Friday, January 1, 2016

Jurnalis Medan Perang

Salam.

Panjang sikit. Bacalah kalau tak kekwat. Haha!

Aku pernah berimpian untuk menjadi jurnalis di medan perang, "war journalist", yang tidak pernah takut atau gentar untuk menyebarkan dan berkongsi emosi, kebenaran dan hakikat sebenar sebuah perjuangan. Grand kan impian aku? Haha!

AWAS: Gambar hiasan oleh model gempal berwajah kacak.
Aku kagumi para jurnalis perang, yang telah ramai berkorban dan terkorban dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab mereka di medan kerakusan manusia ke atas kuasa dan juga harta dunia.

Membuat liputan ke medan perang bukanlah pekerjaan mudah. Selain memerlukan tahap keberanian yang tinggi , jurnalis medna perang juga dituntut mempunyai kemampuan dan pengetahuan di bidang persenjataan , dan yang lebih penting dapat menyesuaikan diri di medan yang sangat mencabar dan berisiko tinggi.

Medan pertempuran seringkali melampau, dengan cabaran perubahan cuaca, keadaan alam, mahupun cabaran fizikal, apatah lagi sikap dan emosi segala manusia di medan itu yang tidak dapat dijangka sama sekali.

Pelbagai cerita heroik dan pelbagai emosi bercampur ketika wartawan membuat liputan ke medan perang . Ada wartawan yang keluar dari medan perang dengan membawa pelbagai maklumat perang, tentang siapa yang memulakan, siapa yang menyerang dan siapa pula yang menentang untuk melindungi hak masing-masing. Tetapi di akhirnya sedikit wartawan yang hanya kembali dari medan laga itu hanya tinggal namanya sahaja.

Jihad.
"...Jihad menurut Islam ialah perjuangan dan tindakan bersungguh-sungguh yang dilakukan oleh orang Islam sejajar dengan ajaran Allah s.w.t. bagi menentang hawa nafsu di dalam dan di luar dirinya, mempertahankan diri, harta benda, maruah, keluarga dan negaranya daripada serangan dan pencabulan musuh."
"...Kita lahir dari Islam keturunan dan bukan dari dalam diri dan jiwa kita, sebab itulah Islam hari ini tiada kekuatan dalaman, mudah tumbang dengan hiburan mudah dan murah. Bergelimpangan unsur-unsur syahwat di sana sini, dan unsur-unsur ini lebih pantas memberi Islam itu tenggelam karam daripada peperangan sebenar yang perlu mengangkat pedang dan senjata.."

Mampukah aku? Kuat ke jiwa aku?
For sure untuk sekental itu, aku masih belum mampu.
Belum layak ataupun sudah terlewat barangkali?
Mak tak mampu nak!

Namun, bagi aku, menyorot kembali 'medan perjuangan' aku sepanjang tahun 2015 ini, aku dapat merasakan yang perjuangan sebenar kita bukan hanya sekadar di medan perang secara fizikal sahaja...tetapi MENTAL DAN JIWA kita sendiri!

Seriously, sepanjang tahun ini banyak juga aku belajar dan berusaha untuk berjuang dari dalam diri aku sendiri.
Dugaan? Haha..macam-macam.

1. Aku berjuang untuk kenal siapa dan apa yang aku betul-betul inginkan dalam hidup aku. Haluan hidup.
Frankly speaking, selama ini aku hanya mengikut sahaja, 'go with the flow' apa sahaja yang aku hadapi, sampai satu tahap, aku sendiri tertanya-tanya, "Apa tujuan aku?" --- Dan dalam usia tua, tahun 2015 aku genap angka 30, aku rasa mungkin aku lebih jelas untuk siapa dan untuk apa aku teruskan jalan hidup aku.

2. Aku menetapkan kembali cita-cita aku yang pernah aku buang jauh-jauh dulu --- sambung kembali pengajian aku...walaupun dah kertu remaja purba ni. Kesah?
Aku pernah menghampakan harapan dan impian orang yang paling mempercayai aku, ibu, abah dan adik beradik aku.
AKu pernah selfish, pentingkan diri dan cuba menjauhkan diri, tetapi Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tak pernah sekalipun aku dibenci...bahkan banyak lagi peluang dan rezeki yang Dia limpahkan...perancangan Dia Maha Hebat.
Aku nekad. Sambung balik apa yang aku hutang pada mereka. Susah mana pun. Sempit mana pun. InshaAllah aku tahu mereka masih tetap bersama aku selain rakan, sahabat, dan teman-teman dari semua peringkat kenalan. Bantu aku ya.

3. Apa yang aku kejar? Nak naik pangkat? Nak cari kerja bagus? Nak hidup senang? 
--- Apa yang semua orang impikan, begitu jugak dengan aku, untuk aku, untuk keluarga aku, untuk bakal keluarga dan keturunan aku, dan aku berharap dapat menyumbang sesuatu untuk masyarakat, dan agama aku. Itu sahaja. Nak juga merasa hidup lengkap, macam orang lain. Ya, lengkap maksud aku, berkeluarga --- KAHWIN LA BHAI! Hahahaha! InshaAllah, doakan aku. Benda bukan mudah, jadi jangan selalu memaksa aku untuk mencaruti kalian dengan jawapan sarkastik aku. Haha!

4. Hidup ini bukan hanya ada kita sahaja.
Dalam aku belajar untuk tidak HANYA AKU sahaja, sepanjang tahun ini, walau tidak banyak, sedikit-sedikit aku masih cuba untuk 'relakan' diri aku untuk berkongsi sebanyak mana yang aku mampu untuk menggunakan 'kelebihan' yang aku mampu untuk kerja-kerja sukarelawan, sebagai wakil suara media, suara rakyat, sama-sama menyelami isu-isu semasa yang selama ini aku pernah cakap kat seorang kawan "isu orang tua", "isu berat", "bukan hal aku..", itu bukan hal aku...bukan hal aku...ehh ternyanyi pulak! Haha! Iyalah, aku percaya Dia itu Maha Adil, timbal-balas. Ada bahagian orang lain dalam diri dan bahagian kita.

Jihad, bukan hanya pada impian kau, tetapi juga pada jiwa kau sendiri.
Apa yang kita telah, sedang dan akan hadapi, juga jihad. Berperang dengan sikap manusia, perasaan dan emosi, lebih lagi dengan situasi like seriously shit dalam negara, dalam kempung, waima dalam WhatsApp group ke, carut-mencarut, maki-memaki, nak tak nak kena hadap juga.
Ramai juga pun tak berapa suka kita. Tak boleh elak.

Harapan aku. untuk tahun baru.
Same old same old.
Cuma berharap semuanya lebih baik dan dipermudahkan.
No big thing.
- Fokus nak habiskan tahun kedua pengajian.
- Cuba berubah angin, mungkin tukar office baru. Harap lulus.
- Luangkan lebih masa lagi untuk keluarga.
- Mungkin bertukar status? Ahaha!

Bila aku dah start merepek ni tanda aku dah malas dah nak skema ayam menulis ikut tatacara bahasa.
Cuma, bagi aku, setinggi mana impian dan kita bermimpi, be realistik. Capai dahulu apa yang kita dah tinggalkan sekeliling kita. Jangan terlalu mengejar yang belum pasti. Impian itu tetap perlu. Tak salah berangan. Cuma jangan terlalu bernyanyi lagu Kaka! Pfft!

Aku mengantuk. Tadi minum nescafe arabica otak ligat pulak membebel.

Salam. OKbai.