Friday, March 18, 2016

Makan Dan Santai di Trulia Cafe Cyberjaya

Salam.

Minggu lepas, aku dan beberapa rakan #KelabBloggerBenAshaari ambil sedikit masa untuk relaks dan buat perbincangan secara santai di Cyberjaya, dan kebetulan ada juga beberapa urusan di sini.

Cyberjaya, tahu saja lah, kawasan sana majoritinya adalah pelajar, pekerja dan residen yang berbangsa asing. Melambak-lambaklah cafe atau restoran berkonsepkan menu-menu dari luar negara tersebut. Nak cari tempat makan yang best dan sedap di Cyberjaya ni pun kadang-kadang mengelirukan, sebab masing-masing selera lain-lain, cuma yang penting sediakanlah ongkosnya kan!

Disebabkan kami ni mix pan-Asian sikit tang bulu kening, hahahaha --- jadi kitorang pun lepak di satu cafe dengan pelbagai menu 'fusion' --- campuran menu tempatan dan juga luar iaitu Trulia Cafe.
Cafe ni, nak kata baru tak baru juga lah, tapi kata owner dia dah hampir setahun juga beroperasi.


Trulia Cafe yang buka seawal jam 8.00 pagi hingga 9.00 malam ni terletak di kawasan CBD Perdana 2, jauh sikit lah dari hiruk-pikuk serabut Cyberjaya di tempat hot-spots biasa di sana.

Model boleh nego. Haha!

First impression? Not bad juga, kemas, bersih..memang relaks lah untuk bersantai, buat small discussion, lepak dengan family pun selesa kalau bawa mak ayah yang nak makan sambil berehat kan. Mungkin disebabkan cafe ni kira baru juga beroperasi, mungkin belum lagi ditentukan konsepnya yang masih lagi sedikit kosong --- no problem, janji kemas, bersih dan selesa, kan?



Kalau kedai lawa mana pun, tapi menu 'hauk', tak syok juga kan? Hahaha! Tapi lepak kat sini rasa syok sebab menu dia memang banyak sangat pilihan, fusion --- sama ada nak makan masakan 'cliche' rakyat Malaysia yang goreng-goreng ataupun nak feeling-feeling Italian atau western food, pun ada juga.


Since masing-masing belum makan lagi, konon-konon busy sangat, segala signature menu yang berat-berat kitorang minta...hahaha! Dah macam jin juga rasa malam tu...haha!
Ulasan pasal makanan? Haa...jom baca satu-satu!

Asamboi Lime & Pure Apple Juice

Ice Coffee Latte & Caramel Coffee Machiatto

Minuman - sebenarnya aku nak order semua, tapi rasa macam tamak pula kan, so masing-masing order lain-lain...boleh share kaedahnya. Minuman kat sini memang seriously best especially Limau Asam Boi, Apple Juice, dan paling aku suka minuman yang lawa-lawa macam Ice Coffee Latte & Caramel Coffee Machiatto ni...haaa! Feeling-feeling lepak coffee house antarabangsa pulak kan?

Bubur Nasi Trulia

Bi Hoon Sup Utara

Mee Kari Ayam
Kalau udah namanya Melayu walaupun mix mana pun, masakan Malaysia tetap afdhal dimulakan dulu! Haha! Bubur Nasi atau Moi atau Nasi Air dan juga Bihun Sup Utara dari Trulia Cafe ni memang seriously mak-mak sangat sup dia. Berempah dan pekat. Satu lagi, aku yang berpantang MSG ni langsung tak berasa ada MSG! Dan Mee Kari Ayam dia...meleleh kau! Isinya banyak, kuah karinya yang sedang-sedang pekat---alahai!

Grill Chicken Chop with Rice

Nak makan Western food, tapi nak makan nasi juga? Haha...bisa pak! Order lah Grill Chicken Chop with Rice ni. Butter rice tau! Ceritanya asalnya menu ni Grill Chicken Chop saja, tapi bila ada regular customer di Trulia Cafe ni request nak makan dengan nasi, makanya ---- Boom! Haha! Ini yang kita panggil fusion. Ayam grill ni memang sangat awesome ya, juicy dan masak elok. Dengan homemade Blackpaper Sauce dia...memang terbaik u'ols!

Nasi Ayam Merah

Biasanya Nasi Ayam yang sedap, orang selalu pandang ayam dia, tapi Nasi Ayam Merah Trulia ni, selain ayam yang dimasak versi hainan, sambal dia yang lain-dari-yang lain memang best sangat! Agak pedas, tapi ada manis dia. Sweet-sweet-spicy gitu!

Lamb Grill With Spagetthi

Yang paling dinanti ialah --- Lamb Grill With Spagetthi dia ni! Kambing yang dipanggang sedang-sedang je tak kering tak terlalu 'raw', tapi sebenarnya hero bagi menu ni ialah blackpaper sauce dia yang memang win gila!

Crispy Chicken Burger
Satu lagi menu Western yang best dan korang semua kena cuba ialah Crispy Chicken Burger dia!
Aku bab-bab burger ni memang agak cerewet sikit, sebabnya selalu patty sedap, tapi roti kureng, dan vice versa. Tapi Crispy Chicken Burger di Trulia ni memang syok, sebabnya; menu ni sampai awal, tapi disebabkan prinsip "camera eat first", hahaha...maka burger ni terbiar sekejap. Tapi! ya roti kekal gebu, dan yang paling best patty ayam crispy dia tak liat, dan ayam pun masih panas dan juicy! Puas hati beb!

Sagoo Gula Melaka

Pilihan dessert kami, Trulia Sago Gula Melaka, ialah selera tempatan pun apa kurangnnya kan. Memang cukup lemak manis dia. Thumbs up!

Hot Coffee-C & Latte C-Tea

Dan sebagai penutup, kitorang layan Hot Coffee-C, dan Latte C-Tea. Alahai...memang layan sangat! Difahamkan minuman ni juga merupakan salah satu signature drinks kat sini.

Geng kuat makan bersama pemilik Trulia Cafe (bertudung hitam)..haha!
Biasalah, selalunya bila pergi makan, pertama sekali selain menunya okey atau tidak, ialah harganya kan? Bagi aku, harga di sini semua sangat affordable dan boleh kira murah di kawasan elit macam Cyberjaya ni...dan tidak terlalu 'hipster' sangat...tidak semahal cafe-cafe fusion yang lain.


So far, memang sangat recommended untuk korang nak cari tempat discussion, makan, minum dan bersantai dalam suasana yang relaks dengan kawan-kawan ataupun family.

Dan satu lagi, Trulia Cafe ini juga menyediakan perkhidmatan katering, majlis khas macam hari jadi, dan juga ada perkhidmatan delivery sekitar Cyberjaya/Putrajaya (T&S). Awesome kan?! Nak cuba tempat makan yang best ni? Hubungi maklumat berikut ya!

Alamat:
Trulia Cafe & Cuisine
4809-0-36,CBD Perdana 2,
Cyber 12,Persiaran Flora,
63000 Cyberjaya, Selangor.

(Waze atau Google Map "Trulia Cafe Cyberjaya".

Telefon:
03-86885964
03-86885963


Facebook : Trulia Cafe
Instagram : @truliacafe