Thursday, October 20, 2016

[Edisi Stalker] Chai Wala Pakistan Arshad Khan Jadi Sensasi Internet

Salam,

Haha. Motif sangat buat Edisi Stalker kan?
Tak ada apa-apa, saja nak share cerita hot semalam hasil risikan geng-geng forum yang tengah sibuk menceceh pasal si "chai wala" ni. Chai wala ni bermaksud 'pembuat/penjual teh'. Lebih kurang mamak teh tarik lah kalau kat Malaysia ni, cuma kedai tu family dia punya.

"Hot Tea" Arshad Khan - Chai Wala Pakistani --- Hot ke tidak?
Dan semalam, chai wala yang bernama Arshad Khan, baru berusia 25 tahun dari Islamabad, Pakistan ini menjadi internet sensation apabila seorang jurufoto, Jiah Ali memuatnaik gambar Arshad di laman Instagram beliau pada 14 Oktober lepas. Keunikan mata Arshad yang berwarna biru laut telah menambat hati gadis-gadis, makcik-makcik bawang, dan juga hadek-hadek seantero dunia apabila ramai gila yang share dan jadi trending di laman Twitter dan Ebuzz. Gitu!


Gambar Arshad Khan dengan caption "Hot-Tea" itu jadi fenomena dan viral di dunia internet semalaman dan esoknya terus dia dapat kontrak modelling dengan laman shopping online tempatan di sana [fittin.pk] dan dijemput ke rancangan televisyen dan majlis-majlis gala. Amboi! Kemain sangat kan orang di sana pun boleh tahan stok-stok viral ni. Masalahnya si Arshad Khan ni siap bagitahu dia tak faham apa yang sedang berlaku. Kau dah kenapa boy? Kesian dia mesti kena stalk, kena puja macam Mawi World dulu. Haha!

Fashion-wala terus kau Arshad. Awkward lagi ni pose pose!
Pergh...rezeki kan? Siapa tahu esok lusa ada pula abang mamak atau abang peniaga burger yang kendo-kendo jadi model atau selebriti berkat viral kan? Sedangkan anak dara yang jual nasi lemak pun boleh laris, apa lagi yang memang rezeki berwajah model-type kan?


Zasss!

Tak ada orang nak hire aku jadi model ke wey? --- Model Bilik Fail! Bhahaha! Kbai.

#JournalJeeb