Wednesday, October 19, 2016

Tak Sabar Ke Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016

Salam,


Bertuah rasa menetap dan bertugas dalam kawasan WP Putrajaya ni, tiap-tiap minggu ada sahaja program atau acara mega di sini atau di kawasan berdekatan Lembah Klang ni.


Yang terbaru ni mesti confirm punya aku akan singgah, Pesta Lelong Buku! Yeay!
Aku dan buku memang tak boleh lari jauh punya, habit yang memang gila-gila punya, tapi paling kelakar sebab habit MEMBELI lebih daripada peratusan nak MEMBACA tu! Hahaha!

Bukan sengaja pun, cuma kadang-kadang masa tak berapa nak mengizinkan (alasan), tapi oklah, at least aku cuba letak target seminggu mesti habis satu buku kan? Hihi!

Gigih Abang Bertanjak ni promote kan? #Respek!

Apa benda Pesta Lelong Buku di Putrajaya ni?
Haa...Pesta Lelong Buku Putrajaya bagi tahun 2016 yang akan berlangsung pada 21 sehingga 30 Oktober 2016 ini, bertempat di Dewan Cempaka Sari, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3, (di hadapan Dataran Maybank - Palace of Justice), di mana pesta ini merupakan lelongan buku-buku berbahasa Melayu yang terbesar di Malaysia!

Dengan kekuatan 100 buah gerai pameran dengan penyertaan lebih 50 buah penerbit terkenal tanah air seperti PTS Publications & Distributions, Dewan Bahasa Dan Pustaka, ITBM, Telaga Biru, Must Read Sdn.Bhd, JAKIM, dan ramai lagi. Lebih 50,000 judul tajuk buku pelbagai genre akan dibawa oleh kesemua pempamer Pesta Lelong Buku Putrajaya dengan harga-harga yang murah dan diskaun sehingga 80%.Pameran akan dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari dan masuk adalah PERCUMA! PERCUMA - MA - MA - MA- Meriah beb!


Tak Ada Alasan Lagi Dah!
Matlamat utama Pesta Lelong Buku ini dianjurkan adalah memberi ruang dan peluang kepada para pembeli serta pelbagai pihak untuk mendapatkan pelbagai buku yang terbaharu dan berkualiti walaupun dalam kekurangan budget kesan daripada masalah ekonomi yang melanda pelbagai pihak. Ini adalah antara inisiatif yang dilakukan oleh pihak jawatankuasa penganjur iaitu Sinergi Ilmu Resources Sdn.Bhd dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya bagi mengajak serta memupuk minat membaca di kalangan masyarakat di seluruh Malaysia. Bagus kan?

So, selalunya kita (AKU) akan berkira-kira untuk membeli bahan bacaan, memang cerewet tak suka membazir beli bahan bacaan yang 'sedikit muka surat', tapi yang tebal-tebal selalunya mahal-mahal kan? Jadi dengan adanya program Pesta Lelong Buku Putrajaya ni nanti, bolehlah BERJIMAT BANYAK sangat kan? 

Ada Pertandingan Mewarna, Bercerita dan Selfieee! | Jangan Lupa Hashtag #PestaLelongBuku tau!
Acara Lain Pun Ada!
Acara lain selain jualan buku pun turut diadakan di sana nanti seperti busking , ceramah , diskusi buku , pertandingan selfie , pertandingan mewarna dan juga sessi bersama artis terkenal seperti kumpulan Nasyid Rabbani, Heliza Helmi dan beberapa lagi selebriti akan turut datang untuk beri sokongan. Memang meriah nanti!

So, apa lagi? Bulan ini gaji awal sikit sempena persiapan perayaan Deepavali minggu depan kan? Jom spend sedikit rezeki untuk bahan-bahan bacaan yang berbaloi-baloi hujung minggu nanti!

Nanti jangan lupa selfie di sana tau! Gunakan hashtag #PestaLelongBuku dan tag sekali penganjur @pestalelongbuku @sinergiilmu , mana tahu boleh menang hadiah atau mereka repost kan!

Untuk sebarang info lanjut boleh hubungi penganjur di +6019 - 325 8285 atau +6019 - 325 8289

#JournalJeeb