Friday, December 23, 2016

Peniaga Online Tak Ada Etika!

Salam, selamat pagi, salam Jumaat al-Barokah!
Barokah ke tak barokah uols?
Ada 'Assalamualaikum' tak semalam? Ahaha!



Peniaga online ni, aku cukup hormat.
Ramai kawan-kawan aku usahawan online.
Ramai sangat best friend aku yang berniaga online ni.

Mereka sangat rajin, dedicated dan kerja sangat keras.
Murah rezeki, semakin maju dan jenama pun makin viral, trending.

Serious respect. Sebab kita kenal dari dia berniaga kecil-kecil, sikit-sikit, terus boom!
Dan ada ramai juga jadi kawan selepas aku jadi customer mereka, atau bantu buat product review, paid campaign, etc.


Annoying sia!

Cuma, yang baru-baru mula nak berniaga online ni, sama ada betul keluar product jenama sendiri atau buat dropship, dan baru buat akaun-akaun media sosial, jangan perangai jelik sangat boleh tak?

---1. Ada musim segerombolan geng attack follow, like & komen c&p pada mana-mana posting kita, which is aku layankan je, support, follow semula, walaupun bukan main kita kena request pulak sebab akaun private, nak berniaga tapi private account. But, it's still okey. Jaga market, jaga harga katanya. Konon lah.

---2. Bila kita bantu atau sedang buat paid posting atau promosi product lain, ada yang c&p komen promo product mereka pula, iaitu jenama pesaing, ramai-ramai siap ada agen setiap kawasan sorang-sorang komen, which is sangat tak menghormati peniaga lain.

---3. Sama dengan point no.2, tapi ada tambahan memburukkan/merendahkan mempertikaikan product yang kita bantu review, paid job atau promosi, dan sempat tinggal link, contact, dan info product dia pula. Which is, perangai keji, phd, dan biadap!
 
---4. Jenis komen banyak-banyak, follow-to-follow, okey layankan je, kita follow dah, support like dan komen sikit, bagi posting naik balik, lepas dah batak follower, unfollow kita, kita pun tak batak nak follower, tak ada pasang unfollow apps, cuma yang kantoinya, selang dua tiga hari follow balik, dan komen random c&p yang sama. Kau dah kenapa syaiton? Kelakar ke rasa buat macam tu giler?!

 
---5. Berniaga, post product, nak tahu harga dan kos dan penghantaran, kena PM. Dah PM, seen, lepas dua tiga minggu, sebulan, baru reply. Alasan customer terlalu ramai. Kan kau dah pening sendiri, asal up kena PM, asal up kena PM. Tak bersedia mental & skill nak cover potential customer. Kita dah sempat singgah shopping mall, bazaar dan downtown dua kali beli barang tu, siap kawan kirim lagi sementara tunggu kau reply kak. Hye-hye bye-bye je lah.


---6. Paling membosankan. Modal sikit, tak mampu nak bayar paid campaign, just boleh bagi product untuk review. Ada yang bagi gambar resolusi zaman Nokia kamera 2mp, gambar brocher dalam selimut pun ada.

Okey, boleh saja, ikut keadaan lah, bantulah juga, esp sesama bangsa katanya. Dah selesai posting, orang tanya info detail, kita pass pada dia, tapi krik³ tak reply, barang customer tak dapat, customer marah kita juga, tanya tak reply, minta respond tak reply, barang bermasalah, lepas tangan. Kata busy, tapi update gambar sendiri selfie², gambar anak, gambar binatang, flora fauna, kat akaun sosial media untuk berniaga, lepas tu mengadu posting kita tempoh hati tak menjadi, tak viral, tak berjaya 'influence' customer, tak minat nak bayar kita next time.


Padahal, kau nak promo product sendiri pun menceceh je lebih, konon nak ikut trend copy writing teknik jual cerita masakini, tapi gambar pun malas nak snap lawa-lawa, selambak 10-20 items buat collage photogrid.


Wei keranda mayat..! Rezeki susah masuk sebab perangai kau lah pundek! Pemalas sangat, acah-acah usahawan saja. Orang jual perfume, gasak kau nak jual juga, minggu depan handbeg, minggu satu lagi jual krim kurus tinggi, customer baru nak tanya perfume, dah kata tak jual pulak. Kau skizo ke bipolar nak tukar-tukar ni



Perangai enam jahanam ni kalau kau tak buang, jangan harap kawan-kawan, sedara mara, nak tolong promote, support beli, blogger atau social media newbie² pun segan nak ambil job paid campaign, binatang pun tak sanggup nak layankan karenah kalau macam itu punya perangai.

Sekian! Haa..menangis? Pergi bucu katil sana!

*petir ganda²³

#journaljeeb

Tuesday, December 13, 2016

Jaga Kesihatan Dengan Jus Tomato

Salam.

Sejak-semenjak-dua menjak dah berusia ni, dah terasa sangat dah kot kena jaga dan concern dengan kesihatan sendiri, cumanya virus 'M' memang sangat menular dalam minda. Haha.


