Thursday, September 15, 2016

Selesa Dengan Kanta Lekap Bausch+Lomb Lacelle Diamond Daily

Bausch+Lomb Lacelle Diamond Daily Lebih Selesa dan Menarik.


Salam,

Beberapa minggu lepas, Bausch + Lomb Malaysia telah memperkenalkan satu lagi produk inovatif; Lacelle Diamond Daily, kanta lekap harian berwarna. Ini berikutan kejayaan pelancaran Bausch + Lomb Lacelle Jewel pada tahun lepas.

Aku adalah antara pengguna tegar kanta lekap dari zaman sekolah, zaman kolej dan zaman dah kerja ni pun dah cuba macam-macam jenama dan jenis kanta lekap, sama ada yang biasa, yang ada warna dan corak, yang monthly dan juga pakai buang harian - daily.

Selalunya kalau yang biasa tanpa corak dan warna memang akan pakai kalau ada aktiviti yang memerlukan aku 'buang' cermin mata k-pop aku tu, dan yang berwarna selalunya kalau nak melaram pergi events atau kalau ada photoshoot ke apa..hehe! Sesekali!
Bagi aku, tak ada masalah pun lelaki nak over grooming, tukar imej dan penampilan, janji selesa kan. Kau kisah kenapa? Haha.


Bila dapat peluang untuk mencuba kanta lekap terbaru dari Bausch+Lomb dari siri Lacelle Diamond Daily, aku cuba pakai seharian dan seriously memang selesa sepanjang hari. Pakai ke office dengan air-cond, pakai ke kenduri kahwin tengahari terik, dan layan movie di panggung wayang, still selesa sampai ke malam. Lagipun siri ini adalah jenis pakai buang harian, jadi lepas pakai, terus buang je tak perlu fikir nak cuci dan bersihkan remeh dan leceh. Tapi sayang juga nak buang sebab corak dia cantik - berlian bling bling lagi! Haha!


Rekabentuk Potongan Berlian.
Bausch+Lomb Lacelle Diamond Daily ini direka dalam rekaan unik yang menyerupai aspek mencerminkan corak potongan berlian, si pemakai kanta lekap ini boleh menjangkakan corak berlian seperti ini untuk menyerikan rupa mereka.

Selain itu, diameter corak selebar 13mm dapat membuatkan iris mata pemakai lebih besar tanpa menggunakan mekap. Serious nampak macam besar dan sharp sikit mata aku yang agak sepet ni. Haha. Lebih confident nak simpan cermin mata aku!

Siri Warna Yang Menarik
Untuk kesesuaian dengan sebarang personaliti atau gaya, Lacelle Diamond Daily boleh didapati dalam 3 warna yang berbeza :


Aqua Glacier – Kilauan Aqua Glacier yang membayangkan keseronokan, mudah didekati dan personaliti yang menyegarkan.

Gold Champagne Brown – Menyalakan wajah serta merta dengan warna coklat yang mempesonakan. Memberi gaya semulajadi.

Pink Rose - Untuk mata tampak feminin dengan kilauan gemilang yang tersendiri. Pink Rose adalah simbol klasik bagi kelembutan


Lacelle Diamond - Gold Champange Brown

Aku pilih warna Gold Champange Brown sebab tak nak lah obvious sangat macam Ratu Drag kan? Hahaha! Warna ni blend dengan mata aku yang agak coklat gelap, tapi effect berlian tu masih ketara dan nampak besar dan lebih sharp sikit sebab ada diamond ring tu. Hehe!


Sokongan Blogger dan Selebriti Terkenal
Bausch + Lomb Lacelle Diamond Daily baru-baru ini telah dilancarkan di Hotel Royale Bintang, The Curve dengan program yang menyeronokkan dan inovatif. Sesi pelancaran ini dihadiri oleh selebriti penulis blog, Jane Chuck, pengaruh sosial media dan model popular Venice Min, Miss Universe Malaysia 2016 Cik Kiran Jassal, serta penulis blog Karen Kho. Fuhh..meletop!

Lacelle Diamond Daily boleh didapati di semua kedai-kedai optik utama di seluruh negara. Ia dijual pada harga RM42 sekotak untuk 10 keping (5 pasang) dan RM110 sekotak untuk 30 keping (15 pasang).

Bausch + Lomb (M) Sdn. Bhd.
Vivian Hoong, Brand Manager (Vision Care)
Email: Vivian.Hoong@bausch.com
Tel: 03-7680 8830