Friday, May 13, 2016

Makan Tengahari Paling Best Di Restoran Sri Bayu Perdana Johor Bahru.

Salam...
Hey~ Orang Johor cuti kan hari ni? *tetiba*

Lapar!
Selalunya bab nak keluar makan tengahari ni yang paling leceh gila kan, sebab tekaknya orang kita ni selalu nak makan yang berat-berat, yang berlauk macam-macam sangat kan?

Macam tu juga lah kitorang masa travel ke Johor Bahru hari tu, dah sampai ngam-ngam waktu lunch, memang lah aku ni orang Johor, tapi selalu balik kampung makan kat rumah mak saja...hehe!

Restoran Sri Bayu Perdana, Larkin Perdana Johor Bahru.

Restoran Terkenal Di Johor Bahru.  
Nasib baik kebetulan dapat jemputan untuk makan tengahari di Restoran Sri Bayu Perdana, yang terletak di Larkin Perdana. Dengar nama restoran macam gah, tapi rupanya memang betul-betul dah terkenal di kalangan pelancong yang singgah di Johor Bahru ni, even dari Singapura, Batam dan juga penduduk tempatan, best sangat ke?


Lauk-pauk Masakan Melayu Ala-Kampung
Masuk sahaja ke Restoran Sri Bayu Perdana ni, dah terbau-bau masakan ala-kampung, seriously terus tak sabar nak rasa...membuak-buak nafsu makan kita wakkk! Hahaha!

Menurut Tuan Haji Wahab Muslim, pemilik restoran ini, Restoran Sri Bayu ni dah beroperasi sejak tahun 2000 lagi! Dah 16 tahun beb! Apakah rahsianya? Jeng3! 

Restoran yang beroperasi seawal jam 6.30 pagi ini bukan sahaja terkenal dengan sarapan Nasi Lemak Daun Pisangnya pada waktu pagi, tetapi ada Soto, Roti Canai dan pelbagai lagi menu sarapan tempatan.

Asam Pedas Johor.
Untuk makan tengahari, memang heaven gila sebab ada lebih kurang 70+ jenis lauk pauk masakan Melayu ala kampung, yang orang cakap 'masakan ibu-ibu, mak-mak kita' disediakan, boleh makan ikut pilihan masing-masing. Pergh! Meleleh siot! Antara yang istimewanya ialah Asam Pedas, Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Ikan Bakar, Ayam Ikan Percik...ehhh macam-macam lagi lah...konsepnya "..you name it!" gitu!

Ulam-ulaman dan rerojak.
Aku sendiri pun berbelah bahagi nak makan lauk apa...ahahaha..janji yang penting ada tempe goreng dengan sambal kicap...heaven wa cakap lu! Barulah #JOHO!

Okey, yang ini abang punya sorang! Tempe Goreng dan Sambal Kicap!
Restoran ini beroperasi pada hari Isnin-Jumaat, sehingga jam 6.30 petang, so lepas lunch boleh singgah lagi untuk minum petang pulak, ada pisang goreng, bubur kacang, bubur pulut hitam, cucur-cucur, rojak dan macam-macam!



Harga Yang Berpatutan.
Yang menarik dan tertariknya di sini, walaupun sini area JB, Larkin, yang lebih kurang kawasan bandar membangun macam area Lembah Klang, tapi harga makanan kat sini maintain berpatutan dan berbaloi. Nasi, lauk, sayur, plus air sekali, boleh dapat serendah RM5.00 lagi. Tuan Haji Wahab kata, mereka kena consider juga sini kawasan ramai pelajar, pekerja kilang, penduduk tempatan, tak perlu nak mahal-mahal sangat lah kan! Alhamdulillah...semoga murah rezeki Tuan Haji...Amin!

Ruang dalaman restoran yang luas dan selesa.
Bersama Tuan Haji Wahab dan isteri, berbaju kotak, bertudung hijau.

Istimewa Bulan Ramadhan.  
Memandangkan kita dah nak masuk musim berpuasa di bulan Ramadhan, restoran ini juga masih beroperasi seperti biasa, cuma bermula lewat sikit lah jam 2.30 petang macam tu, makanan dah disediakan macam biasa, konsepnya pun selain dari berbuka di sini, boleh cedok-cedok, bungkus-bungkus, dan take away bebeh! Tiada konsep buffet macam sesetengah restoran, iyalah, bukannya larat pun nak makan semua sekali ye dok? Elakkan pembaziran gitu. Menu bulan Ramadhan juga lebih pelbagai dengan kuih-muih tradisi tempatan, dan waktu operasi sehingga jam 9.00 malam untuk bagi peluang yang tak sempat berbuka semasa waktu Maghrib tu...haa--awesome kan?


Pelbagai jenis kuih-muih untuk berbuka puasa.
Perkhidmatan Katering.
Restoran Sri Bayu Perdana ini juga ada menyediakan perkhidmatan katering lauk-lauk masakan Melayu ala-kampung, dan kalau nak reserved, nak tempah katering boleh hubungi terus Tuan Haji Wahab (+6019 - 734 4646) atau boleh hubungi butiran di bawah!
 

Jadi, jika korang semua ada di sekitar Johor Bahru, kawasan Larkin Perdana, jangan lupa singgah sini sebab memang totally recommended!

Licin!