Disebabkan aku jenis yang memang langsung tidak gemar makan sayur-sayuran, terutamanya yang hijau, yang dimasak, dalam nasi, mee, atau apa sahaja masakan sayur yang dimasak, maka banyak juga khasiat sayur yang aku kurang. Membesar bagai johan dengan seafood, daging, lelemak, tenusu dan buah-buahan je. Agak tak seimbang juga lah, Rasa macam karnivor pun ada. Haha!


Jadi, beberapa bulan lepas, aku cuba start dengan konsisten cuba minum dan makan tomato. Actually aku memang rasa tomato ni buah, bukan sayur, so mind set memang boleh terima lah kan? Nasib baik merah. Haha tetiba!


Apa yang bagusnya amalkan tomato ni, selain kulit memang gebu-gebu?
"Fungsi jus tomato itu ialah ia mampu menurunkan kadar kolestrol dalam badan anda. Ini kerana tomato mengandungi niacin yang mampu menstabilkan kolestrol. Ia juga kaya dengan serat yang sekaligus menurunkan kadar kolestrol jahat dalam darah. Paling menarik, jika anda amalkan pengambilan jus tomato, ia mampu menurunkan berat badan! Ini kerana jus tomato rendah kalori dan mampu menyingkirkan toksin dari dalam badan."
Bab turun kolesterol tu Alhamdulillah, so far aku so good, belum lagi terlebih atau terkurang parasnya. Cuma bab menurunkan berat badan tu tak berapa perasan sangat, cuma bila kita dah biasa konsisten dalam seminggu tu ada buat jus tomato aku makan secara raw buah tomato ni, aku rasa macam lebih selesa, ringan, tak sebu, perut lebih selesa, lawas dan sebagainya. Kira berjaya lah jugak, kan? Serious beb.

Lagipun, untuk info, makanan buah yang berwarna merah memang baik untuk darah, saluran darah, semua tempat yang ada darah dan saraf. It's a fact. Bila darah okey, kulit dan mata pun Alhamdulillah lebih nampak segar dan elok.


Selain makan macam makan epal, banyak je resepi jus tomato yang korang boleh Google, senang sangat. Cara aku simple je, kau blend je semua benda ni sekali, tak payah tapis, teguk je dengan serat/fibre tu semua.
1 gelas air kosong / air mineral satu botol.
2 biji tomato - tomato aku suka yang keras, firm sikit, so ada tekstur.
1/2 biji lobak merah - (optional, ikut suka korang lah, aku suka letak, esp lobak merah yang comel tu)
1/2 biji epal hijau - (yang ini pun ikut korang lah)
Garam hujung sudu besar (bukit ke laut ke, mana yang ada lah, sama je)
Madu dua sudu
Aku campur jus pati delima pekat satu sudu (aku pakai yang jenama Gulsan tu)
*Ada yang suka letak seleri, tapi kalau aku memang taklah kot, seleri kan sayur. Haha!

Cubalah, konsisten, buat malam esok pagi minum terus segelas/sebotol. Mesti berak pun lega tersenyum je. Haha.

#dapurbujang
#JournalJeeb

Foto dari Google.

Kawah Api Biru Gunung Ijen, Jawa Timur Indonesia

Salam.

Beberapa hari lepas aku ada tonton 'The Amazing Race Asia Season 5' dan salah satu lokasi cabarannya ialah di Gunung Ijen, Jawa Timur, Indonesia.


Pergh! Memang cantik sangat-sangat tempat ni. Untung-untung ada rezeki nanti boleh plan ke sini.


Lokasi ini memang amat popular dengan gunung berapi yang aktif dan menyimpan pesona keindahan alam yang mampu membuat sesiapa pun yang datang akan terpukau. Serious lawa beb!


Antara bahagian paling menarik di sini ialah kawahnya yang terhasil akibat letusan gunung berapi. Walaupun dikategorikan sebagai gunung berapi aktif dan sebagaimana yang kita tahu, Indonesia yang masih mempunyai beberapa gunung yang masih aktif di Lingkaran Api Pasifik, namun Gunung Ijen memang selamat untuk dilawati dan masih diwartakan sebagai pusat wisata, atau perlancongan.


Fenomena sinar matahari pagi yang menyinari kawah akan dipantulkan sehingga membentuk warna 'Blue Sapphire' berkilauan dari permukaannya, dan mencetuskan permandangan 'Blue Fire' iaitu keadaan kawah yang seolah-olah bergelora dan berwarna kebiruan.


Cuaca yang sejuk dengan suhu 10 darjah celsius akan menambahkan lagi keasyikan di atas sana serta dapat ditemui juga tumbuhan-tumbuhan dan bunga cantik seperti Bunga Edelweis.


Walaupun bau sulfur / belerang memang confirm kuat gila, dan menyengat, tetapi bagi penggemar fotografi landskap macam aku memang tak kisah sangat lah kot. Kat sini juga masih lagi aktif dengan aktiviti perlombongan sulfur dikalangan penduduk tempatan.


