Monday, September 19, 2016

Pengaruh Band dan Artis Popular Amerika Jepun Zaman 1990s-2000s

Salam,

Monolog.
Beberapa bulan lalu memang serious stress disebabkan oleh telefon aku yang rosak.
Motorola yang aku guna hang tak boleh switch-on terendam air dalam aktiviti lasak rapid-boat di Taman Negara Januari lepas. Nasib baik juga ada back-up dengan telefon Samsung Note 1 zaman batu smartphone tu. Tapi hanya sekadar lepas untuk SMS, Call sahaja. Apps lain hang juga kalau buka.


Stress memang gila stress lah sebab bila kita tengah sesak macam tu, tekanan waktu tu dengan nak fokus pada final exam tahun kedua, dengan nak sambut Ramadhan dan Syawal lagi, macam-macam benda jadi. Sebab telefon, sampai kena pulau dan dicaci hina maki bila kita tak dapat nak respond atau tak kuasa melayan isu-isu tak matang dalam kumpulan-kumpulan tertentu. Aku perhati dan senyum sahaja bila tak ada ruang untuk mempertahankan diri sendiri, sebenarnya tak terlintas langsung untuk ambil tahu dan membalas apa-apa isu yang bagi aku, enough is enough, been there, done that. I am old enough.


Seriously pelik sangat manusia hari ini. Komunikasi dan hubungan sosial terbatas dan hanya melingkup dalam ruang aplikasi smartphone canggih, up-to-date sahaja ke? Luar dari itu, kau orang jadi orang asing, awkward dan selfish, kecuali bila berkepentingan dan mengejar idola dan fame? Begitu?

Nasib baiklah masih ada lagi keluarga dan sahabat-sahabat yang masih 'old school' yang tahu fungsi SMS dan Call pada setiap telefon bimbit masing-masing yang canggih itu. Haha! 

Abang Aaron Tetap Dalam Hati

Masih 'Old-School'.
Cerita pasal 'old-school' ni, so, disebabkan oleh kes tersebut, ada lah dalam 5-6 bulan aku relaks tak layan smartphone, hanya balas sms dan jawab call sahaja, layan media sosial pun lepas waktu pejabat, tengah-tengah malam di PC atau iPad lama aku.
Jadi dua-tiga minggu lepas aku cuba repair dan re-setting telefon yang jahanam tu, dan luckily dan boleh ON semula.

Bila dah kena reset, maka semua akaun dan applikasi automatik log-out, dan perlu log-in semula untuk sync dengan akaun e-mail dan lain-lain, gila tak gelabah kan?
Mana tak 'gelabah-tetek'nya, hahaha faham tak 'gelabah-tetek'? Gelabah yang kau tergaru-garu kepala, termenung, kelam kabut dan rasa noob gila.

Tok Nenek Media Sosial

AKU LUPA PASSWORD!
Gila tak gelabah bila kau lupa password email-email lama yang kau guna zaman sekolah, zaman BBNU - Budak Baru Nak Up dulu kan? Haha! BBNU lah juga bila kau masih guna email, ID dan password zaman hujung 1990s dan awal 2000s.
Nak tak nak terpaksa mengingati dan log-in semula email alternative dan password zaman MSN, YM, MiRC, MySpace, Friendster dulu-dulu. Haha!

Dan terkekek-kekek lah aku gelak dalam hati terhenjut-henjut depan PC office bila ingat balik ID dan password akaun-akaun lama yang aku guna sejak zaman dulu lagi. Zaman kena dunia internet. Ada la dalam 10-15 tahun lepas. Masa tu aku dah sekolah menengah atas dan baru masuk zaman kolej dan hostel. Zaman remaja riang lagi! Haha!

Rasa nak terajang diri sendiri apabila gigih dan hanyut dengan pengaruh band-band dan artis Jepun dan Amerika zaman tu. mostly nama-nama ahli boy band, girl band, artis solo, dan lagu-lagu pada zaman tu.


Zaman populariti My Chemical Romance, Linkin' Park, Backstreetboys, Nsync, Westlife, Radiohead, Artic Monkeys, Avril Lavinge, Coldplay, dan aku juga obses gila dengan JPop sejati, Utada Hikaru, Ayumi Hamasaki, Morning Musume, Kumi Koda, Namie Amuro, Gackt, Hyde, Masaharu Fukuyama...perghhh!

Seriously automatik ter-throwback. Mengekek-ngekek aku gelak teringat betapa gigihnya daftar akaun email, media sosial, dan nickname unsur-unsur begitu.

What a shame!!! hahahaha!

Adalah selit-selit pengaruh Butterfingers, Siti Nurhaliza dan M.Nasir jugak..hahaha!


Kenangan Tetap Disimpan.
Walau macamana bangang dan kelakar diri kita yang lepas, tapi bangang itulah sebab kita lebih baik atau lebih menghargai diri kita yang sekarang ni. Pengalaman dan hubungan kita dengan rakan-rakan yang sama gila macam ni sampai ke tua jadi bahan cerita yang menarik. Rasanya kalau aku tak ada segala kenangan-kenangan macam ni, mesti hidup aku bosan gila kan? Mungkin akan cuba create cerita dongeng dan bangang untuk tarik perhatian orang supaya kita nampak cool dan menarik kan? LOL! At least i got something to remind and telling to, bukan lupa diri acah-acah tiba-tiba dah hidup dalam kelompok yang fun, famous, dan high-class society bila sedikit berduit dan bergadget canggih! EH!

Kbai.