH MediSpa - Ada dapat pil gebu-gebu Perla White & kapsul anti-pemamah usia tua PerFal.

vi) Cabutan Bertuah - Sunglass dari Eyemaster Optometris Wan

vii) Hamper Best Dressed oleh Raja Jannah & Ratu Jannah dari Kapt Jai Marketing.

Apa? Ada Best Dressed? Siapa menang?  Jeng-jeng-jeng...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Nampak tak? Kah-kah-kah!!! Abang Raja Jannah okey, nama sekarang, Raja Jannajeeb Al-Buana. OKbai.