Untuk menuju ke Gunung Ijen atau lebih dikenali dengan nama Kawah Ijen, ada dua jalan utama iaitu dari arah Bondowoso-Wonosari dan Banyuwangi-Licin dan digalakkan menaiki jip atau pacuan empat roda yang boleh disewa di situ untuk memastikan perjalanan ke sana berjalan lancar.

Harap-harap nanti ada peluang untuk ke sana!

#masukwanderlist
#journaljeeb

SUMBER : Facebook Destinasi Bajet 

Wednesday, November 16, 2016

[ISU SEMASA] Kenaikan Kadar Caj Rawatan Hospital Kerajaan 2016

Salam,

"Caj Hospital Kerajaan Naik 50 Peratus!"
 

Itu adalah antara tajuk berita yang panas dari laman pojok dan akhbar tabloid semasa yang membuatkan ramai rakyat Malaysia, khususnya netizen meroyan-royan meratap pilu dan marah-marah sejak hujung minggu lepas. Haha!

Relaks. Aku faham. Siapa tak marah dan terasa kan? Sebagai rakyat marhaen macam korang semua, sedikit sebanyak confirm panas gila kan dengan isu ni. Kira macam berturut-turut, setiap bulan ada saja isu kenaikan kos kehidupan, ini pula kos yang paling penting iaitu kos perubatan dan kesihatan kita, kan?

Tapi, rasanya ramai yang masih keliru dan perlu faham betul-betul kadar kenaikan yang dimaksudkan itu, so aku nak share penjelasan dan rasional kenaikan caj rawatan perubatan tersebut. Kena fair-and-square lah kan? Kalau semua benda kita nak hentam, siapa yang betul, kan?


"Saya tertarik untuk memberi sedikit pandangan mengenai isu pengemaskinian cas rawatan hospital di KKM, dan kami dapat lihat pelbagai reaksi dari isu tersebut. Sebelum itu, mari kita berlapang fikiran dan fahami semula mengenai isu ini. Jelas diterangkan bahawa perubahan caj adalah pada kelas 1 dan 2. Kelas 3 tetap tidak berubah. Ini perlu difahami dulu. Dan pesakit yang menggunakan fasiliti ini hanyalah sebanyak 1.6%, selebihnya menggunakan fasiliti kelas 3.
Memang benar, jika kita bercakap mengenai kenaikan, tak ada siapa yang akan suka. Orang memanglah marah, kenapa semuanya kena naik, tapi sebenarnya tak semua pesakit akan merasa kenaikan ini. Mereka yang menggunakan fasiliti kelas 3, golongan OKU, penerima bantuan kewangan, pelajar sekolah, penderma darah dan penderma organ semuanya akan diberikan pengecualian."

Menurut Dr Khairul Hafidz Alkhair bin Khairul Amin, salah seorang pegawai dari Kementerian Kesihatan Malaysia ini juga, sebenarnya rakyat Malaysia sangat beruntung, dari sudut kesihatan kerajaan dah bantu banyak.

"Saya belajar di Indonesia, dan saya rasa sendiri bagaimana sistem kesihatan di sana. Mereka tidak ada sistem bersubsidi seperti di Malaysia. Nak masuk ke emergency kena bayar deposit Rp200,000-500,000 (rm100-200), dah bayar baru boleh masuk, tak bayar ada hospital kerajaan tak benarkan pun masuk. Di sini, bayaran tolak tepi, nyawa kami utamakan dulu."

Setiap ubat-ubatan mereka perlu bayar sendiri. Doktor akan berikan perskripsi ubat dalam wad dan mereka akan bawa perskripsi ubat tu ke farmasi dan beli ubat-ubatan tu, baru ubat diberikan di dalam wad. Sampai IV drip Normal Saline tu pun mereka kena beli dulu, baru akan diberikan kepada pesakit. Di sini, ubat-ubatan adalah PERCUMA atau bayarannya adalah minimal.

Untuk setiap pemeriksaan darah mereka kena bayar. Di Malaysia, kalau kita nak ambil apa-apa darah, ambil sahaja. Di sana, nak ambil Full Blood Cont (FBC) pun mereka akan tanya pesakit, kadang-kadang hanya ambil bacaan Hb sahaja, atau Platelet sahaja, sebab pesakit tak mampu bayar, bayangkan macam mana nak melihat keadaan pesakit denggi dari hari ke hari dengan parameter yang terhad begitu.
"Setiap kali nak xray kena bayar, apa lagi buat ultrasound dan MRI. Orang kita, akan diberikan percuma atau dikenakan bayaran minimal, cuma perlu menunggu sedikit lama untuk giliran mereka."
Bukan nak buat perbandingan, tetapi inilah perkara yang betul dan tak perlu kita nak pertikaikan lagi. Lihat saja kos-kos caj rawatan perubatan swasta, ada yang tak berapa munasabah pun kan? Tapi semua mampu ke? Selain jika ada insurans dan medical card, ramai ke dari kalangan kita sendiri yang betul-betul ada simpanan untuk rawatan berpuluh-ratus ribu itu? Aku sendiri pun belum mampu. Dan sebab itu aku pun cuba faham juga isu ni.
"Akan ada orang tanya, kenapa Indonesia? Bandinglah negara lain yang lebih maju, semua free! Betul, memang lah percuma, tapi janganlah ambil dari satu sudut sahaja, kena lihat sistem negara mereka secara keseluruhan juga, sistem percukaian dan sebagainya."

