Friday, May 13, 2016

Big Daddy's Family Cafe - Cafe Hipster di Johor Bahru

Salam,

Hatrik dari beberapa entri lepas tak boleh move on dengan entri-entri makanan kan? Ahahaha!
Bertabahlah...tak boleh tak share dengan korang semua, dah nak masuk bulan Ramadhan nanti macam rasa bersalah pulak nak tulis entri makan-makan nanti, kan? Haha.

Lepak Cafe Hipster JB.
Hujung minggu lepas, lepas habis event di Stadium Larkin, dalam jam lebih kurang 12.00 tengah malam, macam biasalah, saka supper aku dah minta pengeras...haha! So, badan dah penat seharian cover event perfume Johor Southern Tigers dengan team Legacy Perfume, kitorang terus ke Bandar Baru Uda, area Tampoi, dalam JB jugak lah, lepak-lepak supper di satu cafe yang memang stylo gila - Big Daddy's Family Cafe.

Big Daddy's Family Cafe, Bandar Baru Uda.
Ingatkan tak ramai lepak-lepak waktu-waktu macam tu, tapi ternyata abang silap dik, full house sangat kat sini! Nasib baik dah kawtim awal-awal dengan tauke...hehehe!

Lapar lettuw!
Dari luar dah nampak cafe ni, lain, rare dan unik, atau bahasa modennya - #Hipster!
Dan masuk ke ruangan dalamannya, seriously lain dari yang lain, simple, tetapi unik dan yang paling penting, selesa untuk bersantai dan relaks tengah-tengah malam dengan family dan kawan-kawan.

Simple, Santai dan Selesa.
Cafe Yang Santai dan Selesa.
Menurut Jeaa, salah seorang pemilik dan pengurus cafe ni, restoran yang berkonsepkan 'family-cafe' ini diusahakan bersama-sama beberapa keluarga terdekat, dan baru sahaja mula beroperasi sekitar pertengahan 2015, dan usaha beliau juga mendapat sokongan kawan-kawan rapat beliau, dengan dekorasi dalamannya kebanyakannya adalah DIY, dan sebab itu suasana lebih relaks dan santai dengan family oriented. No wonderlah kan, nama pun 'family-cafe', best gila kan kalau semua orang terdekat kita support! Gerek lah Jeaa!


Menu Masakan Tempatan dan Moden.
Menu kat sini pun boleh tahan special jugak, ada menu masakan tempatan, macam nasi ayam penyet, daging penyet, ada Western Food, ada masakan goreng-gorengan ala-carte, ada dessertsnack kudap-kudapan, dan juga minuman yang semuanya homemade specialty created! Sentuhan dan gabungan idea mengikut citarasa moden dan fusion...gitu! Tulis pasal cafe hipster ni kena guna term-term yang bombastik sikit kan...hahaha!


Dan yang paling mencuri perhatian aku ibarat Ayda Jebat menjadi Pencuri Hatiku itu, ialah tiga menu paling sodap aku makan malam tu, Penang Kueh Teow, Creamy Meatballs, dan juga Pisang Cheese dia...seriously meleleh beb! Kueh Teow dia ngam-ngam soy, tak kering sangat, tak basah sangat, dan sangat sedap okey! Creamy Meatballs tu, juicy, lembut, cukup masak, dan kalau nak compare dengan meatballs kedai perabot terkenal tu, aku lebih jatuh cinta dengan BDFC punya meatballs kot! Hahaha!

Penang Kueh Teow
Creamy Meatballs
Pisang Cheese
Dan over the top punya satisfaction malam tu ialah, malam-malam buta dapat makan pisang goreng, dengan cheese, tabur-tabur Oreo, dengan ais krim vanilla....kau rasa? Gila tak tempting kan? Patutlah ramai gila lepak kat sini, menu pun ringkas-ringkas je, simple, walaupun ada menu main dishes yang berat-berat, masih ada lagi pilihan menu ringkas tetapi berbaloi-baloi!

Hotspot Budak JB.
Seronoknya lepak kat sini, cafe ni dibuka setiap hari bermula jam 12.00 tengahari, sehinggalah jam 2.00 pagi korang boleh mereput kat situ, tak ada hal punya...semua menu ready to cook tak kira waktu, dan kat sini juga jadi hotspot untuk lepak-lepak bagi generasi muda JB sebab ada macam-macam jenis perisa shisha --- memang best lah kan bro! 

Layan shisha dulu bro!
So, kalau korang singgah JB, tak tahu nak lepak mana dah malam-malam, boleh lah lepak kat Big Daddy's Family Cafe ni, yang terletak di Jalan Padi, Bandar Baru Uda. Landmark dia mudah je, kalau dah waze tak jumpa, cari saja Pusat Perodua BBU, dan berdekatan dengan kawasan hotspot lepak-lepak Kilang Bateri yang terkenal kat JB ni.

Ada Barber Shop.
Selain dari konsep dine-in, dan juga ada sebuah kedai gunting rambut (Big Daddy's Barber) dalam cafe ni, BDFC ini juga ada perancangan untuk menambah perkhidmatan delivery sekitar Johor Bahru, dan juga sedia menerima tempahan untuk majlis-majlis sambutan birthday ke, nak tepung tawar ke, nak sambut boifren baru ke...ikutlah, boleh nego dengan Jeaa... Hehehe!


Thanks Jeaa and the team atas layanan yang sempoi gila malam tu! Korang mesti singgah! Recommended!

All the best, and keep a good serve! 

Telefon : +6013 - 433 1204 (Jeaa)