Tuesday, August 16, 2016

Nine Chefs Malaysian Cuisine - Makanan Malaysia Dalam Mall

Salam,

Selalunya kalau kita lepak, hang-out dengan family, dengan kawan-kawan di mall, perkara yang paling pening ialah - nak lepak makan kat mana, kan? Tambah lagi masing-masing punya selera lain-lain, terutamanya yang jenis suka makanan berat dan kenyang!


Macam kami hari tu, lepak dan shopping barang dapur di IOI City Mall Putrajaya (mak-mak sangat!), pening cari tempat makan yang boleh relaks, borak-borak santai-santai, yang sorang nak western, yang sorang nak tomyam, sorang nak seafood...at last lepak di satu kedai ni, semua ada!


Nine Chefs Malaysian Cuisine - yang terletak di aras G, di  GE11, Symphony Walk, bahagian luar yang ada air pancut-pancut tu, macam-macam menu dia ada! Menurut Mr.Tan, pengurus Nine Chefs, restoran ini menampilkan 9 menu khas masakan kegemaran rakyat Malaysia yang disediakan oleh chef-chef yang mempelajari resepi tersebut dari pakar makanan serata Malaysia! Pergh!


OK jom makan! Haha..tetiba jom...sebenarnya tak sabar nak recommend antara menu yang best kat sini! Ayuh!

Pelbagai Jenis Minuman Special!
Firstly memang confirm order air kan? Di sini, nak minum air pun pening, macam-macam jenis air ada, ada jenis jus buah, coffee, tea, Malaysian favourite macam lepak mamak, milkshake, dan Nine Chefs' specialty! Harga standard shopping mall dan affordable lah!

Fresh Coconut Milkshake - RM12.90
Nine Chefs' Mocha - RM9.00
Vanilla & Banana Milkshake - RM12.90
Oreo Cookie Milkshake - RM12.90
Frizzy Ribena Lychee - RM13.00
Menu Istimewa dan Simple!
Haa..nak cerita pasal menu ni memang pening sikit...sebab, banyakkk sangat pilihan!
Ada appertizer yang jenis goreng-goreng cicah-cicah, ada salad, soup, menu utama pelbagai pilihan masakan ikan seabass (siakap), menu seafood, goreng tepung ada, goreng cili ada, menu masakan daging, buat western boleh, buat masak blackpaper boleh, masakan ayam, pelbagai jenis nasi, nasi kerabu, nasi ambeng pun ada, dan macam-macam masakan jenis sayuran, dan ada menu yang premium sikit macam Nasi Minyak with Lamb Shank Masala dan Deep Fried Soft Shell Crab with Butter Sauce...memang pergh!!!Speechles nak!!! Rasa macam anak raja sangat! Hahaha!

Nasi Minyak with Lamb Shank Masala - RM45.90
Seafood Tom Yum Soup - RM23.90
Fried Salted Egg Squid - RM28.90
Deep Fried Soft Shell Crab with Butter Sauce - RM45.90
Australian Ribeye Steak - RM45.90
Bapak sedap! - Deep Fried Siakap Tiga Rasa - RM54.90
Star of the day - Pisang Cheese Combo - RM16.90

Macam kau lepak foodcourt arena kan? Macam-macam ada!

Restoran ini dibuka bermula jam 11 pagi, masa ni pun dah boleh order menu yang ada dalam pilihan menu dia, waktu puncak dia macam biasalah waktu makan tengahari...then boleh lepak hi-tea minum petang, dan restoran ini ditutup pada jam 10.00 malam...last order dalam jam 9.30 malam lah kiranya.


Selesa dan santai!


Bagi aku, Nine Chefs Malaysian Cuisine ni memang berbaloi kalau nak lepak sekali sekala sementara nak relaks dengan keluarga, kawan-kawan lepas jalan-jalan dalam IOI City Mall ni, sangat cozy dan selesa, dan harganya standard affordable untuk kawasan tumpuan dan hotspot yang tidak terlalu sesak macam Putrajaya/Puchong/Seri Kembangan/Bangi ni.

Thanks Mr.Tan for having us!