Dan mulai bulan ini, kerajaan terpaksa menaikkan caj rawatan, tapi bukan semua yang terasa, hanya kepada GOLONGAN YANG MAMPU sahaja (kelas 1 & 2), yang lain kekal dibantu.

Yang ini kita kena sama-sama faham, dan sepatutnya beruntung kalau kita hanya dapat masuk KELAS 3, yang orang kata tak selesa, terlalu ramai orang, sesak, serabut, rasa miskin...habis dah memang kita rakyat-rakyat sahaja kan?

Tahu tak, KELAS 3 ini, pemantauan dan penjagaan dari para perawat adalah lebih diutamakan di semua klinik dan hospital kerajaan, di samping berhampiran unit-unit kritikal yang lain? Because, they did care. Sebab, Kelas 1 dan 2, adalah sebetulnya untuk pesakit yang berkelayakan dan sudah stabil sahaja, yang mahukan lebih privasi dan mampu untuk bayar tambahan caj rawatan. Aku faham benda ini, sebab aku pun beberapa kali juga keluar-masuk hospital.

Ubat-ubatan yang kita dapat tu, memang seriously yang paling mahal-mahal dan berkualiti, ada kita kisah tak? Ada yang datang sebab nak minta MC sahaja, ubat-ubatnya ke mana?
 

Soal lambat, sesak, masa temujanji yang terlalu lama, kita kena faham dan bertolak ansur sedikitlah, jika betul-betul memang memerlukan rawatan yang segera, aku pasti pihak hospital tak akan sengaja melengah-lengahkan urusan dan rawatan kepada sesiapa sahaja kan? Mereka pun sangat tertekan bila sesak, kekurangan fasiliti. Yang tidak kritikal dan masih ada waktunya, (walaupun orang kata sakit dan mati kita tak tahu waktunya), kita pun kena banyak bersabar, dan kalau ada rezeki lebih, ikhtiar jalan lain, cara lain, tempat lain dan juga hospital swasta yang berbayar mengikut kehendak kita kan.

Aku cuba untuk berlapang dada, faham dan tidak selfish dalam isu ini, sebab aku pun duduk dalam line perkhidmatan awam, dan tahu akan segala isu yang berkaitan kenaikan caj seperti ini.

It is not just about our sucks politics' systems atau yang sebab orang tidak suka siapa-siapa ataupun apa-apa, it is about our benefits dan their rights (pihak terlibat). Dan yang aku perhatikan, yang beriya-iya marah-marah mengutuk-ngutuk staff kesihatan ini, mereka yang terlebih mampu, ada panel clinic, ada bisnes, insurans mahal-mahal, mereka yang lebih-lebih provoke kawan-kawan yang belum faham. Dah kenapa?

"Yes, this is not a popular decision, but it is the right thing to do..."

Sekian. Perghhh...panjang bebel. Kbai.

#journaljeeb

Monday, October 31, 2016

Pengalaman Pembedahan Gigi Geraham Bongsu

Salam, 

Pagi-pagi ni bila check inbox, ramai juga yang tanya pengalaman masa aku kena operate gigi geraham dulu tu. Rasanya dulu dah ada buat entry tu, tapi tak tahu macamana boleh hilang.
It's okey, kali ni aku ceritakan balik secara ringkas kronologi daripada check-up sampailah gusi kau berjahit atas bawah. Haha. Ngilu kan? Ala, tapi tak reti nak ringkas sangat. Sebab aku suka menceceh. Haha.

Klinik Pergigian Izra, Presint 8 Putrajaya.

1. Okey, straight to the point. Mula-mula check up di Klinik Pergigian Izra, di Presint 8, Putrajaya bukan atas sebab nak cabut gigi terus, tapi sebab nak check up gigi aku yang 'crowding' atau berlapis-lapis yang sangat teruk sampai ngilu rasa bila gigi-gigi dah start berlaga atas bawah, rasa dia bergerak-gerak kalau nak tidur. Asalnya nak minta consultation untuk pasang braces, perlu atau tidak kan. Lepas dah check-up, dentist terus bagitahu, ada beberapa batang gigi geraham bongsu yang masih tak keluar, tak boleh keluar, dan stuck dalam gusi, ada yang separuh, ada yang senget dan terbenam. Itu punca gigi aku berterabur, senget-senget sebab tak ada space nak bergerak. Puncanya? Ada beberapa batang gigi susu yang dah kekal keras, dan aku hanya pernah patah gigi sebatang sahaja daripada zaman sekolah! Serious ni. Haha! Mungkin sebab habit aku memang tak suka makan benda manis-manis atau memang jaga elok kot? Konon lah. Tapi dia cakap gitu lah.

