Monday, August 29, 2016

Hujung Minggu di Bayou Lagoon Park Resort Melaka

Salam,
 
Tiga-empat bulan kebelakangan ni memang bulan-bulan yang paling mencabar dan hectic untuk aku lalui.

Macam-macam benda nak kena hadap dan settlekan, dengan exam weeks di kala bulan Ramadhan lepas, memang sangat stress gila. Habis exam, masuk office semula dengan workload yang semakin membukit.


Bayou Lagoon Park Resot, Bukit Katil, Melaka.
Weekend Gateway!
Dan, dua minggu lepas tanpa perancangan apa pun, aku dengan tiga rakan blogger selamba redah pergi bercuti ala-gateway lah sekejap konon, di Bayou Lagoon Park Resort, Melaka pada hujung minggu yang memang packed gila!
 
Perjalanan dari Putrajaya ke Bayou Lagoon Park Resort yang terletak di Jalan Wakaf Utama, Bukit Katil ni lebih kurang 1 jam 30 minit, gerak agak lewat jam 10.30 pagi, ngam-ngam jam 12.00 tengahari sampai di sana, dan disebabkan waktu check-in adalah jam 3.00 petang, maka kami ambil keputusan untuk relaks dan jalan-jalan di tempat-tempat menarik sekitar Bandaraya Melaka yang tidak jauh dari lokasi penginapan. paling jauh pun 20 minit sahaja ke Pantai Klebang. Cuma kena bertabah dengan traffic-light yang sangat banyak di sana! Haha!
 
Cam-whore dulu!

Check-in di Lobby Amari Villa
Waktu check-in petang tersebut, mula-mula agak berat juga sebab keadaan yang sangat sesak dengan pengunjung yang tak putus-putus keluar-masuk resort, hot jugak kan tempat ni!
Cari parking agak mencabar juga, tetapi di sini ada ruangan parking bertingkat yang agak banyak di bahagian belakang resort, dengan kawalan keselamatan sekali.


Amari Villa dan Tahiti Villa, dengan penampilan khas Encik Waterslide...kau tunggu!

Di Bayou Lagoon Park Resort ini ada dua blok Apartment iaitu Amari Villa dan Tahiti Villa dan mempunyai lebih kurang 566 unit bilik berkonsepkan Studio dan Apartment dengan 2 atau 3 katil. Dan sebab penginapan kami telah di-booking, takdelah awal sangat, 2 hari sebelum bertolak baru confirm booking, sampai sahaja lobby terus check-in dan kami ditempatkan di dua unit bilik apartment di Tahiti Villa.
 
"Consists of a choice of 263 modern design& fully furnished spacious guestrooms, it offers 80 studio units, 111 units of 2 bedrooms, 66 units of 3 bedrooms and 6 units of luxuriously appointed Penthouse"
Menginap di Tahiti Villa.
Masuk sahaja di apartment kami jenis 2 single bed, terus menuju ke balkoni yang menghadap waterpark sebab meriah dan tak sabar nak melompat ke Waterpark di bawah! Haha! So far not bad lah biliknya, ada ruang tidur, bilik mandi, ruang rehat dengan sofa, ada mini bar, semua lengkap dengan kemudahan asas, ada mini kitchen, seterika dan ironing board, toiletries asas ada, tuala cukup, ada sejadah, dan yang penting--- paling penting --- ada hairdryer jugak! Hahaha! Penting wey!


Permandangan dari bilik apartment menghadap Waterpark dan Bukit Katil
Keadaan apartment ni agak selesa dan luas, sesuai untuk 2-3 orang, ataupun untuk keluarga kecil. Nak lepak ramai-ramai pun boleh saja, selambak 6-7 orang aku rasa okey saja kot. Haha!

Tarikan Bayou Lagoon Waterpark.
Haa...motifnya nak hilang stress main air rendam-rendam selam-selam je sebenarnya datang sini! Tak sempat hilang penat, masuk apartment terus tukar baju dan turun mandi!
 
Sediaaaaa!
Yang seronoknya, di Waterpark ni terdapat 2 water slides utama, untuk budak besar, bapak budak dan datuk nenek budak, ada 2 swimming pool besar, dan satu waterpark untuk budak kanak-kanak kecil dan mak budak yang kena jaga anak baby...hehe! Ada juga dry-park macam roller-coaster tu, bump car, macam fun-fair kan!

Round ke berapa pun dah lupa!

Cafe dan tempat berehat di Waterpark.

So memang tak berebut langsung pun walaupun orang memang packed gila waktu macam ni! --- memang sesuai kalau nak bawa seisi keluarga lepak sini sebab memang masing-masing puassss...ahhh! Gitu!

Promosi Bulan Kemerdekaan
Dan kalau tak menginap di sini pun boleh saja masuk dan check-in untuk Waterpark sahaja!
Tambahan pula sempena Bulan Kemerdekaan ni, Bayou Lagoon Park Resort ada buat promosi untuk bayaran masuk ke Waterpark ni bermula 15 Ogos sehingga 9 September ini!


Bayou Lagoon Water-park Normal Entrance Fees :

Weekday
Adult :
 RM22.00
Children : RM16.00 Senior Citizen:  RM11.00 (55 years old and above)

Weekend, School & Public holiday
Adult :
RM28.00
Children : RM20.00 Senior Citizen : RM14.00
Admission is FREE for children under 3 feet tall

Magic Art Museum dan 9D Digital Theater dan Tarikan Lain
Selain Waterpark, tarikan lain di sini juga ialah Magic Art Museum yang ada macam 3D mural yang kelakar-kelakar tu yang bertemakan Aquarium, Fantasy, Egypt, Funny, Cultural, Adventure, Water Fall & Angkor Temple...sakan eh?

Magic Art Museum berhadapan Bayou Lagoon Park Resort
Bayou 9D Theater - berdekatan Waterpark
Nak lebih terhibur lagi ada panggung wayang digital 9D, yang kerusi boleh gerak-gerak senget-senget tergolek terguling tu...tahu tak? Macam best je kan? Arked game zaman kau muda-muda 90-an pun ada depan panggung wayang tu.

Kedai Serbanekaragam
Coffee House
Kedai dekat Waterpark
Selain ada perkhidmatan room-service dari Coffee House dan Bayou-Pool Cafe, ada juga Kedai Serbanika di aras lobby apartment Amari Villa untuk kemudahan tetamu Bayou Lagoon Park Resort ni.

Dan bagi kumpulan yang nak buat meeting, kursus, seminar pun boleh sebab di sini ada Conference Room jugak! Lepas seminar, boleh buat latihan kuak lentang di waterpark kan? Haha!

Yes, enjoy the moment as much as you can!

Gateway kami berempat selama dua hari satu malam di Bayou Lagoon Park Resort ini memang sedikit relaks, santai dan lupa sekejap serabut kotaraya dan kerjaya dalam kepala.

By the way, untuk informasi lanjut tentang rates dan jenis bilik yang sesuai untuk gateway korang, boleh contact dan deal sendiri melalui butiran di bawah ye!


Tel: +06-233 0888 | +6013-286 8750

#Water park akan di tutup pada setiap hari selasa kecuali pada cuti sekolah dah juga cuti umum
#Swimming pool di buka setiap hari untuk house guest.