Monday, March 14, 2016

Blogger Speed Run Bersama KetchUp!

Salam,

Minggu lepas, aku bersama rakan-rakan Kelab Blogger Ben Ashaari ; Lan Careno, Yanty Lee dan Fiza Fantagiro bergembira bersama Team Community KetchUp di sekitar Kota Damansara untuk café-hopping --- #makan! 


Apa itu KetchUp ?
Haa…ini nak bagitahu, ‘KetchUp’ adalah salah satu program atau komuniti yang gila makannnn!
Hahaha---acah mak enon!


KetchUp merupakan salah satu portal atau medium untuk berkongsi rasa, cerita, dan pelbagai informasi tentang lokasi-lokasi café, restoran, dan tempat-tempat makan yang menarik di sekitar Lembah Klang, dan sebagai salah satu komuniti media social yang semakin berpengaruh, Kelab Blogger Ben Ashaari telah dijemput sebagai rakan media sosial program ini.

Blogger Speed Run!
Selain #KBBA, portal sosial lain seperti Sini!(Makan), Malaysia Youth Community (MYC), dan juga FoodInk Malaysia turut join sekali Blogger Speed Run, lebih kurang macam food-hunting juga lah, di café-café yang sangat sporting untuk menjemput kami food-test dan memeriahkan café mereka macam pasar malam…hahaha!



Team Kota Damansara.
So, last week, selepas cemburu dengan kemeriahan program KetchUp #1 yang havoc gila bila rakan-rakan #KBBA upload gambar makanan dan café tak putus-putus di timeline masing-masing, giliran kitorang pula nak ‘berlagak’ upload kemeriahan #teamkotadamansara…hahaha!

Untuk Day 2 Blogger Speed Run ni kami diberi kesempatan untuk hopping di empat café yang unik gila, Café Studio, Wood&Steel, The Picnic dan juga 3 Bags Full…nama café pun kiut gila! Haha!

Café STUDIO (Instagram : @cafestudiodamansara)
Giant Breakfast - Cafe STUDIO

Café-hopping kami bermula di Café Studio yang berkonsepkan café/restoran, dan juga galeri seni dan perabot! Masuk je kat sini…dah rasa cozy gila! Difahamkan salah seorang pemilik café ni juga merupakan seorang interior designer, dan semua perabot, pameran, arts kat sini juga dibuka untuk jualan! Fuhh! Makan? Of course, first café-hopping kat sini kitorang dah dijamu dengan banyakkk signature dish yang seriously awesome; Mutton Curry Spagetti, Nasi Lemak Pandan + Rendang Ayam, Dry Spicy Spagetthi, Chicken Chop dan yang paling awesome --- Giant Breakfast dia! Mushroom soup kat sini memang superb!

WOOD & STEEL (Instagram : @woodandsteel)
Morrocan Lamb Shank, Tempura Butter Cream Prawn & Cinnamon Toast - Wood & Steel

Owh--- bergerak ke café kedua, haa! Yang ini my personal favourite, Wood&Steel café, juga men’terperanjat’kan kitorang dengan deko dan konsep yang unik gila --- antique, rustic, dan unic!

Menurut pemilik café ini, muda lagi wey--- café ni adalah passion dia, dan juga family dia.
So, menu yang tersedia semua ada unsur ‘home’---so sweet! Menu utama kat sini ialah Tempura Butter Cream Prawn, Cinnamon Toast, dan juga Morrocan Lamb Shank! Environment sekitar luar dalam café pun seriously relaks, tapi dalam masa yang sama --- mind blowing! Geng-geng #KBBA dan ‘KetchUp’ non stop snap gambar sana sini…haha!

THE PICNIC TABLE (Instagram : @simplysandwiches)
Garlic Butter Prawn Sandwich, Soft Shell Crab Spagetti & 3 Flavours Bruschetta - The Picnic Table

Dalam kenyang-kenyang tu, kami berlari-lari (sebenarnya jalan je pun—nearby je), ke café yang ketiga, iaitu The Picnic Table. Alahai---kiut sangat café ni, sebab konsepnya ala-ala berkelah gitu..relaks and calm! Signature dish dia adalah --- sandwiches! Korang kena cuba Garlic Butter Prawn Sandwich dia…seriously meleleh tahu! Selain itu, menu lain yang best-best ialah seketul Soft Shell Crab dengan spaghetti..haha! Dan juga 3 Flavours Bruschetta, macam sandwich juga, tapi dengan roti perancis!

3 BAGS FULL (Instagram : @3bfmy)
3 Bags Full

Dan café-hopping kitorang berakhir di café comel ni, 3 Bags Full. Kenapa comel? Sebab konsep dia adalah biri-biri sebagai ikon tarikan utama, ye lah, biri-biri kan kiut apa…gebu-gebu macam kapas!

Haha! Tapi jangan terperanjat, menu kat sini tak kiut tau, tapi handsome gila! Haha!
Antaranya ialah ‘Sheep In The House’ – kambing grill, dengan kentang, tabur bread crumbs…pergh! ‘Salmon Croquette’ pun sedap, dan satu lagi yang unik, ‘Squid Ink Pasta’ --- must try weh! Walaupun hitam gigi, bibir kena squid ink, tapi serious sedap gila, kelakar pulak muka masing-masing masa makan! Haha!
Hero of the day ialah dia punya ‘Sizzling Butter Prawn’ dia yang buatkan salah sorang ‘KetchUp’ guest, Amelia Khor yang kiut-gila-gila tu volunteer jadi tukang tiup asap sizzling, so that kitorang boleh ambil gambar foods dengan tenang! Hahaha!

Penutup --- dua milkshake yang getar otak, Coconut Davy Jones, dan Avocado Green Goblin!


Team ‘KetchUp’ Yang Awesome!

Fuhhh---rasa nak meletop perut kita, tapi seriously best sangat hang-out dan spend time dengan ‘KetchUp’ team, thanks Anita & Nick, dan juga guest artist yang lain, dapat pengalaman, cerita-cerita menarik dari pemilik-pemilik café yang sungguh inspiring!


Setiap café ada cerita dan keunikannya tersendiri, lebih kepada personal passion dan paling penting, kepuasan MAKAN!


#KBBA akan meneruskan support ‘KetchUp’ untuk misi Blogger Speed Run yang seterusnya,
dan informasi lanjut korang boleh akses ke website ‘KetchUp’;

Instagram : www.instagram.com/ketchup_my @ketchup_my

Burp! Alhamdulillah!