Crowded teeth, gigi berlapis.

2. So, dentist di Klinik Pergigian Izra ni bagus juga, dia sarankan remove dulu wisdom teeth ni, lepas itu baru consult semula untuk pasang braces jika perlu. Dan terus dia buat referral letter ke Klinik Pergigian Kerajaan, di Klinik Kesihatan Presint 9. Bayar RM5 sahaja dia kata sebab tiada treatment. Sebab kalau nak remove di klinik swasta ni mahal, sebatang around RM150-200 depends pada procedures. Memandangkan kita ni nan-hado, minta referral letter sahaja lah. Haha.

Molar-molar cinta.

3. Bila dah dapat referral letter, hari yang sama aku terus walk-in di Klinik Pergigian Presint 9, which is sebenarnya aku dah biasa ke sini sebab memang rutin akan buat scaling dalam 3-4 bulan sekali. Jadi dah kenal lah dentist kat sini. Bila aku bagi referral letter dari Klinik Izra, terus dentist suruh buat x-ray. Haha. Start masa ni aku dah nervous dah. Macam serious je. 

Kohaja ye kau sengih!
Rupanya hasil daripada x-ray tu, memang dentist baru perasan ada wisdom teeth yang senget tak boleh timbul dalam gusi. Ada beberapa lagi yang separuh keluar dan ganggu gigi sedia ada, dan tak boleh kunyah dengan betul. Huh? Aku rasa elok je aku kokak ayam, daging, pizza, burger sebelum tu. Haha! Jadi kesimpulannya, ada total 5 batang aku kena remove, bukan cabut biasa, tapi kena melalui pembedahan, which is terus refer ke Pakar Bedah Mulut, Hospital Putrajaya. Haih! Masa ni rasa macam menyesal pun ada bila rajin sangat pergi check up. Haha!

Contoh X-ray gigi geraham yang tidak mahu timbul.
4. Satu hari, ada dua referral letter, makanya referral letter yang kedua, straight terus ke Pakar Bedah Mulut, Hospital Putrajaya. Menyesal, tapi risau. Itu saja yang aku ingat sepanjang hari tu. Haha.
Bila dah sampai turn aku check up, kena x-ray lagi sekali, kali ni macam kagum jugaklah, mesin x-ray dia canggih sangat uols! Berputar 360 darjah atas bawah lagi, macam filem science fiction! Haha! Selepas di x-ray, jumpa doktor pakar bedah, dia terus tanya, sakit sangat atau tidak? Aku jawab kadang sakit, kadang okey. Terus dapat appointment bedah 2 bulan lagi kau! Nampak macam lama, tapi kalau kes tak berapa sakit, acah-acah dia sakit sikit ngilu-ngilu, kira cepat jugalah tarikh appoinment tu. Dan, lagi satu dilema, doktor tanya, nak buat sebatang-sebatang atau sekaligus? Masalahnya 5 batang kot, kalau sebatang-sebatang tahun bila nak habis, kan? 

"Kadang sakit, kadang ngilu, kadang geli-geli saja." - kataku pada doktor.

5. Tujuan doktor tanya sebatang atau lima batang sekaligus, sebab ada risikonya. Ini yang aku tak berapa gemar ni. Macam serious je. Tapi memang serious pun. Sebabnya, kalau sebatang, hanya local anesthetic atau bius biasa sahaja. Masih sedar dan boleh balik hari yang sama selepas pembedahan. Tapi sebab aku pilih sekaligus, risikonya aku terpaksa ambil full anesthetic, iaitu, bius satu badan, tak sedar, kira major operate lah. Masa ni, aku rasa macam nak give up dah. Serious sangat ke? Erghh! Akhirnya aku terus je selamba, "Doc, just give me that damn full anest thingy doc!" Haha. Konon cool lah!

Klinik Pakar Bedah Mulut Kepohchi macam saya. Haha!
6. To make it short, sehari sebelum pembedahan aku dah kena stay di wad, Wad Pembedahan 3A Hospital Putrajaya, orang masuk wad semua muka sugul, risau, aku siap berlenggang lagi tersengih-sengih, siap bawa baju tidur sendiri, bawa ipad, bawa buah-buahan sendiri lagi! Hahaha! Perangai sangat! Selepas register, baru pucat muka sebab aku sorang je dalam bilik hujung tu, tak ada patient lain. Nurse siap cakap, jangan bising sangat, bawah ni Unit Forensik. Pfftt! Nak tunggu member aku Dr.Shawn, dia belum masuk kerja lagi. Membosan lah sekejap. Masalahnya, aku lupa, aku dah kena start puasa selepas waktu Maghrib tu, maka tengahari tu aku dah call si Yanty dan Kak Sue Izza ajak pergi makan. Oh! Damn aku terlupa aku dah terpakai gelang hospital tu, mana boleh keluar. Konon nak jingkit senyap-senyap, sekali kena sergah dengan kakak nurse, haha! Bagi alasan nak pergi beli roti kat bawah. Sampai bawah terus cabut masuk kereta, pergi makan nasi lemak ayam kat foodcourt luar, dengan gelang hospital tu, dah macam orang gila terlepas dari Tanjung Rambutan pun ada!

