Tuesday, September 20, 2016

The Blind Spot - Bukan Manusia Sempurna

Salam,

*"THE BLIND SPOT"*





Semua ahli sukan profesional memiliki JURULATIH.
Bahkan, petinju legenda sehebat MOHAMAD ALI (Allahyarham) sekali pun juga memiliki JURULATIH.
Yaitu ANGELO DUNDEE yang membantu ALI menjadi JUARA dunia sebanyak 3 kali.

Padahal jika mereka BERDUA BERADU BERTANDING, sangat JELAS Angelo Dundee tidak mungkin akan MENANG.

Mungkin kita tertanya tanya, mengapa org sehebat MOHAMAD ALI masih memerlukan JURULATIH kalau sudah JELAS dia pasti MENANG melawan jurulatihnya?

KETAHUILAH...
Bahawa MOHAMAD ALI perlukan JURULATIH bukan kerana jurulatihnya lebih HEBAT tapi kerana ia memerlukan seseorang untuk MELIHAT hal-hal yang "TIDAK DAPAT DIA LIHAT SENDIRI"

Hal yang tidak dapat kita LIHAT dengan MATA sendiri itu yang disebut : "BLIND SPOT" atau "TITIK BUTA".

Kita hanya boleh melihat "BLIND SPOT" dari bantuan orang lain.




Dalam hidup,  kita perlukan seseorang untuk mengawasi kehidupan kita, SEKALIGUS untuk MENGINGATKAN kita seandainya keutamaan hidup kita mulai keluar dari landasan.

Kita perlukan orang lain YANG :
×. MENASIHATI
×. MENGINGATKAN
×. MENEGUR

Jika kita MULAI melakukan SESUATU kesilapan yang MUNGKIN tidak kita sedari.

Kita perlukan KERENDAHAN HATI untuk :
×. Menerima KRITIKAN
×. Menerima NASIHAT
×. Menerima TEGURAN

Itulah yang  MENYELAMATKAN kita terpesong dari landasan matlamat..

Kita bukan manusia SEMPURNA. Jadi, biarkan orang lain menjadi "MATA" kita di area 'BLIND SPOT' kita, sehingga kita boleh MELIHAT apa yang tidak boleh kita LIHAT dengan 'PANDANGAN' kita SENDIRI.

Mari kita saling nasihat-menasihati dalam KEBAIKAN dan KESABARAN.


BELAJAR MENGHARGAI.
Aku banyak buat kesilapan, terutama dengan orang sekeliling aku.
Selalu juga lupa dan tak perasan siapa yang ada dengan aku bila aku betul-betul memerlukan selain dari keluarga darah daging aku --- SAHABAT.

Mereka-mereka ini yang selalu NAMPAK dan TEGUR walaupun kadangkala ikut perasaan dan perangai aku yang ON-OFF warasnya.

Mereka yang nampak POTENSI dan KELEBIHAN, dan juga pastinya KEKURANGAN aku walaupun di ruang lain aku dimaki-diherdik dan dimalukan oleh 'insan sempurna' yang lain.

Dan sekarang aku tak nak tersilap lagi untuk menghargai mereka-mereka ini.

Selain keluarga darah daging aku, aku akan HIDUP dan terus ambil risiko untuk hadap apa-apa juga cabaran untuk mereka semua.

TERGANTUNG.

Journal Jeeb.