Thursday, May 12, 2016

Southern Tigers By Legacy - Haruman Untuk Peminat JDT

Salam... 

Yeehaa! Lama tak balik JB...Si Tanggang sangat kan? Ahahaha!


Baru-baru ni aku bersama beberapa blogger hebat dari social media team telah berkesempatan ke Johor Bahru untuk majlis pelancaran "Southern Tigers By Legacy", iaitu perfume yang dikeluarkan khas dan eksklusif untuk peminat pasukan bola sepak Johor Darul Takzim - JDT, di 'Home of Southern Tigers, iaitu Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin. Perghh! JDT siap ada perfume siot!


Sidang Media Legacy Perfume.
Pelancaran yang bermula seawal jam 3.00 petang itu dimulakan dengan sesi Sidang Media dari pengeluar haruman rasmi ini, iaitu Legacy Perfume, jenama dari syarikat Richway International Sdn Bhd (RISB).

Pengarah-pengarah Richway International SB, bersama teraju utama Johor Southern Tigers, Encik Rezal Bin Dato' Rahim.
"Southern Tigers by Legacy"
Menurut kata CEO dari RISB, Encik Badrul Aswani, Legacy Perfume yang telah dikenali dengan haruman eksklusif pasukan bola sepak Kedah iaitu "Hijau Kuning", dan juga mengeluarkan pelbagai jenama eksklusif lain telah mengambil inisiatif untuk bekerjasama pula dengan Johor Southern Tigers untuk mengeluarkan haruman rasmi pasukan JDT, bagi menghargai sokongan peminat-peminat pasukan bola sepak ini, dan juga pencapaian pasukan JDT yang semakin dikenali oleh peminat sukan bola sepak Malaysia.
Aidil Zafuan & Juan Martin Lucero - Duta Pilihan "Southern Tigers by Legacy"
Along Cham - hos pelancaran haruman "Southern Tigers by Legacy"
Pelancaran Haruman Eksklusif JDT.
Pelancaran haruman rasmi Southern Tigers By Legacy ini telah diadakan secara meriah sejurus sebelum perlawanan antara JDT vs Penang FC dengan kehadiran Pengarah Eksekutif Johor Southern Tigers, Encik Rezal Bin Dato' Rahim, yang dihoskan oleh Along Cham & Aliff Razali sebagai selebriti jemputan.

Siap ada acah-acah Kylo-Ren / Darth Vader lagi...meriah!
TMJ bersama-sama penonton dan peminat istimewa JDT, duduk sebelah 'The Bench' lagi!

~Haha...skemakan berita?! Asah bakat katanya~ dah jadi 'press' acah-acah masa ni...padahal excited nak bau perfume dan layan game dengan TMJ malam tu...hahaha!~

Dua Variant "Southern Tigers by Legacy".
OK, back to cerita perfume!
Seriously---syok gila. Ada dua variant EDP dengan pek 50ML diperkenalkan iaitu, 'Born To Rule' untuk abang gagah perkasa, dan 'Dangerously Sweet' untuk cik adik manis aumm aumm!
Pek EDP 50ML ini dijual dengan harga kasih sayang RM89.00 setiap satu.

Acah-acah Model dengan rakan blogger Dhia Vivadhia..ececey!
Dan secara peribadi, aku suka sangat dua-dua variant ni, bukan sebab i is berada di antara sifat abang gagah dan adik manis, bukan bukan...! Tapi dua-dua variant perfume ni seriously 'not too much', alahai macamana nak cakap eh, ngam-ngam, sedap-sedap dan nyaman je bau dia, dan kedua-dua haruman ini memang diadun eksklusif untuk jenama "Southern Tigers By Legacy" ini...kira memang tak sama langsung dengan mana-mana perfume tetapi dengan kualiti yang sama dengan perfume ratus-ratus ribu-ribu di luar sana lah! Berbaloi kan?

Awak pilih yang mana...manis atau yang gagah? Hehe!
Untuk 'Born to Rule', yang lebih kepada bauan Lemon, Bergamot, aroma Mediteranean sikit, woody sikit, memang fresh sangat dan rasa seperti abang-abang bergaya & berkarisma gitu!

Dan untuk "Dangerously Sweet" memang sangat sweet, tau kenapa? Sebab ada percikan Mandarin, Apricot, Floral, bau manis-manis madu, segala macam bunga yang sweet, vanilla dan woody musk yang seksi gila...aumm sikit
Kakak seksi tak?
Kualiti Jenama Antarabangsa.
Selalunya kalau paling cerewet nak beli perfume ialah soalan "..tahan lama ke?", dan salah satu sebab aku suka haruman eksklusif JDT ni ialah ianya EDP, bukan EDT ye, maksudnya betul-betul pati wangian yang agak tahan jugak lah dari petang aku sembur, sampai malam lepas game JDT vs Penang FC tu, masih bau elok lagi badan yang dah berlengas-lengas berpeluh-peluh tu. Kira boleh bangga juga lah ada perfume keluaran tempatan yang setanding perfume mahal-mahal! Packaging pun smart gila kan? Merah Biru Johorku - katanya!
Double Thumbs up!


Eksklusif di Legacy Perfume.
So, apa lagi, dah pung-pang-pung-pang banyak-banyak ni, yang mana memang die hard fans JDT, peminat-peminat perfumes dan juga yang mana memang exclusive items collectors tu, boleh dapatkan perfume "Southern Tigers by Legacy" ni di laman web Legacy Perfumes - www.legacyperfume.com atau hubungi butiran di bawah, nak nego jadi agen dan stokis pun boleh sangat lah sebab perfume ni hanya dikeluarkan terhad sebanyak 50,000 unit sahaja! Come on bebeh!

Whatsapp : +6012 - 784 8200