Hai Si Bogel...1...2...3...noda dia!

7. Hari Pembedahan, jam 7.00 pagi sharp, kena pakai apron bedah yang sarung depan tu, yang nampak bontot tu! Hahahaha! Ambil masa dekat 15 minit juga aku termenung tengok apron tu, sampai nurse dah pekik, "Bogel cepat!" "No underware!" "No boxer ke apa!"...rasanya ternoda sangat aku kena bogel macam tu. Sedih wak! Nak cabut gigi je pun sampai kena bogel-bogel bagai! Hahaha! Sebabnya, aku bakal full anesthetic, bius seluruh badan, memang tak boleh pakai apa-apa untuk blood circulation katanya. Naik stretcher, kepit-kepit aku nak manjat atas stretcher tu...bontot jadi tontonan. Mak, maafkan cheq mak, cheq terpaksa! Masuk bilik pembedahan, dia terus cucuk-cucuk, pasang wayar kat dada, tekup gas apa benda tu, terus 1,2,3...hanyut.

Prosedur pembedahan korang boleh tengok video macam yang di bawah ni. Lebih kurang sama lah, semua jenis extraction aku kena buat. Sebab lokasi dan keadaan gigi geraham yang berbeza-beza.




Awrrr!
8. Aku sedar dari pembedahan dah ada dalam wad, ya ampun, sejuknya yang amat! Tengah mamai-mamai lagi tu, aku tengok jam dah pukul 2.00 petang, tiba-tiba ada macam lembaga tengah sengih-sengih tepi katil, kelip-kelip mata, tengok dak Shawn mengekek tahan gelak, aku nak tanya kenapa, tapi tak boleh buka mulut, rasa macam kena gam, dia terus tanya mana baju seluar aku? Baru ingat aku masih bogel, tutup selimut nipis je tu. OMG! Terus aku bagi bahasa isyarat kat Shawn suruh ambilkan baju seluar dalam kabinet tepi tu. Siap tolong pakaikan lagi, maklumlah i is kan baru lepas dibedah, insan yang lemah..Rahsia kita ye Shawn! Kikiki! Lepas tu 30 minit je Shawn lepak situ, dia on-call, lepas tu dia kata, bosan tak boleh nak borak, aku tak boleh bercakap. LOL! Baru aku perasan, dalam mulut aku ada gauze, tukar 4-5 kali juga dalam satu jam sebab penuh darah. Raba-raba dengan lidah, kiri-kanan, atas bawah berjahit! Bengkak je rasa kebas satu muka. Sambung tidur.

Contoh macam inilah berjahit gusi yang kena potong.
Ngeri kan? Terasa lagi sampai sekarang!
9. Jam 5.00 petang, nurse kejut, kena makan. Tapi dia bagi makan aiskrim vanilla satu mangkuk besar untuk surutkan bengkak tu. Dengan bubur sejuk, betul-betul sejuk macam ais bubur tu. Katanya, tak boleh makan minum barang panas dalam masa 2-3 minggu sehingga buka jahitan. Aduh! Kurusnya rasa! tapi sedap, makan aiskrim je keja aku sampai malam tu. Kena tidur di wad lagi satu malam. Takut masih bleeding, dan kena cucuk masuk air lagi sebab aku masih ting-tong. Haha!


10. Esoknya, tengahari, check-out (macam hotel kan?), Yanty ambil aku, dengan berboxer dengan baju tidur je aku keluar hospital tu, sebab tak sempat nak tukar-tukar baju. Ciss!
 
Aiskrim Vanilla jenama Magnolia.
11. Dan, selama 3-4 minggu, aku berpantang, makan aiskrim vanilla, aku makan yang jenama Magnolia, sebab tekstur dia halus gila, sedap sangat, tak sakit tekak, mahal sikitlah Magnolia mangkuk besar tu. Selepas tiga minggu buka jahitan, dan dia letak macam gam pada gusi. Minggu keempat bengkak dah mula surut, dan dah boleh kunyah-kunyah nasi. Fully recover dalam masa 5-6 minggu jugalah sampai hilang rasa ngilu. Rasa bogel je dekat kawasan yang potong tu. Tapi sekarang gigi dah anjak ke belakang sikit sebab dah ada space, dan aku tak pasang braces pun, since last check up, dentist kata dah tak perlu sebab dah balance kacip gigi atas bawah. Yeah!

Fuhh. Tamat.

P/S : Gambar semua aku rujuk semula dari Google, lebih kurang macam itulah.

#journaljeeb

Monday, October 24, 2016

Khasiat Dan Kebaikan Susu Kurma

Salam,

Dah macam blog kakak-kakak sangat berkongsi khasiat makanan kan? Haha.


