Friday, August 5, 2016

Mengidam Ke 10 Tempat Menarik Di Bali, Indonesia

Salam,

Lama menyepi, abang kau ada je sini, tak ke mana pun.
Alhamdulillah, baru selesai minggu exam, balik kampung menyambut Syawal dan akan kembali sibuk balik masuk tahun ketiga pengajian.

Bila kita sibuk ni, mula lah berangan ada masa senggang dan pergi bercuti, which is rasanya dah agak lama tak pergi bercuti, lepak-lepak, makan angin. Passport pun dah expired dik. Sedih.

Bila browse-browse timeline Facebook, Instagram, Bloglist, kemain semua pakat bercuti ye. Tersedak kita nampak korang semua happy-happy ke sana sini ye. Kemain!

Jadi kita pun meng'Google' lah macam-macam tempat, planning lah konon, dan aku tertarik dengan salah satu destinasi impian popular bagi 'kaki pantai' dan aktiviti outdoor macam aku - Bali, Indonesia.

Bali, Indonesia yang juga dikenali sebagai Pulau Dewata ni ialah sebuah pulau yang terletak di antara Pulau Jawa dan Pulau Lombok. Nak pergi banyak je airlines yang direct ke sini. Kau jangan tanya abang, pandai-pandai lah kau belajar book flight!

Dan kalau dapat peluang ke Bali ni, aku dah Google siap 10 tempat menarik yang wajib kita plan untuk pergi di sana nanti!

1. Pantai Kuta
Pantai kuta adalah tempat tarikan pelancongan yang sangat terkenal di Bali.
Dia punya view semua aku tengok gambar very the golden golden sunset. Sah-sah boleh feeling kan. Katanya dekat sini kos makan-minum, souvenir pun boleh tahan murah, ye ke tidak?


2. Pura Tanah Lot
Pura Tanah Lot juga antara pesisir pantai yang terkenal di Bali. Selain Pantai Kuta, ramai juga layan sunset kat sini. Mengikut mitos, haa...aku suka cerita mitos ni, di sini adalah tempat untuk menyeru Dewa Laut. Ada kuil, dan tempat suci. Siap ada pantang larang lagi kan. Apakah??? Kena lah sopan kalau pergi nanti..HORMAT..hehe!


3. Pantai Padang Padang
Simple saja nama Pantai ni. Pantai Padang Padang mungkin tidak popular seperti Pantai Kuta, namun pantai ini juga menjanjikan permandangan yang indah untuk anda katanya. Banyak betul pantai dia kan? Hmm...cuci mata..nyum nyum!


4. Danau Beratan Bedugul
Lari daripada pantai, ke kawasan pergunungan, Danau Beratan Bedugul ini terletak di daerah pergunungan. Tempat yang terkenal dengan suasana alam semulajadi ini turut menawarkan aktiviti permainan air. Ala-ala water-sport recreation lah kan. Mesti nyaman je. Trademark kat sini aku suka lihat kuil ala pagoda yang unik, kontrast dengan alam keliling.


5. Garuda Wisnu Kencana
Garuda Wisnu Kencana atau sebutan singkatnya dipanggil sebagai  'GWK' - sebutan di Indonesia (gey-wey-ka), catchy siot! Tempat ini terletak di bahagian selatan Bali. Katanya GWK ini merupakan taman budaya yang menempatkan arca patung besar karya Nyoman Nuarta, walaupun tidak sempat siap dibina ia mempunyai sejarah tersendiri yang sangat menarik untuk diketahui. Sebagai peminat seni, of course aku akan layan hasil-hasil seni ala purba macam ni! Konon konon lah.


6. Pantai Lovina
Pantai lagi kan, banyak sebenarnya pantai di pulau ni, selagi tak keliling pulau, meati tak puas kan. Yang menariknya Pantai Lovina ni kat sini kita akan berpeluang melihat ikan lumba-lumba meloncat keluar dari habitatnya! "Dolphin-dolphin come come to papa...hahaha! Alahai comelnya dia!"  ...practice dulu panggil dolphin!


7. Pantai Jimbaran
Haha...yang ini memang sesuai sangat nak berjimba-jimba sebab nama dia sangat spesifik untuk aku berjimba dan berpeleseran..ehh! Di sini ramai terkenal dengan orang lepak-lepak santai, makan-makan, feeling princess (tetiba!), dengan trademark deretan meja dan kerusi tersusun di atas pasir putih yang cukup cantik meletop kebaboom itu. Nak propose ke nak tunggang terbalik ke, kat sini lah selalunya katanya.


8. Monkey Forest
Udah namanya monkey, takkan lah tempat ni banyak kambing pulak kan? Terletak di Ubud, Bali, Monkey Forest ini adalah sebuah kawasan kuil lama di dalam hutan pelihara yang dihuni oleh banyak kera liar. Kera-kera ini dianggap keramat oleh penduduk setempat sehingga tidak boleh diganggu dan dibiarkan hidup di hutan. Macam ada satu tempat di India, di mana Bali juga merupakan pusat perkembangan agama Hindu yang ada berdewakan Monyet/Kera. Berani kau ganggu, kalau tak kena sesah kena kokak dek kera (kera ke monyet? I is tak pandai kenali mereka!), kalau tak kena hambat dengan kera ni, korang kena hambat dengan penjaga-penjaga tempat ni. Haha..jaga-jaga Cik Salmah! Kawasan ini juga dekat dengan Puri Saren Ubud, kawasan yang sekali lagi kau boleh feeling Puteri Keraton.


9. Danau Batur Kintamani
Selain menjemurkan diri di pantai, aku suka juga feeling nyaman di kawasan tanah tinggi macam Cameron Highland atau Genting, di Bali ni ada DBK. Terletak di gunung tertinggi ke-2 di Bali, Danau Batur Kintamani ni bersuhu sejuk dan dilengkapi dengan permandangan yang cukup mempersonakan. Terpersona gitu!


10. Arung Jeram Sungai Ayung
Haa...ini lagi satu, last but not least, kalau percutian yang ada pakej gila-gila macam water rafting di Arung Jeram Sungai Ayung ni, seriously abang sanggup ambil cuti tanpa gaji merembes di sini! Haha!



P/S : Sumber Maklumat dan Gambar - Google

~~~
So, tak reti-reti nak kumpul duit? Dah renew passport? Ada ke yang sudi taja? Tanya saja jangan marah.

Okbai.