Monday, January 4, 2016

Curio Green Paradise - Punca Obses Dengan Kuku!

Salam,

Dua tiga hari kebelakangan ni aku ada habit yang agak annoying aku rasa --- 24 jam belek kuku sendiri! Nak makan guna sudu, nak basuh-basuh pun malas...jari melentik-lentik!
Hahaha!


Rabu lepas, sementara mengisi waktu lunch hour aku dengan Abg Ben, Kak Sue Izza, Yanty Lee, dan Kak Fiza Fantagiro singgah di Bangi Sentral dan terus ke Curio by Green Paradise Bangi (Main adalah bermula di Ampang Point) untuk sesi memanjakan diri...hahaha! Kira end of the year hang out lah...selepas sepanjang tahun masing-masing bekerja keras untuk menyara kehidupan buat #2kerja #3kerja kan!

Kalau mana kawan-kawan yang rapat dengan aku mesti kenal aku ni memang agak cerewet sikit, bukan nak kata freak, tapi memang aku walapun 'non-hado' sangat, tapi aku jenis suka benda-benda yang kemas, bersih dan simple...serabut-serabut memang boleh buat mood down terus..haha!

So, bila geng kata nak pergi manicure, pedicure & spa, jam itu juga aku speeding keluar sekejap dengan diorang menuju ke sini dengan target --- nak buat manicure! Atau dalam bahasa pasarnya pergi buat kuku cantik-cantik! Haaa---


Selepas beramah mesra dengan pemilik spa tersebut iaitu En. Zul Marican dan isterinya Pn. Haskina Wan Kassim berkenaan Curio Green Paradise ni, baru kami dapat tahu yang perkhidmatan yang ditawarkan di sini bukan hanya sekadar manicure, pedicure, atau macam spa urut-urut -no-no-no!


Tetapi di Curio Green Paradise lebih memfokuskan kepada terapi penjagaan kesihatan tapak kaki, yang mana itu yang sebenarnya akan mempengaruhi dan ada effect pada kesihatan kita sendiri. Nak sebut bahasa omputeh tak berapa nak pandai, lebih kurang orang cakap macam foot health therapy lah --- tapi fokus kepada kesihatan dan penjagaan kebersihan tapak kaki. Haa--macam itulah!


First impression aku bila masuk di Tingkat 1, blok yang sebelah belakang butik Bella Amara / Pen Merah di Bangi Sentral ni --- simple tapi kemas dan sangat cozy! Seriously kalau nak bayangkan macam salon atau spa yang cliche, ada kerawang-kerawang, ada lilin-lilin, lampu romantik mengantuk...rimas! Tapi di Curio Green Paradise Bangi ni totally different! Terus rasa like-home-but-not-my-home! Haha!

Tercelup tanpa sengaja! Ops!

Sambil ambil seat dan duduk dengan empuk bagaikan anak raja -hahaha- , aku dan Kak Fiza dilayan oleh staff En. Zul, Cik Leeya yang dah memang sangat professional dan peramah untuk sesi manicure, manakala yang lain dah standby untuk sesi foot therapy oleh Pn. Haskina sendiri.


Sambil-sambil jejari lentik aku dimanjakan, sambil dengar juga penerangan Pn.Haskina dan En.Zul berkenaan kepentingan penjagaan kesihatan dan kebersihan tapak kaki dari pemilihan kasut, buang sel kulit mati, punca-punca kaki berkulat, sebab-sebab kaki merekah, pecah-pecah, dan paling teruk sampai berbau. ---uihhh!~

Pn. Haskina sedang merawat kaki Aben.

Terapi penjagaan kaki ini di sini di sebut dengan perkhidmatan 'Anti Callus Treatment', selain dari foot pampering, foot spa, pedicure, dan juga manicure dan bagi aku rate harga di sini agak berpatutan, affordable dan berbaloi untuk cuba, sebab di Curio Green Paradise ni bukan hanya datang dan buat rawatan, tetapi korang juga diberi tips, nasihat dan dipantau oleh pemilik dan staff di sini yang sangat mesra!


Semasa aku sedang di'manicure'kan, Cik Leeya pun beritahu step by step cara penjagaan kuku, kebersihan, serum khas dari Curio untuk lembut dan remove excess cutikel, macamana nak potong kuku dengan betul, dan part akhir sekali yang paling excited --- nail buffing! Dan hasilnya, sampai hari ni rasa sayang nak berpelakuan kasar ke atas jari-jemariku...berkelip-kelip kata member aku! Hahahahaha! 

*Bling~bling*

Sebelum ni ada juga 3-4 kali aku buat manicure, iya---pernah buat..sebab bagi aku, first impression selain pakaian, dari kuku pun dah boleh agak keperibadian seseorang, walaupun bukan semua ye! Tapi selalunya terapis yang buat mesti jenis sental-sental, kadang-kadang rasa ringan je tapak tangan aku...haha! Dan di sini Cik Leeya relaks je mengerjakan dengan lembut ~alahai!


Lepas sesi manicure tu, aku dengan Kak Fiza masing-masing dah macam kerasukan macam hand model, berposing sakan dengan produk penjagaan kaki yang dipatenkan dan dikeluarkan sendiri oleh Curio By Green Paradise ni seperti exfoliator, macam scrub tu lah, serum dan beberapa lagi, siap dapat discount card lagi! Hehehe! Macam suruh repeat lagi je!
Model jari kononnya~

So, kalau siapa-siapa yang berminat khususnya yang duduk di sekitar Bangi, Putrajaya, Kajang, untuk mencuba sendiri, nak relaks, ataupun menurut En.Zul dan Pn. Haskina, mereka juga menyediakan latihan dan kemahiran untuk siapa-siapa yang berminat belajar dan menjadi therapist, belajar manicure, buat perkhidmatan mobile-spa, boleh hubungi details di bawah ye!

En Zul Marican : 012 689 0197
Facebook Green Paradise Bangi - https://www.facebook.com/greenparadisebangi
 
Alamat :
Green Paradise Bangi
No 5-09-02 Tingkat 1,
Bangi Sentral,
(Atas Butik Alisha Faysal, Blok Belakang Butik Bella Amara / Pen Merah)