Actually, this lately aku ada satu menu kegemaran baru. Sebenarnya tak berapa baru sangat, kalau bulan Ramadhan selalu je buat --- SUSU KURMA atau Kurma Susu...ehh! Sama je lah.

Selalunya susu dan kurma ni memang 'menu malas' aku kalau bulan puasa. Haha. Kenapa malas? Sebab senang sangat nak buat. Dan serious kenyang sangat-sangat! Kalau malas keluar makan malam, belasah je susu dengan kurma, tambah oat atau Nestume sikit.

*Kurma + Susu + Ais + Oat (optional) + gula (optional), rendam semalaman, dan kisar waktu pagi atau bila nak minum ala-ala milkshake ke, ice blended ke..ikut suka anda.
Susu Kurma SegarFarm Fresh - RM8.50 --- beli di office, macam mahal je.

Sekarang ni pula dah ada eh orang menjual Susu Kurma Segar yang dah siap campur.
Senang hidup kan? Ada yang susu lembu, ada yang susu kambing, susu ibu je belum ada lagi. Haha!
Puncanya aku rajin buat entri ni, tadi aku singgah cafe di office, tengok ada lagi stok Susu Kurma Segar Farm Fresh yang tersohor tempoh hari. Ala, masa bulan-bulan puasa lepas, hai-lah kakak-makcik bawang gigih sangat kan menjual dan mempromote susu kurma ni. Siap ada delivery lagi. Lepas bulan puasa lesap semua agen, delivery semua krik-krik-krik. Lepas tu ada seorang staff tanya, minum susu kurma nak kulit cantik ke? Eh..motips? Abang dah memang cantik ye! Haha!

Siapa ada buat jual-jual boleh tinggal contacts dan kawasan menjaja di ruangan komen ye.

Rupanya, selain mengenyangkan, bagi tenaga dan sedap, rupanya banyak lagi KHASIAT DAN KEBAIKAN SUSU KURMA ni.
  • Dapat mengatasi insomnia atau susah tidur.
  • Mengobati lemah otot, pegal-pegal serta lesu.
  • Mengatasi batuk secara alami.
  • Menghilangkan gatal-gatal di dalam kerongkongan.
  • Mengurangi pengeluaran sel darah putih.
  • Mengatasi sakit usus besar.
  • Menambah nafsu makan seseorang.
  • Mampu mencerdaskan otak dengan memperkuat daya ingat.
  • Menambah tenaga seksual orang dewasa.
  • Mempercepat pertumbuhan anak.
  • Melancarkan peredaran darah didalam tubuh.
  • Membantu mengurangi pendarahan saat ibu melahirkan.
  • Membantu mengurangkan alahan kulit dan bagus untuk kesihatan dan kesegaran kulit. 

Patutlah dia kata nak cantikkan kulit kan?
Tenaga dan kesuburan ehem-ehem pun boleh. Hehe!
Susu yang aku beli jenama Farm Fresh ni memang sedap kot. Tapi kena alert dengan expired date dia, sebab Farm Fresh ni memang susu segar betul-betul segar, tak ada pengawet rasanya, memang kena habiskan cepat, cuma kalau nak beli banyak tu kena minum cepat-cepatlah. Aku ni beli asal rasa nak minum baru beli, tak reti nak borong simpan stok banyak-banyak.

Oklah. Itu saja nak share.

Sumber gambar sendiri dan aku Google, lupa amik kat site siapa tadi. Hehe. Kbai.

#JournalJeeb

Thursday, October 20, 2016

[Edisi Stalker] Chai Wala Pakistan Arshad Khan Jadi Sensasi Internet

Salam,

Haha. Motif sangat buat Edisi Stalker kan?
Tak ada apa-apa, saja nak share cerita hot semalam hasil risikan geng-geng forum yang tengah sibuk menceceh pasal si "chai wala" ni. Chai wala ni bermaksud 'pembuat/penjual teh'. Lebih kurang mamak teh tarik lah kalau kat Malaysia ni, cuma kedai tu family dia punya.

"Hot Tea" Arshad Khan - Chai Wala Pakistani --- Hot ke tidak?
Dan semalam, chai wala yang bernama Arshad Khan, baru berusia 25 tahun dari Islamabad, Pakistan ini menjadi internet sensation apabila seorang jurufoto, Jiah Ali memuatnaik gambar Arshad di laman Instagram beliau pada 14 Oktober lepas. Keunikan mata Arshad yang berwarna biru laut telah menambat hati gadis-gadis, makcik-makcik bawang, dan juga hadek-hadek seantero dunia apabila ramai gila yang share dan jadi trending di laman Twitter dan Ebuzz. Gitu!


Gambar Arshad Khan dengan caption "Hot-Tea" itu jadi fenomena dan viral di dunia internet semalaman dan esoknya terus dia dapat kontrak modelling dengan laman shopping online tempatan di sana [fittin.pk] dan dijemput ke rancangan televisyen dan majlis-majlis gala. Amboi! Kemain sangat kan orang di sana pun boleh tahan stok-stok viral ni. Masalahnya si Arshad Khan ni siap bagitahu dia tak faham apa yang sedang berlaku. Kau dah kenapa boy? Kesian dia mesti kena stalk, kena puja macam Mawi World dulu. Haha!

Fashion-wala terus kau Arshad. Awkward lagi ni pose pose!
Pergh...rezeki kan? Siapa tahu esok lusa ada pula abang mamak atau abang peniaga burger yang kendo-kendo jadi model atau selebriti berkat viral kan? Sedangkan anak dara yang jual nasi lemak pun boleh laris, apa lagi yang memang rezeki berwajah model-type kan?


Zasss!

Tak ada orang nak hire aku jadi model ke wey? --- Model Bilik Fail! Bhahaha! Kbai.

#JournalJeeb

Wednesday, October 19, 2016

Tak Sabar Ke Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016

Salam,


Bertuah rasa menetap dan bertugas dalam kawasan WP Putrajaya ni, tiap-tiap minggu ada sahaja program atau acara mega di sini atau di kawasan berdekatan Lembah Klang ni.


Yang terbaru ni mesti confirm punya aku akan singgah, Pesta Lelong Buku! Yeay!
Aku dan buku memang tak boleh lari jauh punya, habit yang memang gila-gila punya, tapi paling kelakar sebab habit MEMBELI lebih daripada peratusan nak MEMBACA tu! Hahaha!

Bukan sengaja pun, cuma kadang-kadang masa tak berapa nak mengizinkan (alasan), tapi oklah, at least aku cuba letak target seminggu mesti habis satu buku kan? Hihi!

Gigih Abang Bertanjak ni promote kan? #Respek!

Apa benda Pesta Lelong Buku di Putrajaya ni?
Haa...Pesta Lelong Buku Putrajaya bagi tahun 2016 yang akan berlangsung pada 21 sehingga 30 Oktober 2016 ini, bertempat di Dewan Cempaka Sari, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3, (di hadapan Dataran Maybank - Palace of Justice), di mana pesta ini merupakan lelongan buku-buku berbahasa Melayu yang terbesar di Malaysia!

Dengan kekuatan 100 buah gerai pameran dengan penyertaan lebih 50 buah penerbit terkenal tanah air seperti PTS Publications & Distributions, Dewan Bahasa Dan Pustaka, ITBM, Telaga Biru, Must Read Sdn.Bhd, JAKIM, dan ramai lagi. Lebih 50,000 judul tajuk buku pelbagai genre akan dibawa oleh kesemua pempamer Pesta Lelong Buku Putrajaya dengan harga-harga yang murah dan diskaun sehingga 80%.Pameran akan dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari dan masuk adalah PERCUMA! PERCUMA - MA - MA - MA- Meriah beb!


Tak Ada Alasan Lagi Dah!
Matlamat utama Pesta Lelong Buku ini dianjurkan adalah memberi ruang dan peluang kepada para pembeli serta pelbagai pihak untuk mendapatkan pelbagai buku yang terbaharu dan berkualiti walaupun dalam kekurangan budget kesan daripada masalah ekonomi yang melanda pelbagai pihak. Ini adalah antara inisiatif yang dilakukan oleh pihak jawatankuasa penganjur iaitu Sinergi Ilmu Resources Sdn.Bhd dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya bagi mengajak serta memupuk minat membaca di kalangan masyarakat di seluruh Malaysia. Bagus kan?

So, selalunya kita (AKU) akan berkira-kira untuk membeli bahan bacaan, memang cerewet tak suka membazir beli bahan bacaan yang 'sedikit muka surat', tapi yang tebal-tebal selalunya mahal-mahal kan? Jadi dengan adanya program Pesta Lelong Buku Putrajaya ni nanti, bolehlah BERJIMAT BANYAK sangat kan? 

Ada Pertandingan Mewarna, Bercerita dan Selfieee! | Jangan Lupa Hashtag #PestaLelongBuku tau!
Acara Lain Pun Ada!
Acara lain selain jualan buku pun turut diadakan di sana nanti seperti busking , ceramah , diskusi buku , pertandingan selfie , pertandingan mewarna dan juga sessi bersama artis terkenal seperti kumpulan Nasyid Rabbani, Heliza Helmi dan beberapa lagi selebriti akan turut datang untuk beri sokongan. Memang meriah nanti!

So, apa lagi? Bulan ini gaji awal sikit sempena persiapan perayaan Deepavali minggu depan kan? Jom spend sedikit rezeki untuk bahan-bahan bacaan yang berbaloi-baloi hujung minggu nanti!

Nanti jangan lupa selfie di sana tau! Gunakan hashtag #PestaLelongBuku dan tag sekali penganjur @pestalelongbuku @sinergiilmu , mana tahu boleh menang hadiah atau mereka repost kan!

Untuk sebarang info lanjut boleh hubungi penganjur di +6019 - 325 8285 atau +6019 - 325 8289

#JournalJeeb